Monday, October 21, 2013

.. I Ran 21KM at BSN Putrajaya Night Marathon ..

Assalamualaikumm...cak!

Sebelum terlupa dengan momento semasa event BSN Putrajaya Night Run 2013, meh menaip sekejap. Boleh terlupa ke moment ni? emm..rasa-rasa macam boleh kot.hiks. OK, macam aku bising sebelum ni seriau nak run 21km, tak ready la..tak cukup training la..kerja gila la namun akhirnya, aku dah lalui moment itu dengan OK sekali. OK bukan la lari laju ke apa..tapi OK la sebab dapat abiskan run wpun sehari suntuk aku neves gila. Alhamdulillah...manage to finish the run tanpa injured dan masa pun idak lah ke laut sebagai beginner. Eh beginner ke? Ke ini yang pertama dan terakhir? Ngee. Entah..aku plan ini yang pertama dan terakhir..tapi selebihnya..biar Allah yang tentukan. 




Jadi, aku pilih untuk memakai Running long sleeves from Malaysia Women Marathon dengan tudung kelabu pink from Raqtive warna kelabu pink (comelkan color ni?). Aku memang suggest for sports women to buy this hijab. Tak rasa berpeluh, ringan dan terasa angin masuk. Serius ni, aku tak tipu. Aku pilih untuk pakai Nike pants dry-fit makes from recycle bottle technology (Mr.Abe belanja). Aku cakap, 'sedap seluar ni'...dia cakap, 'a ah sedap la kan sebab tak murah'..hahaha. Tapi takde la sesedap and semahal 2Xu. Masih dalam range mampu beli dan boleh pakai untuk game2 lain. Aku pilih grey sebab nak lari malam..cerah la sket kan? Ngee..Tapi kalau boleh lari dengan singlet dengan short pant, sure lagi best..ahahahaa..Aje gila! 

Aku g event dengan kawan2 dan tolak lepas Maghrib. Event start at 8.20pm..so tak yah rushing. Sepanjang hari aku resah gelisah..sangat2 neves. Jauh OK 21km tu. Mr.Abe pun cakap aku gila. But thanks wpun gila..still bagi sokongan moral untuk Za. Lunch time, di suruh nya aku makan nasi arab satu pinggan sorang..biasa kami share. Carbo loading katanya. hahahahamek! Aku try makan sampai habis, tapi tak berjaya. Maaf lah..perut tak berasa nak besar. Mr.Abe sempat gak tapaukan aku waffle untuk makan at 4pm. Sebab itu last time utk makan heavy food. Untuk tenaga, aku cekik la jugak. Mr.Abe dah balik Ipoh dah kul 3pm masa tu naik ETS. Dia memberi sokongan moral.- 'go fo 2hr and 30min..boleh punya..tak kan tak boleh? Za boleh buat 10km for 1hour lebih sket, takkan 21km tak leh?' hahaha..cakap banyak boleh laa..yang nak lari ni siapa? Opss..ni time yang untuk aku sebagai beginner dan bukan pelari tegar lah eh..dan ini sokongan moral dr sorang suami yang bukan kaki sukan mahupun kaki lari...so pada 2 jam 30min..budget OK lah kan..Untuk menang dengan target diri sendiri..keh keh keh. 




Ni aku dan kawan-kawan before start lari. Aku je lain dari yang lain nampaknya. Walaupun nampak selok gila nak berlari tapi perut dah penuh dengan rama-rama ni. Agak spoit tenaga sket untuk 1km pertama sebab playlist lagu aku wat hal. Main lagu 1 lagu pastu stop. Dush! Dah aku terkial-kial amik handphone dalam pouch...dah la enpon besar..hahaha. Jenuh la nak sumbat kuar masuk. Lepas dah betulkan..dengar 1 lagu, tiba2 kuar ceramah Islam itu indah..ngeee.. Alamak! tak kan nak dengar ceramah lak. So terkial2 lagi betulkan playlist dan lepas tu aku berlari lega.Macam biasa, aku akan lari sorang2..buat hal sendiri. Alhamdulillah, 1-10km pertama, aku boleh lari dengan pace 6.5. 



