Saturday, February 08, 2014

.. Bye-bye Sabtu ..

Assalamualaikum..

9.40 malam and jap lagi Sabtu 8/2/2014 pun akan berakhir. Buat apa hari ni? Sejak jadi orang tak berapa nak upaya ni..weekend aku lebih banyak di habiskan di rumah dan semestisnya tempat aku, atas katil. Dah lepas minggu ke 12..esok dah masuk minggu ke 13..aku? Masih macam ni. Masih lemah, loya, lemau dan muntah. Penat! 



Hari ni, seharian aku atas katil. Kalau tak tidur..erkk! Nak tidur juga bukan senang..memang tak mahu lena, aku layan diri baca majalah dan buku. Ini habuan untuk hari ni..baca..baca dan baca. Kalau Mr.Abe ajak teman ke mana2..aku akan duduk setempat jek..dia akan g beli barang2. Memang tak larat nak berjalan pun. Aku cepat semput and memang asyik nak muntah jek. Kadang2 terfikir, kat rumah aku banyak habis masa atas katil...tapi kat pejabat, aku terpaksa gagahkan diri buat kerja..tak adilkan? Walaupun task kat opis lambat juga layan..tp still siap gak dalam masa sehari. Minggu depan dah mula new intake..aku sangat risau sebab aku tahu diri aku. Aku tak mampu nak bergerak banyak..walhal task event perlukan aku banyak bergerak. Perut dan pinggang pun dah mula rasa tak best dari semalam..risau lah! Aku tak tahu dah nak buat apa..nak bagi alasan? Orang lain pun pregnant jugak..tapi ni la bezanya aku dengan orang lain..kan? Apa nak buat ni? Uhuk...

Okla..saja nak update sebelum tidur. Doakan yang baik2 utk aku ya..

Papai! ♥




posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!