Thursday, August 02, 2012

..Makan-makan Bulan Ramadhan..


Assalamualaikum..rehat kejap. Asal rasa macam penat sangat hari ni? Tengah perah kepala memikirkan new template for UAT. Patut submit petang ni. Testing dah siap, tapi dalam word yang format suka hati. Opss,iklan jap. Sembang dengan member yang nak naik Kinabalu on Merdeka ni..bestnya! Nak naik lagi..tapi takde geng lor.

Kembali kepada tajuk post..aceh! Hahaha..unsur-unsur poyo tu mesti ada..kalau tak, tak syok la berblogging..sama just dgn speelling..alah! belasah je lah, buka ada cikgu nak periksa pun. Tempat menyantaikan diri..so, blogging la sesuka hati. Haaaaaaa..lari tajuk lagi. Okek..

Hari ni dah masuk hari ke 12 berpuasa. Cepat ke lambat eh? Em, aku rasa, mcm biasa la masa berlalu..cuma kat opis ni agak lemau sebab sejuk banget bilik ni. Waktu-waktu macam ni, aku dah mula fikir..nak masak apa? Magik tak bila aku sibuk fikir pasai masakan? Alhamdulillah..setakat ni, aku terajin ke dapur kecuali Sabtu dan Ahad baru-baru ni. Sabtu di Sushi King dan Ahad di Red Wok. Kat Sushi King ok lagi la..sebab suasana berbuka sangat tenang..tapi kat Red Wok, omangaii..rasa nyesalnya makan luar. Dengan keadaan agak bingit serta aku rimas tengok orang dok mundar mandir..rasa nak makan laju2 and nak balik. Biasanya, kalau buka luar, aku berbuka dengan kurma dan air, lepas tu terus ke surau..KALAU tak nanti ..ramainya manusia. huhuhuu..

Sushi King. Kami anak beranak memang suka Sushi.
Cakap pasai masak ni, aku takde lah keseorang kat dapur tu. Masterchef a.k.a Mr Abe mesti turun padang sekali. Masuk dapur dua2 and masak pun berdua. Masak pun simple-simple jek. Biasa lepas masak, mesti amik gambar...kenapa? sebab kita ada sessi bertukar-tukar hidangan (gambar je lah) kat whatapp ngn budak-budak netty. Hahah..meriah OK. Anak-anak dara Netty ni sangat terre masak..tabik spring lah kat dia orang. Aku? Boleh la masak nak bagi famili makan..and rasanya dah ada improvement kat Tempoyak Ikan patin aku..hiks. Suka-suka...1 famili suka ikan patin , dah 2 kali ulang masak benda ni. 

Em..setakat ni, aku tak berjaya lagi nak buat Tomyam Bangkok. Ala..yang ada susu atau santan tu. Nanti nak cuba lah. Add susu or santan je kot kan? Aku dah google..byk nya rencah..renyah lah! 

Ok lah..mari layan gambar..

Ramadhan 1st time kat umah lepas balik dari Kampung.
Masa ni Tempoyak itu sangat la cair..tapi masih ada rasa.
My 1st Nasi Ayam Ever. Hahahaha..tak pernah-penah buat nasi ayam..Jadi gak.

Ni Semalam..Tempoyak itu sudah berseri, cuma kurang masam.

Hari ni nak masak apa? Geng2 kat whatapp ni dah tuju-tuju resepi ni..Em, lagipun, rendang kerang Auntie Anne (Mader Kenet) lom buka lagi. Siap dapat bekalan semalam dari Chendana House. Nasi lemak pun ada..hehehe. Maka, aku ada 2 bekas untuk di pulangkan kepada Mader. Ala..nak balas apa ni..huhuhu..
Jom sambung kerja..ada sejam 45 minit lagi untuk balik..dush!!

ps: tiba-tiba suka lak kat slogan ni : Janji Di Tepati. ;)



No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!