Wednesday, August 15, 2012

.. Checklist Raya..


posted from Bloggeroid

Oh cantek kartun ni..amik dari FB. Jom ingatkan diri sendiri.

Hari ni Ramadhan ke 26. Bulan Ramadhan akan berlalu pergi. Kalau kanak-kanak happy nak raya..kita yang dewasa sepatutnya rasa apa? Mungkin ada yang happy..mungkin ada yg sedih kerana bulan yang penuh keberkatan ni akan berhenti dan InsyaAllah, panjang umur, bertemu lagi di tahun hadapan.Amin.

Macam mana persiapan raya?

Baju raya : Macam tahun2 lepas, baju raya anak-anak memang dah beli seawal mungkin. Senang kan. Mall pun tak sesak lagi dan lepas tu dah tak yah fikir2 lagi pasai baju raya. Baju aku kali ni senang lak nak dapat. Maka, persiapan baju raya..selesai sudah.

Kuih Raya : Tahun ni order dengan kawan-kawan jek. Kuih kena paksa beli pun ada..hahaha. Berapa jenis eh aku order? tak ingat daa..tapi semua untuk emak di kampung. Sendiri punya? Tarak.. kuikuikui.

Duit Raya : Dah 2 tahun aku tak buat budget duit raya. Tahun ni pun tak tukar duit raya. Nanti g je kat ATM, kuar duit merah kat situ. Kena cari mesin ATM yang ada tukar RM10. Lagipun zaman skrang ni dah susah nak tengok budak2 datang rumah. So persediaan duit raya biasanya utk anak2 buah saja lah dan juga untuk mak abah.

Cuti Raya : Esok 16hb aku dah start cuti. Budak sekolah pun dah cuti, jadi cuti la seawal mungkin. Masuk kerja semula pada 28hb. Tahun ni raya kat mana? Sudah tentulah Ipoh dan raya ke 4 dah bertukar ke negeri lain. 

Rumah Raya : Eh..ni maksudnya, langsir baru..kusyen baru..cadar baru..semua lah baru. Jawapanya - TIADA. Teringat zaman kecik2 dulu..kalau nak raya je..mak suh tukar langsir baru, sarung kusyen baru..alas meja baru..penatnya nak raya. Kali ni, dah ada rumah sendiri..tak perlu la semua tu..kan?

To all..jom guna lagi beberapa hari lagi Ramadhan yang tinggal sebaik mungkin. Semoga semua mendapat rahmat dan keberkatannya. Amin

P/s : orang kata, Lailatulqadar tahun ni terjadi pada malam 23 Ramadhan..betul? WaAllahualam..



No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!