Thursday, October 03, 2013

.. Melepaskan lelah di dada ..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, ada sikit kesempatan nak lepak2 and update blog. Hari-hari yang berlalu agak hetic bagi aku. Bukan merungut penat, sebab orang lain pun penat kerja, just nak menari2kan jari melepaskan lelah di dada. Masih ada banyak event student yang nak lalui. Tadi aku jenguk balik kalender kerja, tengah bulan November nanti baru kalender tu 'sunyi' sehingga hujung bulan 12 dan kemudian kembali hetic. Intake dah 3 kali..so takde ruang2 kosong nampaknya. Kerja di luar pejabat agak memenatkan fizikal dan dalam team ITMS, aku seorang je perempuan. Tapi alhamdulillah, kerja dengan lelaki ni lain sket..selain daripada sikap telus dan terus terang, abis time kerja..abis la semua kalau ada marah ke, tak puas hati ke..and cakap pun main lepas je, tak yah tapis2. I am happy with that. Cuma bila berdepan dengan user yang macam2..bukan saja penat fizikal..mental aku pun akan out. Biasanya, time2 hetic macam ni, sure aku demam..hahaha..tak kuat rupanya. Surely, now ni musim dapat result KPI. Apa jadi dengan aku? Tahun lepas sampai menangis2 kan? Tahun ni, selepas di tolak campur dan bahagi, aku malas nak fikir. Hahahah. Apapun, alhamdulillah, 'kewujudan' aku di rasai oleh Puan dan banyak kata2 positive aku dapat dari dia. Cukup lah kan? Nak kejar apa sangat pun.. Janji aku puas dan happy. Tu jek.Dah makin tua ni, dah makin sedar diri sket..semuanya adalah ketentuan DIA..kan?


Habis cite kerja. Kadang-kadang, masa kecik2 dulu, aku selalu tengok drama tentang kehidupan keluarga yang serba ada, tapi sunyi. Emm..mungkin aku takde la sampai seteruk tu..tapi entah lah. Sejak kenaikan pangkat Mr.Suami, makin stress aku tengok dia kerja. Memang dari dulu kerja dia 24jam ..tp kenapa aku makin tak betah nak hadapi semua ni. Aku tak mahu merungut2..sebab ada orang cakap, aku adalah manusia yang beruntung..semua dia tanggung, gaji aku tak cuit sket pun dan aku dapat tengok dunia. Ya, aku tak merungut..syukur alhamdulillah..tapi hati aku hanya hati manusia biasa, kadang kala, terasa sunyi jugak. Anak2 pun dah membesar, kadang2 mereka pun bising kenapa babah bz sangat. Entah la kan..baru jadi Specialist Engineer..belum lagi jadi CEO ka..Dato ka..hahahha. Sabarlah wahai hati..sesungguh dia yang terbaik untuk kamu, anugerah dari Allah - suami yang menjalankan tanggungjawab dengan baik cuma dia ada sedikit 'keistimewaan' - otak mesin, hati besi. hahahahaa..

We in 2007
Dah hampir seminggu aku tak exercise ni. Ke lauttttttttttttt.. hadoii! Tak punya masa nak kejar time nak lari wpun kejap. Anak2 dah bising, kenapa ibu asyik amik lambat. Erk..memang lambat, 6pm lebih baru aku tiba di sekolah mereka. Muka masing2 dah lemau dan lunyai penat tunggu ibu. Ye la kan, kelas habis pukul 4..kul 6 lebih baru ibu sampai..masing2 dah penat dan lapar. Hanya minta maaf je lah yang aku mampu. Kadang2 terfikir, beriya betul aku kerja sampai anak2 pun terabai..tapi pangkat takde la tinggi mana..over kan? Hahahaa. Tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab. Erkk..conpius jap, yang mana 1 sebenarnya tanggungjawab aku? Sapa boleh jawab? Entah la, aku just tak nak..anak2 tak rasa kasih sayang dan tak mahu beri kasih sayang pada aku bila dah tua nanti. Nauzubillah. InsyaAllah dan alhamdulillah..walaupun aku ni garang and kadang2 tak punya masa untuk mereka, anak2 selalu cakap 'sayang ibu' dan suka peluk dan cium aku. Syukur.. doa ibu yang baik2 untuk Kimi dan Mimi wpun ibu garang.

Kenapa takleh lupa kasut ni..PureCadence2 ..hadoi!
Eh..19hb ni aku akan sertai larian BSN Nite Run 2013 for 21km. Eh ah eh ah...sampai ari ni, aku tak sempat nak training pun. Runners yang biasa lari pun akan training 2-3 bulan. Hadoiii. Tak tahu la apa akan jadi nanti. Setakat ni, aku tak yakin langsung nak lari. Yang biasa lari pun 3 jam gak dia orang lari..huhuuuu. Gila berdebar. Mungkin nanti by the time kena lari..aku kena ajar mental aku je lah. Uhuk.

Ok la...tiba2 malas nak menaip..gambar pun tak tau nak letak gambar apa ni.hahahha..

Papai!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!