Tuesday, February 25, 2014

.. Pemalasnya seorang aku ..

Hello!

Menaip lah kejap. Mata lak naik mengantuk. Cuaca pun panas kat luar nun. Ya Allah, turunkan lah hujan. Basahi lah bumi kami ini dengan hujan rahmatMu. Amin.

Ngantuknya..kus kus kus..taip laju2 lah..



Gambar di atas (dah macam buku sekolah punya ayat) menunjukkan ringkasnya hidup seorang aku yang malas ke laut sejak pregnant ni. Senang dan ringkas. Itu pilihan utama now ni.

1. Kulit badan makin mengering dan mengatal. Gatalnya macam dok kat oversea time winter. Perit sangat. Jadinya, aku kena cari losyen untuk 'Itchy skin'. Losyen ni, eh OIL kot benda ni alhamdulillah dapat gak membantu ilangkan kulit kering dan gatal. Untuk yang malas, spray pada botol adalah sangat menyenangkan. Spray ..spray and spray..pastu sapu bagi rata. Bau dia OK la..tak wangi, bau Koko yang bila dah lekat kat badan, terus macam bau baby.
Info barang : Palmer's For Dry, Itchy skin with Vitamin E Collagen & Elastin.RM39.90

2. Sabun badan berbau buah2an. Itu antara bau yang boleh aku cium now. Since kulit pun asyik kering, sabun a.k.a body polish ni dapat la buang kulit2 kering. Tak macam scrub, body polish ni lembut dan boleh pakai hari-hari. Pakai skit je pun dah berbuih. Ni 2nd tiub aku, now masih pakai perasa burberry.
Info barang : The Body Shop Strawberry Body Polish. RM39.90

3. Sebelum prengnant, aku pakai skin care lain. Ada la 2-3 step kena apply tapi sejak dua menjak menjadi malas, aku pakai 2 in 1 jek pelembab dan sun block. Sekali apply, abis cite. Benda ni aku beli masa travel ke Europe dulu sebab senang nak bawak. Since tengah suka bau buah2an, alhamdulillah, bau oren ni takde la buat aku loya. Tapi sampai now, aku masih malas nak cuci muka. PrrrrRR..
Info barang : The Body Shop Vitamin C Daily Moisturiser SPF30 dan Vitamin C Hydratant Quatidien IND, 30. RM70

4. Bukan saja kulit badan kering..kulit bibir pun kering. Nak apply lip balm and lipstick pun aku malas. Kebetulan keluar lak iklan si cantik manis Emma Maembong promote lipstick 2 in 1 ni. Lipstick and lip balm dalam 1 item. Lepas tu lak, SimplySiti pun promote benda yang sama for lipstick Argan. Aku pun cari. 2 benda sama fungsi tapi harga gila jauh berbeza. Silky Girl punya RM19.90. Argan Lipstick RM39.90..ahaks! Apakah? Aku try both and Argan takde warna sehsuai untuk aku. Makanya, aku pilih la Silky Girl. Ala..nak pakai sekali je sehari. Tentu lom tentu habis. OK la lipstick ni, bertahan dan lembap.Lagipun Siti dengan Emma...Emma lagi comelkan? hahahaha...
Info barang : SILKYGIRL Moisture Balm Lipcolor RM19.90




23hb Feb 2014 - dah 15 minggu aku pregnant. Masih berusaha menaikkan berat badan yang tak naik2. Next checkup pun lambat lagi. So layan je la apa yang boleh buat now ni. Both betis adalah sangat sakit macam orang turun gunung. Bukan nya cramp time tidur..tapi dalam waktu-waktu biasa ni, betis aku adalah sakit. Jalan pun dah macam orang ngandung 7 bulan. Alahai..apa la teruk beno ni... ngeee..



Cuti singkat Terengganu.
Ahad lepas, Mr.Abe paksa aku ikut dia g Terengganu on Ahad sebab anak-anak cuti sukan on Monday. Hadoiii..berasap lah kan. Bertolak hari Ahad jam 12noon, sampai ke Resort World Kijal pukul 5pm. Macam nak patah pinggang. Dengan menahan loya lagi..memang lah memenatkan. Aku sempat lepak kejap tepi pantai..lepas tu terus mengah sebab terpaksa layan diri berjalan atas pasir. Petang ahad Mr.Abe la layan anak-anak mandi kolam. Pagi Isnin, lepas sarapan, teman anak-anak mandi pool dalam sejam, lepas tu kul 1pm dah check out. Kul 5.30 sampai Kajang. Gagaggaa...memang pengsan la aku jawabnya. Apapun, OK la anak2 happy dan dapat teman Mr.Abe driving. Apa lagi yang menyeronokkan selain daripada dapat berjalan bersama famili kan? Nak berjimba dengan kawan2 aktiviti lasak pun dah tak mungkin berlaku....

OK la..papai!
posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!