Wednesday, August 29, 2012

.. Liza dan Azril ..

Tahun lepas, sempena Ulang Tahun perkahwinan ke 10, aku ngn famili g outdoor shooting kat Taman Tasik Perdana. Amik pakej kat kedai. Pakai baju kawin..bawak anak2..buat ala-ala konsep dalam Taman Sambil Bersuka Ria. Gambar tu jadi simpanan peribadi sebab tak sehsuai nak buat tontonan umum. Terbang la juga riban-riban. So, next 10 years baru leh posing ala2 tu lagi..

Tahun ni..walaupun gambar-gambar kat bawah ni bukan lah official gambar Anniversary ke 11..tapi lepas snap..OK lak rasa. Amik gambar sendiri, berbaju raya dan dalam suasana kampung. Takde make up tebal2..takde baju mahal2..just a posing. Anak-anak lak tak mau posing sama...sebab Dania tak tahan panas dan Danish sibuk nak makan..berdua je la berposing syok sendiri. Pic di snap oleh adik ipar aku denga menggunakan #Canon DSLR #1100D jek. Guna kan lense khas untuk potrait snap. Gila tak wide angel..jenuh nak cari posisi. Hiks. Lokasi, Kampung Tok Sira, Serdang, Kedah.

Takleh nak letak actual size...jenuh nak upload.. ;)


'Perkahwinan bukanlah seperti sebuah potret..yang boleh di rakamkan dengan mengikut atursusun jurugambar. Namun, sebuah potret adalah seperti sebuah perkahwinan..penuh dengan warna-warni.
Jika mahu perkahwinan cantik dan seindah seperti potret yang di rakamkan..jadi lah pasangan yang lengkap melengkapi..bukan menjadi pasangan yg cuba mengubah kehidupan mengikut kehendak hati.
Senjata terbaik untuk membentuk pasangan adalah DOA..bukan KUASA
.'

May Allah Bless me and you - Mr.Azril. Be my husband dunia dan akhirat.  



No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!