Monday, July 23, 2012

..Ramadhan 1,2 dan 3..

Assalamualaikum..

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka" 


Hari ni dah masuk 3 Ramadhan..cepat seh masa berlalu..TAPI aku masih belum punya kesempatan untuk berpuasa. Apapun, Alhamdulillah, punya kesempatan balik kampung sambut Ramadhan dengan famili. Macam biasa lah kan..balik kampung, mesti nak makan mak masak...ye dak? Tahun ni, alhamdulillah, adalah tahun ke dua Dania berpuasa dan Danish dah darjah 3..dah memang tak payah cakap lah. Dia dah puasa penuh since 5 tahun..Setakat ni, both of them berpuasa macam biasa. Just 1st day, nak masuk jam 6, Dania mula merengek2..'Adik lapar la ibu'. Kena la pujuk. Tu 1st day jek la..2nd day dah OK. 



Semalam kat Ipoh, bawak anak-anak g beli baju raya kat Jusco. Settle dah semua and macam biasa, Mr.Abe la yang settlekan semua. TERIMA KASIH. Baju melayu dan baju kurung Mr.Abe, Danish dan Dania pun dah settle..tinggal ibu punya jek. Biasa la Ibu..selagi mata cakap tak best..jangan harap nak beli. Cuma tahun ni nak cari baju yang boleh pakai g kerja sebab kebiasaanya, baju raya pertama aku akan duduk dalam almari je selepas sekali pakai. Bukan grand sangat pun ..tapi entah. Aku rasa mcm poyo nye nak p opis pakai over2 lawa ni...kenapa raya tak leh pakai Jeans eh? 


Sebelum balik ke sini semalam, sempat sambut birthday abah. Tapi belated lah coz birthday abah adalah pada 20hb Julai. Sebab abah sibuk dengan surau ..semalam baru sempat sambut..tu abah tak berbuka sama kita orang sebab setiap hari ada moreh kat surau. And now ni..walaupun tak puasa,laparnya. Mata pun kuyu jek. Cepatlah..nak puasa. Banyak benda aku 'nak kejar dan capai' dalam bulan puasa kali ni dan semoga aku tak sia2kan semua amalan aku lepas Ramadhan nanti.


 "Ya Allah, permudahkan urusan hidupku sebagaimana Kau dengar segala doa2 dan isi hati ku..Lemahnya aku Ya Allah..hanya Engkau Maha Mengetahu walau sezarah pun kesah ku di hati. Limpahkan ku dengan kasih sayangMu Ya Allah..TOLONG lah hamba Mu ini. "



No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!