Monday, August 26, 2013

.. Apa Khabar? ..

Apa khabar? skema tak soalan? dan paling penting...out of nothing, tiba2 tanya khabar. Tanya khabar macam ni, sapa2 pun boleh tanya kan? Mungkin sekadar nak make conversation agaknya.Makanya, jawab je lah..'Baik' - sambil tunduk kepala. Sebenarnya, em..entah la, aku pun tak tahu aku sihat ke tak. Tidur masih belum 100% OKEK, selera makan pun masih 50-50 ..cuba ada sedikit kekuatan je nak lawan 'lemau' untuk ke pejabat. Kat opis, duduk diam2, membisu, tak kacau orang, buat kerja, cukup masa, kita balik..yay! Happy kan (?)

Matahari dan aku ibarat irama dan lagu. Ewah...hahaha koya tak ayat? Kadang2, aku saja-saja je ajak Mr.Abe g lepak Bagan Lalang sebab nak tengok sunset. Sib baik la dia rajin melayan. Tapi takde la ajak selalu..mcm la kat tempat lain takde sunset.Hiks. Banyak benda dalam kepala aku sebenarnya ni. Hari ni kat opis pun aku just scroll in scroll out mouse jek. Dengan perut sebu..mata nantuk, memang tak jalan lah kerja. Lunch time aku balik tidur..yezza! Lunch tolak tepi. Bangun tidur, makan puding Mangga. Boleh la alas perut. Takde selera nak makan sebab mata nantuk tak abish2.
Aku tengah berkira-kira nak letgo 2 event running ni. Men's Health and BSN Nite run. MALAS! Dah takde semangat nak buat benda2 ni semua. Dah la aku gatal2 pi reg 12km and 21km..makanya..aku adalah MENYESAL! Tak tahu la kalau 2-3 arini ada semangat balik..tapi rasanya memang dah malas. Tadi g buat pemeriksaan kesihatan, berat aku 46.5KG..hadoiii! turunnnnnnnnn lagi. Walaupun aku selesa je dengan berat ni, tapi macam tak best la berat turun mcm ni..kang ada lak yang tuduh aku makan hati ..hahaha. Aku happy jek...just sebab puasa, travelling dgn less makan dan angkat bag berat2, maka turun lah keberatan ini.


Mak ngn abah duduk rumah aku sejak aku fly ke Europe baru2 ni. Kira 2 minggu la jugak. Abah tolong hantar anak-anak g skool on Monday and Tuesday masa aku masih kat Europe. Semalam Anniversary 39th mereka. Saja bawak mak abah makan2 kat Bagan Lalang and malam adik pulak belikan kek untuk raikan anniversary mereka. Semoga berkekalan till jannah dalam keadaan aman damai dan penuh kasih sayang. Amin.


Hari Sabtu, kami sefamili bawak mak abah g tengok rumah. Alhamdulillah..after a few proses lagi, insyaAllah semuanya akan selesai. Selepas bertapis-tapis and berfikir-fikir, 'decision' aku di terima oleh mak abah. Masih berusaha ke arah 'itu' dan semoga Allah permudahkan semua. Walaupun rumah ini akan siap hujung tahun ni, tapi ada benda2 lain yang terpaksa aku lalui dan selesaikan dulu sebelum aku betul2 akan teruskan dengan keputusan aku dan semoga ini keputusan terbaik untuk aku, suami dan anak-anak. Amin. Aku pun harap doa yang baik2 dari semua. InshaAllah, doa yang baik2 juga dari aku untuk famili dan rakan-rakan yang aku sayang walaupun aku menjauh atau di jauhi. Serahkan semua urusan pada DIA. Amin.

Kepada rakan-rakan yang minta aku buat open house Raya, mohon maaf..aku tak sedia lagi nak buka rumah buat masa ni. InshaAllah, nanti2, ada ruang dan masa dan tak mahu timbulkan apa2 syak wasangka takut ada jemputan tak berjemput sebab aku duduk quarters, byk hati nak kena jaga..ada rezeki, aku jemput ramai2.

Rasa tersisih adalah satu perasan yang membunuh hubungan dengan manusia sejagat kan? Aku serik!

Papai! 


posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!