Tuesday, February 04, 2014

.. 12 minggu ..

Assalamualaikum..hari ni dah 4hb FEB 2014. Masa terus berlari dengan pantas..kan? Yay! berjaya tukar interface blog selepas menanya Mr.Google dan mengulangkaji error..hiks! Sebenarnya takde apapun, kena guna customization lain instead of 'simple' yang aku guna sebelum ni. Duduk jaga event kat COIT ni sambil layan diri yang loya-loya ayam ni, berjaya lah jugak. Alhamdulillah..ada usaha, insyaAllah, ada hasilnya.kan?

3 bulan on 2.2.2014

Ahad lepas 2.2.2014, genap la 3 bulan aku hamil. Tapi kalau ikut scan and panjang baby, dah lebih 12 weeks dari 2 minggu lepas. Tarikh jangka bersalin adalah pada 17hb Ogos 2014. Lambat lagi..kan? Perut pun dari luar a.k.a pakai baju, takde la nampak macam aku preggy pun. Memang dari 1st pregnant, perut aku tak besar..sampai ada yang tak pasan aku pregnant pun sebab aku pun tak rajin pakai maxi last time. Kali ni tak tau la mcm mana. Setakat ni masih malas nak berhias. Keadaan aku, nampak macam OKEK sket la..semua bergantung pada apa yang aku makan pada waktu pagi. Kalau tersalah sikit..makanya, sampai ke malam lah aku ke laut. Now tengah jaga event kat COIT, makanan di sediakan..tapi aku tetap g tapau nasi lemak kat foodcourt sebab tu je yang tekak aku boleh terima pagi. Lunch? Hadoii..apa pilihan yang aku ada? Surenya nasi yang di sediakan. Aku try jamah la jugak..ok la dapat makan sket untuk tenaga. Malam? masih tak boleh nak makan sangat..2 minggu ni, aku try juga makan nasi malam TAPI just dengan ikan bakar dan cicah sket kicap. Tu jek! Badan aku perlukan serat..sebab sangat susah nak yeyak. Petang sampai malam, masin melayan loya dan kadang kala masih muntah-muntah..tapi alhamdulillah, dah kurang. Berat aku yang hilang 3kg pun tak naik2 lagi. Baju dengan seluar pun masih yang lama..walaupun perut tak besar, tapi tidur malam, aku kena baring dalam satu posisi jek.


Buah-buahan penyeri tekak.
Apapun..syukur sangat2 sebab aku boleh makan buah-buahan dengan selera. Tak kisah la buah apa..tapi memang lebih teringin kepada buah2 daripada makanan lain. Alhamdulillah..ada suami dan abah yang nak melayan kehendak aku. Heeee. Sebut je nak apa..insyaAllah di sediakan. Epal memang bekalan aku hari2 ke pejabat. Kalau terasa kosong jek perut..sila lah ngap buah. Kurma..kismis, aku dah tak berapa boleh nak makan now ni. Tapi aku make sure amik gak at least sekali sehari. Kalau kat umah mak, pokok jambu air tengah berbuah ..so itu la kudapan aku sokmo. Manis je masuk tekak. Teringin gak nak makan durian..dapat 2 ulas pun okek..tapi tak berani nak makan selalu. Panas! 

Suppliment - Salindah
Selain daripada Obimin dan calsium yang klinik bekalkan, aku amik Salindah. Dari mengandung Danish lagi aku dah amik supliment ni. Tak tahu la membantu ke tak..just amik untuk baby dan juga untuk diri sendiri. Salindah berasaskan homepati..so byk gak la pantang larang terutama kafein. Since pagi-pagi nak jugak pekena nescafe, aku terpaksa gap kan masa minum dengan makan ubat ni at least 2 jam. Kafein bukan lah bahaya pada ibu mengandung, just kafein tak serap zat ubat dalam badan dan boleh buat sembelit juga. Kena pandai lah kan...hiks. 

Cerita pasai baby ni dengan anak-anak, semalam aku sembang dengan Dania.

Ibu    : Adik, what do u think kalau baby ikut warna babah?
Dania : Isk, tak payah la ibu, Nanti orang kata adik angkat dania lak. Ikut warna muka ibu pun okek dah.

Hahahaha..adoi la. Kelakar la kamu ni Dania. Memang dia selalu cakap, muka aku lagi cerah dari tangan, kenapa? Walaupun masih awal, Dania dah mula mereka nama adik. Danish pulak minta aku letak Muhammad di awal nama adik dia kalau lelaki..kata dia 'Danish dah terpaksa berbaris lama nak masuk syurga sebab nama takde Muhammad, nanti nama adik.ibu kena letak tau kalau lelaki'. Emm..

Berdoa dan terus berdoa semoga di permudahkan urusan mengandung aku kali ni..mana tau 2nd trimester nanti aku akan ok kan? Amin...

Oh My Gucci
Lawa kan Gucci Sukey Top Handle ni? Dah order, dah di belikan dan terbang balik Malaysia TAPI hilang di tengah jalan. Hew hew hew. Apakah menyedihkan? Apapun, alhamdulillah..tuan kedai nak gantikan balik barang yang hilang..just tak dapat dah warna yang sama. Warna yang hilang ni sangat lawa - Olive Metalic. Tah kenapa tiba2 bernafsu lak pada bag ni..padahal Gucci Mayfair pun tak pakai2. Beli sempena bonus aritu..sebab tak beli apa2 pun untuk diri sendiri. Apapun, Mr.Abe masih menjadi sponsor wpun tak penuh..tapi ok lah, tolong aku topup. Thanks. Now sedang menanti penganti sampai. Kalau tak sampai gak..memang la takde rezeki. Ahaks! 

Now ..aku teringin sangat nak fitflop due patent leather. Memang sejak kasut tu kuar dah suka. Ye lah kan..flat shoe! Tapi takde la membuak2 naknya..just lately asyik terbayang jek. Aku rasa, dah 2-3 kali aku p KLCC nak beli..TAPI..RM499 utk kasut? Buat aku pk 20 kali. Ada la orang jual online tak sampai RM200..ori kah? EM..tak mau amik risiko sebab penah terkena dengan crocs online. Kat Amazon US ada sale, dapat dalam RM300 sepasang tapi shipping pula mahai gila. Emm..takpe la kan..sabar eh Liza. Kasut je pun. Agak2 airliur baby leleh tak nanti..hahahahaa. Mengarut! 

OK la..papai! Luv!




No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!