Monday, October 28, 2013

.. Hari Minggu bersama T.E.M.A.N ..


Ikut hati mati..ikut rasa binasa..kerana mulut badan binasa..bahasa jiwa bangsa. Yeah berperibahasa la pulak. Curi masa menaip kejap sebab ini adalah jiwa aku. Entah apa yang tak kena, rasa nak marah je ni. Mungkin mood dah spoil sedari pagi..benda paling simple dalam dunia - Nak orang hormat kita, sila hormat orang. Jadinya, kalau tak pandai menari, jangan di tuduh lantai bergoyang Okek. Emm..ok. Tak perlu jelaskan apa2..hanya aku yang tahu apa yang dah jadi .. S.T.R.E.S.S! 

Petang Jumaat lepas aku ada friendly Netball dengan geng gomen kat Putrajaya.


Nampak macam senang je kan jd GS ni kan? Memang time training, shooting mantap je la..tapi kalau dah game, kalau takde stamina..memang ke laut je lah. Fokus dan penafasan kena kawal. Bertenang...insyaAllah masuk, Kalau tak masuk gak, memang ada lah yang tak kena tu..HIks.. 

Ni team aku. Kadang-kadang bertukar orang gak. Ni team yang rajin turun training petang2..tapi kadang-kadang kalau ada game untuk company yang takleh ajak orang luar, team ni akan bertambah atau berkurang orang lah jugak. Macam biasa, kat mana-mana kami main..posing tu paling penting. Nak-nak kalau ada aku..memang rajin sangat lah nak amik gambar. Ye lah..as a blogger..aku perlukan bahan-bahan utk blog kan? Hari tu tak menang pun. Takpe, dapat pengalaman pun okek. 

Bertemu dan berpisah kerana Allah. So pertemuan yang tak di rancang ni kerana Allah yang benarnkan. Ini kawan-kawan aku dalam geng Chaaayank. Berkenalan masa sama-sama dok minat gila kat Siti Nurhaliza. Secara rasminya, dah 10 tahun kami berkawan..tapi aku rasa lebih sebenarnya..heehe. Kegilaan group ni aadalah..tak kisah la di mana anda berada, tapi kalau ada pertemuan wpun tiba2..ada yang sanggup turun dari jauh. Kak linda (tudung merah) tiba-tiba wassap aku jam 7.30 pm, 'Akak dah kat Tol Nilai ngn Dancall'..hahaha. Dancall (Pakai spec) turun dari Temerloh semata-mata nak jumpa. Rina dari Sarawak. Aku, Kak Chik dan Kak Lon memang dari sini lah. Kebetulan aku tinggal sorang jadi aku rescue kak linda dan Dancall yang tak tahu jalan kat Bangi ni. Kami lepak kat Ramal Junction je dan lepas tu semua check In hotel kecuali aku dengan Kak Lon. Alhamdulillah di atas sebuah hubungan yang aku sendiri tak tahu nak describa macam mana. To be frank, aku lebih rapat dengan Kak Chik dan Kak Linda.

Siang Sabtu dan Ahad, aku turun ke padang Ilmu untuk berikan sokongan pada Sukan Mahasiswa UNITEN. Apa lagi..g layan Netball lah kan. Itu je jiwa aku. Ramai rupanya budak2 UNITEN yang boleh main dengan baik. Tapi kenapa time selection untuk player UNITEN, ramai yang tak turun? Mula-mula aku di minta jadi Ref..isk! tak lah aku. Tak layak pun. So turun tolong sket sambil jadi penonton je lah. Hari Ahad..lepas semua game tamat, geng akak-akak UNITEN lak lawan dengan budak2 UNITEN yang masih nak main. Nak sangat main..tengah2 panas pun kita orang belasah. Berdesup sakit kepala lah jawapanya. Hiks. Lepas settle semua, kami g lepak Chatime kat Solaris Serdang. Aku tak reti nak minum benda-benda ni, tapi kawan-kawan ajak bersama..join la. Aku belasah je order Sour Plum..Boleh lah!

Alhamdulillah. Selepas lari 52KM dua minggu lepas, aku try berhenti exercise selama seminggu dan spent masa makan..makan dan makan. Terasa sangat badan makin melayang. Ada gak yang tegur aku makin kurus..ada gak yang siap pesan suh makan banyak2 sket. Dan sebagai tuan badan...aku memang terasa berat aku turun. After 1 week recover dengan makan, ni lah hasilnya.. Emm sepatutnya 48kg ...masih kurang ni. Lepas ni aku kena decide..tak leh skip lunch. So aku dah buat keputusan..lunch time, aku akan balik makan nasi. Malam masaklah nasi lebih sket kan? Aku tak ramai kawan..so susah nak bergantung harap kawan2 untuk lunch dan aku memang kena amik nasi. Jadi untuk tak susahkan sapa2 ..baik aku balik makan kat umah.

Ok la..papai!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!