Friday, August 16, 2013

.. Cuci poket at Bicester Village ..

Assalamualaikum..

Hari ini, aku dan Mr.Abe melakukan aktiviti cuci mata dan cuci poket selama 7 jam kat Bicester Village. Apa tu? Ia adalah outlet menjual branded items. Kenapa sampai 7 jam? Sebab tak plan nk g tempat lain. Sebenarnys dekat je dgn Oxford University dan juga lokasi pengambaran Harry Potter..tapi macam malas nak rushing2. Mula2 ingat 7 jam tu lama la kan..rupanya..mmg 7 jam la kami pusing2 tapi tak boring.

Perjalanan ke sana dgn train. Biasalah, train paling senang kat Europe ni. And paling best..wifi free pun ada dlm train. Kat town pun ada free wifi tak macam Australia. Makanya,kerja aku update info je la...just wanna share keseronokan dan keindahan alam ni.. mana tau, nanti2 rezeki orang lain lak kan? Aku saja tak update pasai London city sebab...sesaknya kepala dlm town ...so sesaknya nak menaip tak tau nk cite apa..


Mula2...masuk Prada. Kena berbaris, tapi tak panjang. Saja masuk tengok harga. Ok la harga nya tapi bukan keperluan aku bag ni. Sempat la posing sebelum kena tegur. Aku tahu memang takleh amik pix dlm butik luxiours branded item ni...tapi saja gatai nak snap gak. Ahaks...

Kat Bicester village ni ramai tourist Arab dan China. Ya Allah..tengok arab2 ni shopping..mcm benda2 kat situ harga 2-3 ringgit jek..semua dia org angkut..phew! Yang tourist China lak macam takde adab..tp dia org ni kat mana2 pun memang macam ni..kerja dia org, rebut, tolak and wat dek dgn orang lain. Kalau ada Q, kdg2 dia orang selamba je potong.


Ni aktiviti aku kat sini. Posing2..kuar masuk kedai...try2..beli jek tak banyak. Hahaha. Aku rembat Timberland, bag Kipling - dua benda ni murah jugak lah banding KL. Aku nak sangat jaket or windbreaker The North Face..tapi takde choice kat outlet. Rasanya kat London ada less 40% and boleh beli. Sok nak ajak Mr.Abe g balik butik tu.

Tadi masuk Gucci...hohoho..nyaris nak hangkut 1 bijik bag...tapi fikir2..Gucci Mayfair aku pun baru sangat lagi ...so niat di batalkan. Jangan mimpi malam ni dah la kan..ngeh2. 

Banyak2 outlet.. Clarks paling ramai orang. Tak tahu la murah ke tak...tapi boleh dapat sepasang kasut bawah rm200. Murah la kot kan? Orang kata..Clarks ni Bata UK..dan Clarks bagi bag plastik jek instead of paper bag. 

Ok la..nantuk sudah..papai! ♥

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!