Monday, August 12, 2013

.. Menaip dari bumi Holland ..

Hello! Now is 11:33am time Holland and 5:33pm time KL. Since aku tengah melepak sorang2 kat hotel ni..update blog la kejap. Wifi provided and data usage is 250mb for 2 days. So..apa lagi..blogging la.. hiks.


Now ni aku tengah layan sports channel live. Cantiknya alahai body2 athlete perempuan ni. Muka pun cunz..pakej betul. Aku dah lama tak exercise..perut dah naik sket..uhuk.


Semalam, hari ini dan esok, kami lepak di hotel ni - Bilderberg Hotel De Bovenste Molen. Macam aku mention, Mr.Abe ada kerja 2 hari .. so hotel ni dalam rate claim dia. Nanti lusa..kita duduk hotel biasa jek. Hotel kat Europe jarang ada aircond. Now europe sedang summer..tp masih sejuk. Suhu bawah 20 ° c. Next Thursday baru suhu cecah 26°C. Tak tahu la sejuk ke panas. 


Kepala aku agak weng sebenarnya. Semalam, sampai ke airport around 5:34am. Letak bag kat Amsterdam Central..terus berjalan. So tak terasa sangat. Tapi bila dah check in..mula lah terasa jetlag. Maghrib is 9pm ++ and subuh is 3.40am. Macam biasa..aku sure flat..tidoz! 12:00 pagi time Malaysia..sini masih terang benderang..aku dah terlena lps mandi. Mr.Abe terpaksa lah iron baju sendiri sebab dia dah biasa travel..tak jetlag sangat. Dia sediakan dinner..kejut aku makan. Aku pun mamai2..bangun makan. Pas tertidur balik wpun berkali Mr.Abe kejut solat maghrib. At last, aku terjaga 2:30 am..dlm 6am time Malaysia..terus solat. Pastu tido lagi..ohoi..weng sangat! Kul 4am..Abe kejut subuh..kena bangun lagi..sakit kepala! Orang kata, lepas subuh tak elok tidur balik kan? Hahaha..wpun subuh awal..tp kul 6am baru terang. Dah tu.. tidur balik lah kan? Ngee.. Kul 8am..turun sarapan. Padahal perut dah nangis2 minta lunch..and sarapan hotel..apakah harapan nak makan kenyang2. Roti, salad and fruit jek..kenyang la juga dengan membaham lebih telur. 

8:30 am, Mr.Abe g kerja ngn member dia. Aku round kawasan hotel. Katanya ada jogging track..tp menuju ke dalam hutan. Erk..tak berani la pulak. Nak layan gym? Lom cukup rajin. 


Semalam..kami berjalan (naik train) ke Zaance Schans. Actually ni 2nd time aku jejak bumi Holland ni. Last time was in 2010. Bumi Holland memang cantik and tenang. Kat Zaance Schans, scenery memang cantik. Kami tengok windmill, keju Holland yang bulat2 tu and cara2 buat terempoh Holland. Encem ok mamat yang ajar buat terempoh tu..hahaha..gambar2 ni semua dari Note2 aku..yang lain dlm Dslr..malas nak upload. Cukup la kot pix ni kan? 


Amsterdam city sesak dengan tourist, tram and basikal. Aku memang suka dengan town ni since 1st time sampai dulu. Kali ni, just jalan2...tak masuk dah tempat2 yang dah masuk dulu. Sama je kot. And tempat wajib lalu is Red Light District. Hahahaa. Since masih siang...'perempuan2 dlm cermin kaca' belum keluar 'beraksi'. Kalau lalu di lorong2..'mereka' start bargain ngn customer. Ada 1 geng pak arab kot..aku tengok..dia org tak berani pun nak lintas lorong tu..and ada yang lalu..masing2 urut dada...hahaaha. Aku? Lalu jek..free show kot. Kata nak tengok tempat orang. Cuma aku takleh snap pix je..hahahaha. Lagipun memang Amsterdam ni zon bebas pelacuran and ganja..semua pun open. Aku ajak gak Mr.Abe masuk 'live teater'.. dia kata..'g tanggal tudung dulu'. Hahahahhaa..


And macam biasa..ini style kami travel. Walaupun bukan travel ala2 backpackers..tapi kami suka travel guna backpack. Senang nak jalan..nak lari..nak bersesak2. Setakat ni..kat europe..travel dengan train paling senang. Mr.Abe mcm biasa..akan handle semua. Aku? Follow jek. 

Ok la..kalau rajin...akan update lagi utk cite arini and esok ... 

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!