Thursday, August 09, 2012

.. 20 Ramadhan 2012 ..

SubhanaAllah..Salam 20 Ramadhan - Sang Suria dari DSS, Uniten.
posted from Bloggeroid

Hari ni dah 20 Ramadhan. Berdoa semoga terus di beri kesempatanNya untuk meneruskan ibadah puasa dan merebut segala ganjaran yang di janjikanNya..al maklumlah, mungkin bendera akan berkibar lagi tak lama lagi..huhuhu. 

Bila bercerita tentang 10 malam terakhir ni kan..and masa di sekolah dulu, setiap kali nak terawikh kat asrama, imam akan baca kan fadhilat terawikh. Aku tak penah nak dapat fadhilat malam2 terakhir ni di sebabkan keuzuran. Percaya tak? Aku hampir menitiskan air mata bila aku jadi stress tak dpt nak grab fadhilat malam ke 26: rasanya - 'Meniti titian silaturamustakim sepantas kilat'. Huhu.terus meremang bulu roma..kalau korang, scary tak? Hampir setiap tahun..aku memang takde peluang ni walaupun dulu aku pun bukan lah rajin sgt nak buat terawikh..dok asrama, maka di wajibkan. Haishh..niat pun dah tak betul.apa la..TAPI alhamdulillah, sejak beberapa tahun lepas, di sahkan, Fadhilat Terawikh tu bukan dh hadis yang sahih. Gulp! Syukur. Heee..dan sejak dewasa ni..lakukan semua kerana Allah..InsyaAllah, setiap amalan ada ganjaranya kan? Biarlah Allah yang tentukan. Amin.

Untuk renungan dan keberkatan bersama :


Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.”
– Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017.


Sabda Rasulullah s.a.w :

“Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.”
– Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya


Kepada semua, sekali aku mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap..




No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!