Tuesday, August 13, 2013

.. Berbasikal di Venlo Town ..

Cak! Mesti orang Malaysia tengah tidur kam time ni? Aku ngn Mr.Abe baru balik dari berbasikal. Sewa basikal Hotel - 9euro utk separuh hari. Basikal biasa tapi ada gear 1 sampai 3.



Dari hotel..kami cycle ke dalam hutan. Mendaki bukit rupanya dan bertanah lembut. Baru 500meter...decide patah balik sebab mcm tak sehsuai je basikal ni nak panjat bukit. Lantas berkayuh la ke Venlon Town. Town ni kecik je and rasa macam best la berbasikal. Kedai dah banyak tutup by 6pm. So just pusing2 tengok apa2 yang ada.

Tak susah nak berbasikal kat Holland ni coz pejalan kaki dan bikers ada hak2 sendiri. Ada track for cycling dan mcm pejalan kaki..kereta akan beri keutamaan juga pada bikers. Since cuaca tak panas..12km tak jadi apa2 la sangt. Jangan kan berpeluh..penat pun tak sempat. Just last sekali kami masuk balik dalam hutan..masa ni baru la jantung laju.



Tercabar gak tengok uncle2 and auntie2 kat sini releks je cycling. And setakat ni..bertembung ngn orang asing masa jalan or cycle..mesti dia org say Hello or at least senyum. Tapi asal kalau aku jumpa orang Malaysia kat oversea ni...susah sangat nak balas senyuman aku..emm. Maybe dia orang penat berjalan..hehehe.

Ok la..sok aku ikut Mr.Abe kerja separuh hari dan lepas tu ke destinasi seterusnya. Destinasi yang aku belum pernah sampai..yay!

Papai! ♥



posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!