Tuesday, September 17, 2013

.. Tak tahu nak letak tajuk ..

Assalamualaikum..
Tsk, tsk, tsk..perit tangan kerana aktiviti memulas..pulas apa? Pulas buah Pulasan..ahaks!


Ni ada dah takde kerja ke posing dengan buah? Heee..kerja tu memang berlambak2, termasuk lah kerja di hujung minggu mulai minggu ini sampai tengah awal bulan 10 nanti. Emm..mula lah nak kelaut mood aku ni. Kenapa lah lama sangat 'impian' aku nak tercapai ni. Ya Allah, permudahkan lah..Amin.

Pagi tadi, macam hari2 Isnin yang lain, memang malas betul nak ke opis. TAK BEST! TAK BEST! and TAK BEST! Aku tak nak g opisssssssssss..sib baik cuti dah tak berapa banyak and team mate cuti, makanya, aku kena KERJA. Dalam mode kelaut..pagi2 terus ke toilet and jeng jeng jeng..Nak lompat bintang rasanya..kelihatan begitu ramai buah Pulasan di dalam tray di atas meja. Terus senyum sorang2 sampai telinga. Tapi..alamak! Sapa punya? Terus aku tanya Kak Jah..dia ckp, makan lah..Daus bawak..hua hua hua..apa lagi. Alhamdulillah..baru jek aku cakap dekat Mr.Abe, bestnya kalau dapat makan Pulasan..hari ni, rejeki depan mata. Allah tak penah sia2kan doa aku kan? Tapi kenapa aku masih asyik nak 'kelaut?'.  Dan..aku menanti Manggis. Durian? Yang ni boleh beli sendiri kat Carefour..hiks.

Benda yang aku paling suka nak buat sekarang adalah 'tenung diri sendiri dalam cermin.' Bukan nak perasan lawa. Lawa tak lawa..hitam tak putih..tapi TENGOK! Aku sempurna..dari hujung rambut sampai hujung kaki..takde langsung cacat cela setakat ini. JADI, kenapa aku masih tak mampu jadi yang TERBAIK sbg umat manusia-Hamba DIA. Kenapa? Kenapa banyak sangat tangguh2 nak menjurus kepada kebaikan? Kenapa susah nak Istiqomah amalan2 yang di buat masa bulan Ramadhan? Paling aku kecewa..aku masih tak mampu jadi ISTERI yang baik..Ibu yang lemah lembut. Why lah Liza? 




SubhanaAllah..comel kan budak kecik ni? Nama dia..takde lagi nama rasmi. Mama and Abah dia tengah 'gaduh2' lagi nak bagi nama. Hahahaha. Ni anak opismate aku - Farrah and Dzul. Lahir pada 16/9/2013 - Hari Malaysia. Anak Patriotik, sesuai dengan jiwa mama dia. Tahniah tu both u especially My dear friend Farrah (asal tiba2 aku sedih ni..hiks).  Dan biasa la..budak2 baru now ni sedang meramikan umat Nabi Muhammad S.A.W...makanya, soalan yang sama lah di ajukan pada aku. Hadoiii...Ok la ok la..korang doa2kan lah ya..kot2 termengandung..hahahhaa. Em, ada beberapa benda lagi yang aku kena settlekan tahun ni sebelum aku nak fikir benda2 mcm ni....


Kami.

Cuti 3 hari lepas, kami ke Penang. Mr.Abe ada kerja sebenarnya maka amik kesempatan lah bercuti. Sempat lah dia layan kami sekejap and lepas tu, dia kerja, aku layan anak2. Dia memang sibuk...24 jam sibuk...sangat2 sibuk..walaupun aku dah terbiasa, tapi kadang2, sedih jugak. Positif lah kan..kalau tak sibuk..tak kerja keras .. MUNGKIN aku tak rasa semua2 yang aku rasa now ni. Alhamdulillah...rezeki setakat ini, saat ini dan tika ini. Apa nak jadi di masa depan..hanya DIA yang tahu. Cuma, jangan kedekut dan jangan amalkan HUTANG untuk bermewah2. Hutang nak beli kereta and rumah ok lah kot..mana nak cekau cash nak beli 2 benda keperluan ni..ahaks! Dan aku..masih macam aku..sebab ini semua bukan hak milik kekal aku.Tak perlu ada umpat keji atau hasad dengki pada aku..cuma kalau kawan dengan aku, kalau aku tak banyak cakap tu, maknanya..itu memang aku lah..terutama yang aku tak rapat.. heee...TAPI kalau yang betul2 rapat dengan aku..hahahaha..boleh lihat baik buruk aku luar dalam..termasuk lah masa aku menjelma jadi Bidadari sampai lah aku meletus bak gunung Berapi..ahaks! Kalau belum pernah tengok aku meletup..itu maknanya...belum tersimpan nama kalian dalam hati. atau dengan kata lain 'Tak terlintas langsung' nak lepas or fikir benda2 yang takde kena mengena dgn hidup aku..Suka betul ayat ni 'TAK TERLINTAS LANSGUNG' - sangat merubah hidup!

Tiba2 rasa nak sarapan KFc..eh, apa kena megena ni? Ini maknanya...aku dah melalut ke laut...ohoiii!!

Mereka sangat comel! 

Dan now ni..aku tengah fikir..RUN ke TAK..Tak ke RUN..untuk HM BSN bulan depan - Aku lari suka2, aku bercerita kat blog suka2, aku amik masa and compare dengan larian aku sendiri suka2..aku fight dengan diri aku sendiri suka2..aku amik gambar pun suka2..semua aku buat suka2 tanpa fikir or nak lawan sapa2 sebab setakat lari suka2 dan menang dengan diri sendiri suka2...poyo sendiri2 suka .. ada ke yang tak suka? Aku mengaku..aku bukan RUNNER..aku hanya manusia yang suka bersukan, berpeluh dan hidup sihat..dan LARI itu SUKAN..kan? Eh..tapi aku suka gila dengan collect PureProject dari Brooks..especially Pure Cadence 2 warna PINK..ohoii! Lawa siot!

Erkk..masa dah time. Balik yay! Papai!





2 comments:

Anonymous said...

ala baru baca petang.

esok KFC. :)

Anonymous said...

teruskan hobi ye kak zai selagi tiada halangan kecuali suami n anak..huhu..cayok2







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!