Aku bukan runner dan banyak benda yang aku tak tahu pasai teknikal running ni. Just 1 day before lari, aku sempat tengok kat youtube few things pasai run. How to run long distance. Okek, aku belajar :

  • Lari jangan menunduk atau mendongok - akan kacau penafasan.
  • Pandang at least beberapa meter ke depan - enjoy your view.
  • Jangan landing guna tumit. Try guna depan kaki and push balik..so akan layan graviti. 
  • Jangan langkah over stride. Just at least 90 degree from your knee. 
  • kaki belakang bengkok kan to push your body.
  • tangan bengokkan 90 degree and jangan terlampau swing sampai ke tengan badan. 
  • tegakkan badan, kalau bongkok..akan buat bahu berat dan akan penatkan badan.

Hahhaa..beriya tak? Yes, ini lah aku. Kalau aku tak tahu, aku akan tanya. Kalau aku tanya tu, maknanya aku memang tak tahu..bukan ngada2 nak tahu wpun dah tahu. Since aku lari suka-suka dan tak bercoach apatah lagi berproper running partner, aku decide untuk belajar sendiri. Masa persediaan untuk 21km ni gak aku belajar what is Tempo, Fartlek run and interval. Semua aku belajar kat youtube. Tapi..satu pun aku tak buat. Kui kui kui. At least aku tahu la kan...haaa..termasuk lah LSD. Just few tips kat atas tu jek aku try untuk buat kecuali lari guna kaki depan..mula2 ok la ikut..bila dah tak larat..memang seret kaki je lah. Heee....

Masa 10KM pertama, aku memang target run tanpa henti dan tak mau amik air. Masa tengah kusyuk lari tu, tiba-tiba ada sorang mamat ni tegur. Ohh..dah la lagu aku kuat kat telinga..tapi sebab dah orang bercakap dengan kita..so kena lah bercakap juga. Mamat tu cakap "Wah..tahan ye dik lari (adik lah sgt kan? hahaha) .. aku sengeh and balas "Tak gak..nanti kejap lagi 10km saya stop la..tu je la yang saya larat..hahhaha". Oh dia masih nak bercakap "oh ye ke? Tak larat ke? Lari bape KM?" ...huhuhu..aku dah tak jawab sebab dengar tak dengar jek..tapi tiba2 aku terfikir..eh, asal dia tanya lari bape KM eh? Alamak! Aku terlupa..hari ni ada banyak route. Hadoii..terus aku terstop atas jalan and pandang bips orang lain..ala..aku dah salah masuk route 10km ke ni? Mati la kena patah balik kalau salah..bawak bertenang jap..tengok depan and nampak signage 21KM belok kiri. Hua hua hua..alhamdulillah. Ingat dah salah dah tadi..so aku pun terus berlari and amik drink at 10KM dan ini adalah kesilapan pertama aku. Sebab lepas minum..perut aku dah berkocak-kacak sampai sakit belah kanan. Sebenarnya aku target nak amik drinks kat KM12. Hadoiii...dah lari pegang perut. Nyesal sangat. So aku slow kan lari aku. Actually aku target nak baiki masa 10km dan 12km aku.

Aku manage to run 1:09 for 10KM (before this 1:13min). Berjaya. Than aku target to baiki 12km aku. Masa Men's Health and Shape night run aritu, my 12km was 1:33mins..so malam tu aku berjaya baiki masa jadi 1:25mins. Yeah..berjaya.Alhamdulillah. Dan selepas 12km..aku dah tak tahu nak bahagi tenaga sebab ni 1st time aku lari lebih dari 12kM.

Nasihat orang..for long distance, jangan laju dulu. Tapi aku tahu diri aku. Kalau aku tak laju dari awal (laju diri sendiri..bukan laju compare dgn orang) ..so last2 nanti, sure aku akan pancit gak. Orang cakap, kalau tak biasa, kita akan down pada KM16..so aku decide to lari dan lari sampai KM15 and after that..yes betul..aku dah mula slow. Almost 1km aku cecah 8min dan paling kuat aku leh g 7min perKM..tu dah masuk lenggang mak limah. 15KM aku adalah 1:48minit. huhuhu. Nak tak nak aku..kena la push gak berlari sampai lah ke 3KM terakhir..maaf zahir batin..kaki aku dah berat sangat. Kasut basah..so, jeng jeng jeng..aku pun decide to walk every 200M  and run 800M perKM jek. Penah sampai cecah 9mins perKM..sangat slow.

