Saturday, March 30, 2013

.. Hill Run @Damai Laut ..

Hello..

Duduk lepak2 selepas pekena lauk pauk BBQ yang di BBQ kan oleh Mr.Abe and brothers. MIL masak bihun goreng. Mcm ni lah style kalau dgn famili Mr.Abe.. semua pun masak sendiri. Kalau adik beradik aku..kalau ajak mak abah..kami lagi prefer belanja mak abah makan...ye la kan..kata cuti..kasi rehat je lah.. ye dok?

Dari semalam aku plan nak run. Sejak bercuti ke pantai timur and tioman hari tu..kerja aku..makan jek. Dah la semua manis2. Walaupun snorkling tu byk buang kalori..tapi still tak sama dengan senaman atas darat .. berpeluh baru syok kan?



6.40pm..aku nekad gak nak lari lepas teman anak2 mandi kolam. Target 3km jek sebab aku tau, bentuk muka bumi kat sini ada bukit bukau. So 3km rasanya dah cukup buat aku peluh. Memang syok lah layan hill and menten pace mcm lari jalan landai. Aku patut cari Heart Rate belt aku rasanya. Baru cukup sifat .. kot.



Antara scenery masa run tadi. Gigih pegang handphone sambil lari sebab suar run Nike aku takde poket. Kalau pakai suar run cap ayam yang beli kat warta...mmg simpan dlm poket jek. Kiri kanan jalan adalah hutan and bercuram. Certain view baru ada building. Kadang2 terserempak dengan pekerja asing yg bawak parang la..cangkul la..cuak gak rasa. Hahahha.. tp fikir positif..dia org balik kerja..tak kan nak kacau orang lak..kan?



Antara scenery kat kawasan area2 sini. Tapi petang g Jusco Manjung..pastu FIL ajak g jetty Damar Laut. Snap la gambar sket2.

Dan hari ni aku dapat sorang lagi anak saudara. Adik aku dapat new baby. Anak no 4 okek...hahaha. Tapi lahir tak cukup bulan and masih bawah 'nicu'. Semoga Allah beri baby baru kekuatan untuk terus bernafas..alhamdulillah tadi adik cakap..baby dah boleh bernafas sendiri.

Ok la..papai! ♥
posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!