Tuesday, October 15, 2013

.. AidilAdha 2013 ..

Assalamualaikum Cak! Jom menaip. Nak cite apa pun tak tau..sebab tu dah jarang update blog ni. Kadang2, cuba juga menyekat diri sendiri daripada banyak sangat bercerita kat dalam blog lebih2 lagi ketika hati sedang meroyan. Tak nak dah aku jadi bahan kata orang. Memang la blog ni tak kacau orang kan? Tapi kadang2 kita lupa..apa yang kita tulis, kadang2 buat orang lain rasa tak senang dengan kita. Jadi untuk elak perkara sama berulang2 kali berlaku..bila hati aku rasa tak syok..aku akan tulis dlm note kat enpon. Tulis sampai aku lega..lepas tu baca semula dan lepas tu ..fikir banyak2 kali..perlu ke post ke public? Untuk apa? Bila dah berjaya pujuk diri sendiri, baru aku delete...LEGA! Hiks..


Hari ni Raya Aidiladha..aku beraya kat Ipoh. Ikut plan asal, memang tak balik kampung raya kali ni sebab konon2nya Mr.Abe tak leh cuti, kena stanbdy. Tapi tiba2 Sekolah ABIM di beri cuti seminggu. Idak lah tiba2, rupanya dah ada kat Takwin  dia orang..cuma kita orang tak beli pun Takwim tu. Isnin terpaksa lah aku EL dan plan akan balik ke KL semula tengahari Hari Raya. Ikut giliran, raya kat Manjoi kali ni, umah MIL. Tapi lately MIL rajin sangat balik Serdang..so kami decided tak balik sana sebab nak balik KL awal. And now, aku dengan Mr.Abe kat umah, anak2 dok kat Ipoh. Suka gila dia orang. 




Macam biasa lah kan..bila raya, sure nak posing. Biasanya, aku lah paling selok nak bergambar. Susah gak nak ajak anak2 bergambar..macam2 peel. Mr. Abe pun sama. Tapi aku kan Veto..so, selagi gambar tak cunz and tak bagi kerjasama, selagi tu aku suruh amik pix. Haahahhaa. Nak tak nak, mereka layan lah juga ibu mereka ni. Raya haji takde tema baju. Tapi kebetulan, dapat lah gak warna ala2 sama kan? So untuk semua yang baca blog ni (ada ke? hiks)...aku wish Selamat Hari Raya Aidiladha 2013 dan maaf zahir batin. Musim haji ni kan..seronok tengok tv umat Islam mengerjakan Haji. Semoga suatu hari nanti, sampai masa untuk aku dan famili jejak kaki ke rumah Allah..Ya Karim, jemputlah kami. Amin.



Rasa lah ketupat ini, dengan rendangnya sekali. Hiks. Ketupat palas dan rendang daging hasil tangan emak yang paling aku suka. Dan kebiasaan, kerja2 buka daun palas tu..kerja aku la. Alhamdulillah, anak2 rajin nak tolong. So senang sket kerja. Biasa ketupat mak ada kacang besar..tapi kali ni, mak wat kosong je sebab abah tak suka kacang. Alhamdulillah...aku puas makan ketupat palas mak kali ni...Sedap! 




Hahahah, ni dah kenapa lak ni? Bukan nak tunjuk loving couple ke apa..ni gambar aku dengan Mr.Abe di pagi raya. Ingat senang nak amik pix ngan dia? Nak tak nak..di layankan jugak la isteri dia ni. Gambar ni aku bagi tajuk : Sering bersama tapi jarang bersua. Faham? Hahaha....biar aku je yang faham. Berharap dan berdoa supaya hati aku sabar menempuh hari2 BZ Beliau. Sedih..dush! 



Sehari sebelum raya, aku layan kehendak anak2 ini. Nak Bdman merayu2 pada aku sebab tau, kalau rayu kat babah, sure tak jalan. Aku ajak Mr.Abe g Jusco..carikan budak2 ni Bdman..suh dia orang pilih..lepas tu suh babah bayar. Hahahahaa..bijak tak? Kalau babah tak leh cair ngn anak2..ngn ibu sure cair.. Kuikuikui. Alaa..tak salah kan happy kan anak2 dan isteri..pahala tau. Nanti lagi banyak rezeki Allah beri...Percayalah ..InshaAllah. Masa aktiviti memasang Bdman, nampak sangat kesungguhan mereka berfikir sampai sunyi sepi rumah. Ngee...


Ini lah telatah anak2 buah di hari raya. Anak adik je dah 4 orang. Anak abang - 2 orang dan anak aku  2 orang..okek! Meriah sangat. Yang kecik dengan ragam kecik..yang dah besar dengan ragam besar. Aku okek je nak melayan budak2 ni..takde la segarang aku layan anak2 sendiri. Kenapa tah..ngn anak sendiri mcm mak singa..ngn anak orang, jadi la mak kucing. Hehehehe...maybe sebab aku nak anak2 aku behave kot and hormat aku. Tu jek.. 




Sebelum balik Ipoh, sempat singgah Klang tengok umah. Umah dan bermangga. Just dia orang nak repair apa2 yang tak ikut spec pembinaan jek. Aku wish dapat masuk umah ni awal..tapi tu lah..kenapa plan betul2..

Em..okla..papai!

posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!