Monday, February 17, 2014

.. Hanya ingin menaip ..

Assalamualaikum...

Hari-hari yang merunsingkan telah pun berlalu. Alhamdulillah.

Sunset Shah Alam on 16/2/2014.
Minggu lepas, agak merunsingkan jiwa dan akal bila mendapat mendapat berita, abang aku di masukkan ke ward kerana denggi. Agak merisaukan bila selepas 5 hari warded, platlet dia turun sehingga bawah 10 dan terus drop sehingga 7. Ini ujian terbesar dalam hidup aku? Dah sampai masa aku dan keluarga di uji? Mungkin YA atau mungkin TIDAK. Ini semua Allah punya urusan.

Apapun, syukur Alhamdulillah..sejak petang Jumaat selepas pulang sendiri menjenguk abang di ward, platlet dia semakin naik. Dalam masa 2 hari, dari 7 naik ke 11 kemudian naik ke 19 dan naik lagi sehingga 39. Demi Allah..lega sangat. Petang Ahad, abang dah boleh keluar dari ward. Semoga Allah terus berikan abang kesihatan yang baik dan terus sembuh dari demam denggi. Juga untuk semua keluarga, semoga di lindungNya dan sentiasa di beri rahmat dariNya. Amin.
2nd Trimester a.k.a 14 weeks on 16/2/2014
Alhamdulillah..masuk trimester kedua pregnancy aku untuk anak ke 3 ni. Terasa sedikit perubahan pada badan. Perut ada, tapi tak nampak sangat kot dari luar. Dah ada selera makan wpun terpaksa memilih. Tapi badan masih cepat penat. Aku rasa sebab perut naik, tapi badan aku tak naik2. Masih kekal dlm 45kg. Seluar dah bertukar. Lebih selesa pakai Palazo. Tapi kata Dania..'ala, perut adik lagi besar dari ibu ni..mcm mana ni?' hahaha. Memang la dah makan tak berhenti. Memang la gemuk adik oii. Petang ke malam, belum 100% pulih nampaknya. Masih terlepek atas katil and kena tidur awal sebelum loya2 menyerang. Apapun..Alhamdulillah. Aku happy dengan semua ni. Cuma harap Mr.Abe terus bersabar dengan kerenah aku.
Wondering.. sejauh mana dan sampai bila dan mengapa ..emmm...

 
 OK la..balik time. Papai!
posted from Bloggeroid
 

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!