Wednesday, August 08, 2012

..Cuti Nuzul Al-Quran..

TwiT! Sorry...nantuk sangat2 ni, so curi masuk update blog. Hari ni ada testing Pre-Registration subjek. Before start, amik mood kejap dengan update blog..takpe kan?

Cuti Nuzul Al-Quran pada 6 Ogos 2012, kami sekeluarga amik kesempatan guna voucher penginapan 2 hari   1 malam di Golden Palm Tree Resort and Spa kat kat Bagan Lalang atau lebih di kenali dengan Gold Coast, Sepang. Voucher ni dapat dah lama and bila cuba book date, semua pun penuh dan cuti Nuzul baru2 ni ada kesempatan. Dari Ipoh, balik rumah sekejap dan lepas tu terus ke destinasi. Check in sepatutnya jam 3 petang, kami sampai 3.45 petang, tapi bilik belum siap..so, aku dah tolak 1 markah untuk itu. Heee..Eh! macam mana dapat voucher ni? Mr. Abe dapat call dari Iconic Club, minta datang tengok kawasan dan mereka janjikan voucher penginapan free..tapi ada juga yang dapat voucher makan free..terpulang pada rezeki masing2 kot. Ok juga lak masa 1st preview..dia org just bawak tunjuk kawasan and tak paksa pun jadi ahli..just stay dulu, kalau suka boleh jadi ahli..kalau tak suka, takpe. Infact, dia orang tak explain pun apa-apa pasai ke ahlian tu..kita orang yang sibuk tanya.


Bilik kami bernombor 009, just few block dari lobi, jadi jalan kaki saja..kalau tak, buggy di sediakan kepada penghuni yang  biliknya jauh-jauh. Since bilik di hadapan, tak jumpa la swimming pool and club house kat tengah-tengah sinun. Selamat lah juga coz budak2 tak nampak pool..kalau tak, mau dia orang hajak terjun lepas terawikh..hiks.
Dapat bilik bawah. Bilik atas dengan bawah lain sket designnya. Masa preview, dapat tengok bilik atas, stay bilik bawah, ok la kot, tak payah panjat tangga. 
Scenery dari balkoni bilik. Agak penin sebenarnya duduk atas air ni sebab air sentiasa bergerak. So tak lepak sangat kat luar bilik..dok je diam-diam dalam bilik. 
Ni dalam Bilik and balkoni. EM..not bad la for 5 star hotel..cuma aku tak suka aircond dia bising. Dah la aku ni jenis pantang tidur ada bunyi2. Tv lak jenama TCL jek..gambar tak lawa langsung. TV contral by PC and susah gila nak On/Off. Esok pagi, TV no signal..adeh, maleh la nak gebek2..biarkan je lah TV itu.
Kat balkoni, haa..boleh intai orang sebelah secara percuma kalau nak. Kalau terlupa tutup curtain, meranalah badan terutama bilik air..open concept. Hiks..
Ni dah 2nd day, dah nak balik. Since malas nak panggil orang betulkan TV, maka anak beranak ni layan la Ipad ngn Iphone. Sebelum tu babah dah bawak anak-anak g main pasir. Ibu? dok lam bilik diam-diam. Malas laah..ngeeee...
Lobi. Over lak cahaya. Hehhee. Lobinya biasa-biasa je. Entah lah, aku tak rasa grand pun hotel ni..and Mr. Abe pun tak decide nak jadi ahli. Ada la keistimewaa jadi ahli, malas la nak taip..;b

Gembira betul dua beradik ni dapat naik van masa mula-mula sampai. 'Ibu..ni 1st time adik naik Van'..si abang pun sampuk..'A ah..Danish pun!' ..hahhaa..jakun dengan Van. Van di sediakan sebagai shuttle dari tempat parking ke hotel. Parking hotel dalam 100 Meter dr lobi..so kena lah naik Van.

Aktiviti

Em..kita orang buat apa je eh kat situ bulan2 puasa ni? Since dah nama pun puasa, maka, tiadalah aktivi bermain air walaupun Dania dok pujuk aku g pool malam2. Hee..tak rajin ibu lahaii. 3 hari sebelum ke sana, Mr. Abe dah call kedai makan seafood yang glemer kat situ..ala yang terapung tu. Tah apa eh nama nya. So aktivitinya adalah berbuka puasa lah kan? Heheheheh. Sebelum berbuka, sempat layan Go-Kart dulu. Since bawak anak-anak, kita orang amik yang 2 seaters. Aku dengan Danish and Abe dengan Dania dan kali ni..Aku lah juara..kalah ya Abang? kuikuikui..dulu kaki tak sampai..boleh la..hak hak hak..

Ini lah pengkalah kepada pemenang. Alasan Abe 'Keta tak power lah..' ..ye lah tu.. ;b
Kul 6.30 pm, kita orang g order makanan. Pilih-pilih. Abe amik semua jenis mak nenek seafood kecuali ikan. 
Lepas order makanan, g layan pantai kejap. Budak-budak ni memang suka main pasir..jadi, layann....
Makanan lambat sampai malam tu. Katanya ketua dapur EL. Dapat kurma,kuih,sayur dan sotong bakar je dulu. Aku g solat ..surau sangat OK. Dania dah muncung sebab dah lapar. Hampir dah kul 8 pm, kesian dia, so aku g lah minta nasi dulu ate least. Lepas tu makanan sampai...aku ngn Abe la kena abishkan..budak-budak bukan nak makan sangat.

Time makan ni agak stress la sket. Meja kita orang kat depan stage kat TV. Agak lapang. Berlantaikan papan, ada la 2-3 orang budak..anak sapa tah..tah henti2 dok berlari, melompat-lompat, bergolek-golek kat depan tu. Bergegar and rimasanya aku. Abe lagi lah..Ingat lepas buka dia orang dok diam..tapi tak juga. Aku tengok mak pak dia org wat dek jek. Si Danish lak dah bersuara 'Dah la tu..berhenti lah main..dah malam ni'. Budak tu dlm umur2 dia juga and lagi dua orang baya2 Dania. Aku faham lah budak2, tapi, tengok la tempat and masa gak. Gerammnyaa..Akhirnya, ada orang tu dah tak sabar..dia g kat budak tu and cakap 'Adik, boleh main kat sana tak?' ..hikss..kejap je la budak tu ikut..lepas tu? Ado...
Balik dari makan dekat dlm kul 9.30, ye lah kan..jenuh gak aku ngn Abe nak abiskan makanan..makan lah slow2. Apapun, OK and sedap la jugak makanan kat situ.Sahur dalam bilik la.. Eh..tiba2 takde idea..hahaha..abis dah cite. 2nd day tu Abe bawak anak2 main pasir..pastu balik dlm kul 10 am ..terus g Shah Alam, kedai kawan.

Sekian terima kasih..hahahaha..



No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!