Tuesday, September 03, 2013

.. Pujuk diri sendiri ..

Dari kelmarin..aku sedaya upaya memujuk diri sendiri - Jangan Kecil Hati! Entah..malas nak cite...cuma semakin aku memujuk diri sendiri, semakin sebak lak dada. Teringat kata2 Prof Dr Muhaya .. apapun yang jadi, baik atau buruk..cuba audit diri sendiri dulu.. and tanya, kenapa benda itu terjadi? 3 benda utama yang sering di tekankan oleh beliau - 'Ada, baik' , 'beri - baik' akan 'dapat - baik'. So aku terus memujuk diri sendiri.


Menjadi kebiasaan, apa yang ada dalam hati yang ingin aku luahkan..terhasil la hasil2 seni mcm gambar Instagram aku ni. Snap gambar, melukis atau menaip apa yang tersirat dalam hati itu cara aku luahkan rasa..cuma apa tafsiran orang..aku tak dapat lah nak kawal. Hiks..


Aku follower instagram yang mcm ni..aku suka follow IG yang snap pic nature dan ada quote yang menarik serta menjadi motivasi macam dalam pic ni. Em..nice quote.


Petang tadi hujan..so training netty takde. Sebenarnya aku sangat2 penat kerja lately. Byk benda remeh temeh yang aku kena buat..ye lah kan..aku je grad rendah untuk buat kerja2 mcm ni. Setakat ni..aku cuba tak menolak and buat semuanya sebaik mungkin wpun takde sapa tahu..apa yang aku buat ari2 kot opis. Niat pada yang Satu..semoga rezeki yang terbaik juga utk aku dariNya?

Semalam buat training fitness selama sejam utk netball. Ada coach baru tau..student la..Aku suka je wat fitness..baru la terasa berpeluh dan jantung bekerja.

Tadi..bila dah hujan sampai kul 6..mula2 aku syok gak sbb aku penat sgt kerjs..macam malas nak turun training..tapi bila 6.05 hujan dah stop..aku dah mula goyah. Isk..hujung minggu ni nak lari 12km..OK ke aku ni? Mau ke laut nanti. Bukan sebab timing ke apa..tapi tak mahu injured. So aku paksa diri turun..6.38pm baru aku start jog. Target 3km je..tp mcm tak cukup lak. Nak buat 5km, dah nak masuk maghrib...makanya dapat la 4km lebih sket. 1Km = 6min utk 2KM pertama..baru lah rasa jantung bekerja..horrey!

Tapi sebenarnya..aku dah takde semangat nak lari2 ni.. emm...

Ok la..papai! ♥


posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!