Sunday, November 03, 2013

.. Happy Weekend with F.A.M.I.L.I ..


Assalamualaikum.. Hello..blink blink..nantuknya mata. Rasa mcm nak tidur je tapi Danish ni dok tengok bola Kelantan Vs Pahang. Bagi chance sket dia layan bolaa sbb dah abis periksa, kalau tak, dah memang time tidur. Dania lak dah terlelap kat tgh2 umah ni. So, apa dah jadi weekend ni? 

Awal tak awal, jam 10 am, kita orang g sarapan kat Mamak. Hajat asal nak p betulkan tali kipas Lancer yang longgar dan asyik menjerit setiap kali start enjin..tapi takde bengkel tu ada sorang je staff kerja dan banyak keta dah tunggu. Emm..tak jadi la repair. Sob sob. Plan seterusnya adalah ke Sunway Piramid untuk urusan 'duit' dan nak tengok THOR. Saja tak booking online..rupanya..mak aiii..panjang gila berbaris jek nak beli tix wayang..TaK Payah! 

Tak jadi tengok wayang kat Sunway Piramid, aku menyinggah la butik Brooks. Jeng jeng jeng. Mula-mula dan konon2 hajat nak check kaki dan cuci mata je..tapi? apa dah jadi? Kita ikuti kisah seterusnya..heheheehe...



Kebiasaannya, kalau masuk Mall, kita orang jarang melalat masuk semua kedai takde hala tuju. Ye lah..besar kot Mall tu..dan aku lak kalau nak beli barang2 branded, memang dah tak cari kat Mall..semua order kat kawan kat US..infact, aku sendiri dah lama tak shopping online. Handbag, jam, spec..emm..nafsu dah berkurang ke arah itu semua. Biasanya, kalau ke MALL, anak2 akan minta masuk kedai buku. Popular or MPH. Layan je dia  orang dalam kedai buku..dapat buku 2-3 buah seorang..inshaAllah behave la. Jalan sambil pegang buku and baca. Aku lak..lagi suka masuk kedai Sports. Kadang2, boleh lepak berjam-jam dalam kedai sukan. 


Selepas Sunway Piramid, petang tu kita orang g MINES, sebab nak tengok Thor. Balik umah, terus beli tix online. Beli kat enpon, guna Apps, harga lain. THOR best sangat. Boleh tengok ulang2. Habis layan wayang, saja2 pusing Mines, aku beli Power Bank baru dan eyeliner..tu jek.. 



Masa register untuk Putrajaya Night Run BSN, dapat la voucher untuk beli kasut Brooks sebanyak 40%..banyak la tu sebab kasut Brooks paling murah adalah RM399. Since voucher akan expired bulan ni jugak..aku pun tergoda la nak membeli sebab..kat Brooks ni, SA dia sangat bagus dan butik ni ada mesin ukur kaki supaya kita beli kasut yang betul2 kena dengan kaki. Setahun  lepas, aku beli Brooks Raveena 3 sebab aku dlm categori tak neutral. Masa tu aku takde pilihan sangat. SA cakap, Gel yang ada kasut boleh repair kaki jadi neutral. Makanya, lepas ukur semula kaki. memang betul..kaki aku dah masuk dalam kategori Neutral balik, so aku ada pilihan untuk kasut yang lebih cunz. Yeah! Dan aku tersangat suka pada Brooks Glycerin 11 yang warnanya meruntun jiwa lah!


Selepas bersalin2 kasut try..aku terpilih yang ini. Aim asal aku adalah running shoe warna PINK. Yea..saya suka PINK.Tapi nak jadi cite..lepas try warna pink..alahai..tak cunz laaa. Nampak kasut lebar dan besar gila..dah la kaki aku memang besar. SA tu pun cakap tak cantik. Aku try la yang pair ni..pair yg pada mulanya aku nampak seakan warna Shocking Hijau...tapi bila balik rupanya KUNING. Uhuk. Dah la aku tak suka kuning..EMm..apa nak buat kan? Pakai je la dan paling penting, memang pakai saja2 je la sebab aku dah tak register mana-mana event run selepas BSN. 


Ini semua cite hari Sabtu..hari ni hari Ahad, tak kemana-mana. Lepas lunch kat Asam Pedas sebab teringin nak makan gulai tempoyak..aku g beli CHocolate PIE kat Warta. Hua hua hua..tiba2 suka lak kat makanan nama Pie ni..Terus aku beli sebijik terus. Murah la sket dari beli sekeping. Lepas tu, balik umah and Mr.Abe ke Paka..duduk lah aku anak beranak kat umah jek. Malas nak kuar.

OK la..nantuk la pulak..Babai! 





No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!