Sunday, November 04, 2012

.. Done ..


Alhamdulillah..Konvokesyen UNITEN ke 15 pun dah selamat dengan jayanya. Tahun ni aku hanya bertugas pada sessi ke 2 - hari Ahad. Tahun ni paling ramai graduan - 1458 orang. Tahun ni juga aku bertugas di dalam konti Alpha sebagai Reader. Sebelum2 ni aku hanya incharge kaunter kedatangan dan jadi backup or runner. Duduk menscan nama student seramai hampir 700 dalam 1 masa dan posisi reader yang tersepit di belakang pintu..hasilnya adalah 'Kaki kiri aku makin sakit'. Lately kaki kiri ni sering kebas dan nak cramp. Hari ni, dengan duduk bersila berapa lama aku pun tak sedar..sakit kaki semakin sakit. Huaa..nak nangis. Dari belakang peha sampai ke tapak kaki. Tapak kaki terasa sejuk. Belakang peha sangat sakit..jalan pun dah tak betul2. Aku perasan sakit ni sejak pinggang aku sakit aritu.. :( 


Jumlah data keseluruhan. Tugas aku pada sessi Alpha. 

Belakang tabir Alpha. 

Oz, Shar dan aku..ni team Operasi System ITMS. Sekadar bergambar.
posted from Bloggeroid
Em. Tak sabar tunggu semua event abish. Ni rehat sekejap sebelum mula semula dengan event Pre-Reg hujung bulan 11 ni. Cuti sekolah pun dah nak mula. Apa planning? Pun masih tak tahu. Cuma memang akan hantar anak2 balik Ipoh. Sok petang sampai Jumaat, Mr.Abe oustation ke Penang. So, byk benda aku nak kena pk sorang2 ni. Bukan tak biasa kena tinggal..tapi musim hujan ni, pergerakan agak terbatas..kan? Okla..mahu berehat. Kaki kiri semakin berdenyut. Ni tengah baring..kalau berdiri lagi lah horror. Uhuk. Chow dulu..Papai!

Eh ! Hari ni birthday Cik Anne. Happy Birthday Nuui. Be strong, go strong and move strong! Be stronger ever! Thanks for being such a good friend to me. Den doakan semoga semuanya di permudahkanNya untuk mu. Sabar ya! Happy Birthday again! 


1 comment:

Anonymous said...

Huwaaaaaa * Sampai part nama den tu, bergenang airmata den. :). Terima kasih sebab selitkan word birthday tu pada den. And thanks to you too kerana menjadi seseorang yg kuat buat den. Love u !.







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!