Sunday, March 24, 2013

.. Cuti Sekolah - Tioman day 1 ..

Hello. Ada wifi free kat cafe.. mari update blog. Hari ni dah sampai Tioman. Lepak kat Kg Genting and stay at Damai Resort. Resort kat kaki bukit and nak ke pantai dalam 100 meter.. ok la kot. Chalet dia biasa2 jek...ok la kot. Janji toilet okek. Hiks..

Kul 9 lebih berlepas dari Jety Mersing dan hampir sejam setengah belayar sampai lah ke jeti Kg Genting, Pulau Tioman. Since dah biasa tengok laut biru and crystal clear .. so takde la teruja sangat..but ok..cantik. Mungkin esok lagi cantik sebab akan bersnorkling di taman air.


Alhamdulillah...setakat ni mak and abah seronok. Cuma mak and abah tak mau mandi laut and esok tak tahu lagi nak ikut ke taman laut ke tak.


Kul 2.30 pm tadi baru terjun masuk air walaupun dah janji ngn anak2 nak mandi lepas zohor. Hahaha. Mr.Abe kepenatan lalu tertido..lps tu semua punn tertido. Ok gak mandi kat sini..dekat ngn chalet and jernih. Cuma masa tu air tgh pasang..so jadi kelakar org yang tak pandai swim nak snokling..kena ikut ombak je lah. Danish daj pandai guna snorkling gear.. yay!


Ni antara scenary laut dan pulau. Em.. malas nk upload byk2. Kg Genting ni kecik jek. Aku buat gak workout tadi...walk for 1.6km. Tapi asal tak peluh? Hahaha..and seronok tengok team belajar diving. InsyaAllah..next target, aku nak amik lesen scuba.. kawan dah ada..hoyeah! Semoga impian tercapai.


Ni tengah dinner. Masa snap pic ni..lom lg terhidang makanan and now dah terdampar kekenyang. Malam ni BBQ.. tersangat lah kenyang and rasa ngantuknyaa...ohoii...


Nice kan? Sunset ni..tapi matahari terlindung sebalik awan..so terpaksa fikir the best shoot utk cantikkan suasana. Tahu tak? Aku sangat suka sunset and sunrise. Subhanaallah ..tenang and sangat teruja!

Ok laa...nak rehat jap dr tengok enpon..ngeh.

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!