Masa run ni, aku perasan, aku sentiasa beringin dengan seorang awek skirt hitam berjalur merah. Aku rasa, dia lari tak pernah berjalan. Sampai la aku terstop dari berlari, dia tegur aku. Ikut sembang kami di Ig, rupanya dia ajak lari sama. Oh..hahha.Aku memang try follow dia..step dia sangat cantik and nampak tak penat pun..tapi tu lah, aku rasa dia memang dah biasa run..jadi dia terus lari, aku follow dr belakang, sampai lah KM3 terakhir..aku dah hilang dia. Aku dah tak larat..mental dah down sampai lah aku nampak finishing line..aku paksa diri lari jugak dan bila sampai..timing atas kepala aku adalah 2:43min..emm..lari dari target 2:30mins aku. TAPI..boleh la kan as 1st timer. Alhamdulillah..tak sampai 3 jam lari..dan masih boleh tersenyum.




Apa yang aku rasa tentang HM ni, aku rasa, lari 12km lagi penat dari 21KM ni. Sebab 12KM pada aku, baru nak terbiasa lari and tengah struggle nak lari, tiba2 dah abis lari wpun masa ke laut. Ye ke? Lagipun aku baru sekali je lari 12kM and 21km ni..so ini pendapat badan aku lah. Lari HM ni, rupanya tak ramai orang berjalan. Semua keep running walapun jauh. Hebat! 16km pertama, memang tak nampak orang berjalan..maka aku pun termotivasi untuk terus berlari. Just after that je ke laut. 

Gambar ni aku dengan kawan-kawan yang sampai sebelum 3 jam. Sang arjuna dua orang tu awal2 lah dah sampai kan? 2 jam 5 minit masa dia orang..lepas tu aku sampai dan lepas tu baru 2 orang lagi kawan sampai. Sempat lepak dengan kawan lama, Izan. Lama tak jumpa. Dia lari 5KM. Run for medal je katanya. hahahaa. 



Dan after 12noon..kami berlima berkumpul semula bersama-sama lepas semua berjaya abishkan misi. Posing with HM finisher Tee dan officially, aku dah jadi Half Marathoner. Ahaks! Tak pernah nak mimpi sebelum ni. Masa nak amik pix ni, aku minta tolong seorang mamat India dia..dia run FM rasanya..tapi dah habis kul 12noon? Hebat kan? Dia tanya aku.."1st time 21km ke?"...hahahaha.Mungkin dia nmpk betapa excitednya aku nak posing dengan HM finisher tee tu kot. Aku jawab.."ya..1st time for me"... ngee. 


Ini unofficial time aku. Captured by Sports Tracker. Cuba tengok time aku after 18KM..siap kuar warna merah. Itu tandanya, betapa tak larat nya aku dah. Kaki betul2 sangat berat dan last2 KM tu la pulak banyak beno bukitnya. 


Dan ini adalah official time aku dari BSN website..194 out of 597.
LINK : Official Result BSN Putrajaya Night Marathon 2013

Abish 988 tenaga aku malam tu dan sampai sekarang wpun tak sakit badan, aku terasa sangat lemah mcm takde tenaga. Macam terasa kurus gila lak. Pipi pun dah hilang..huhuhu. Logik tak? hahahaha...






Last sekali..ini lah dia habuan penat berlari. Macam biasa, posing dengan medal tetap ada..tapi takde la sampai geget medal tu sebab lepas ni, tak tau la medal tu akan dok kat mana. Apapun, aku tepuk bahu kanan aku sendiri..Well Done Liza! 

Aku decide...BSN Putrajaya Night Run 2013 will be my last running event to join in 2013 atau maybe akan terus jadi yang terakhir? Entah.....will decide later. Aku rindu GUNUNG..itu yang pasti. Uhuk.

OK..dah abis catatan aku..catatan biasa2 dari orang biasa2 - bukan pelari tegar. Tersalah silap term ke..terlebih fakta ke..maaflah ya. Menulis sekadar untuk moment diri sendiri and bukan nak compare or lawan dengan siapa2. Semua pun just untuk suka2 hanya berlumba lari dengan diri sendiri. Mental fighthing.. yeah!

OK..papai! 

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!