Friday, October 18, 2013

.. B$N Nite Run Putr@jaya ..


Asssalamualaikumm... Wat apa? Aku tengah layan blog + layan APM + layan FB..hiks. Semua pun buat saling jeling2. Okek..remote astro dah kena amik..Emm..ni nak marah ni. Dah la aku jenis jarang layan tv. Takpe2..aku layan blog jek. Actually aku tengah berdebar ni. Entah..biar lah nak kata poyo ke apa..tapi ini lah hakikatnya. 

Malam esok, aku pilih untuk lari 21KM atau Half Marathon a.k.a HM buat pertama kali. 21KM? Mr.Abe kata..'gila ke?'. Hahaha..aku pun penah cakap benda yang sama kat kaki lari..21KM? Gila ke apa..tak termimpi aku nak lari..TAPI kali ni, aku pilih untuk cabar diri sendiri. Why not try? Kan? Cuma agak ralat and cuak sebab aku tak buat proper preparation..yakni takde proper training. Just seminggu terakhir ni je aku dapat lari 5km + 5km + 10Km + 3KM. Training sepatutnya at least bermula 3 bulan awal..hee..Entah la..tengok je sok apa nak jadi. Tak larat lari..kita jalan kan? cumanya..lari malam, kalau lambat, midnite la baru settle huhuhuhu..gila tak? 





Ini baju event yang aku dapat. Neo Orange singlet from Brooks. Ala.......takde lengan lagi. Memang jadi baju tido je la ni kang. Setakat ni, aku memang tak penah lagi pakai singlet dengan inner untuk apa2 event or game. Terasa pelik lak...ngeee...



Hahahaha..pilih2 baju dah kalah nak p shopping. Okek..aku terpaksa pilih betul2 becoz 21km bukan dekat ya. Dengan keadaan cuaca yang entah mcm mana esok, malam lak..mungkin akan sejuk..mungkin akan panas dan paling mungkin adalah...compem basah kuyup. Semua baju ni adalah berteknologi 'cepat kering' ..just brand je lain2. 


Aku prefer running long sleeves microfibre from Malaysia Women Marathon ni. So tak yah pakai inner. Cuma baju ni pendek. Segan la pulak..Seluar running sudah tentunya aku pilih yang tight tapi bukan legging la..tak confiden langsung aku nak pakai tight ..malu lers. Yang penting bahagian bawah kaki adalah besar.



Baju running PUMA ni sgt best..ok la tak singkat sangat..tapi kena pakai inner sebab tangan pendek. Memang before this aku belasah je bersukan tak pakai proper..tapi now aku lebih suka being proper. Since inner ni bukan sport inner..aku tak nak amik risiko terpaksa singsing lengan masa tengah lari nanti. 

Dan esok, aku pilih for Raveena3 from Brooks. Lagipun aku tak banyak kasut running dan ini yang paling selesa terutama untuk jarah jauh. Just lucky, kasut2 running brooks tak berapa nak cun compare NIKE..kalau tak, compem gila byk kasut lari aku..ahaks. Aku kan gila kasut sukan...sib baik la kasut netball tak kisah apa2..so aku puluh beli kasut netball je la.



Running aksesori. Bluetooh headphone sebab aku tak suka pakai earphone. Kadang tak leh lari sebab sibuk betulkan earphone yang asyik terkeluar dari telinga. Headphone from Rapoo ni kecik je and nipis. So takde la poyo sangat. Pouch tu lak tempat nak letak enpon, ic, duit dan power bar. Jam tu bukan proper running jam pun. Tapi pakai je..sebab dia sport watch. Last sekali..aku pilih tudung microfiber dr jenama Raqtive.. Nice sangat tudung ni. Ringan dan terasa angin kat leher and tak basah wpun dah lari jauh.. Harga pun boleh tahan la..hahaha. Setakat ni, aku ada 2 helai sebab aku bak barangan sukan ni..aku tak kisah sangat nak berbelanja sebab aku suka. 



Dan akhir sekali..aku kecut perut gak ni..dari tadi..jenuh aku tenung route 21km ni. Aku memang takut and cuak..sebab aku tak penah lari jauh2..biasanya, aku akan down pada KM6 ..masa ni, berperang lah dengan diri sendiri. Nak nangis ke..nak marah kenapa wat keja bodoh ni ke..kenapa tak tdo je kat umah ke..hahhaa..semua penyesalan akan wujud..tapi kena kuat lah juga kan? tak kan nak patah balik lak..hahaha.. 

Apapun..doakan lah aku ya. Aku just nak selamat sampai, tak injured and kalau boleh..tak sakit badan. 

Ok..papai! 

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!