Friday, July 13, 2012

..Hari Ni Hari Jadi EMAK..



13hb Julai 2012
Hari ni hari lahir emak - Hajah Zubaidah Ibrahim. Tak mahu kecikkan hati emak, aku wish emak seawal pagi. Sebab dah hampir 2-3 tahun, emak asyik merajuk, anak-anak tak ingat birthday mak. Alahai Emak..bukan tak ingat..tapi kadang-kadang terlupa nak wish. Yang selalu dapat ayat sedih mak, adalah aku. Mak aku anto sms sedih..adeh! Bila call..anak-anak aku lak akan marah aku. "Kenapa Ibu tak ingat birthday maktok? Kan Maktok mak ibu? Ibu tak sayang maktok?" - hamek kau! sedass kena dgn anak-anak. Bukan tak ingat, cuma dari kecik, kami bukan jenis main wish2 birthday ni. Bila masing2 dah besar..baru semua buat benda tu. Hari ni mak on the way ke sini..lepak umah adik lagi kat Putrajaya sebab rumah aku masih tunggang langgang dek kerja2 pemasangan dapur yang tak siap2..

Cakap pasai mak, orang kata, kami berdua muka photostat. Actually aku lebih banyak air muka abah. Tapi sebab aku gelap kot..so nampak lebih kepada mak. Aku dan emak hampir sama..'outspoken' bila ada benda yang kami tak suka. Terus terang lah maksudnya..bukan cakap belakang. Aku pun aktif bersukan macam mak..cuma sekarang, mak dah bising. 'Sudah-sudahlah main tu..lutut out nanti jadi mcm mak'. Hehehe..alah Mak pun main sampai 45 tahun..tu sebab lutut injured..Za kan baru 34. Sebenarnya, mak nak aku tambah zuriat. Em..yang ni aku takde jawapan. Setiap kali jumpa mak..mak akan ajak g umrah. Teman dia dengan abah. Aku lak? kenapa banyak sangat alasan nak kesana ya? 

Sempena Hari Lahir Emak..Za doakan semoga emak sihat sentiasa, gembira dengan abah dan juga anak-anak. Thanks sebab lahirkan Za dan tak jemu2 pulak didik anak-anak Za. Za pun tgh garang mcm mak masa muda..sebab tu anak-anak lebih kepada mak. Hehehe. Semoga Allah panjangkan usia Mak dan sentiasa di bawah rahmatNya.

Minggu depan, 20hb Julai, Birthday Abah pulak. :)

Luv both of U.. 


No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!