Friday, July 27, 2012

..My Instagram..

Salam Ramadhan ke 7. SubhanaAllah, cepat betul masa berlalu. Bak kata Dania, 'Dah masuk 7 hari kan ibu kita puasa?' Alhamdulillah..both of them puasa lagi setakat ni, senang nak kejut sahur dan tak banyak kerenah nak berbuka. Semua ala kadar.. Syukur...

Eh, actually dah ketinggalan zaman sebenarnya. Orang dah lama guna Instagram. Aku je baru install 2 hari lepas. Space kat enpon dah ciput...so kena lah buang dulu apa-apa yang patut and baru dapat install Instagram. Aku rasa, for android, Instagram ni agak baru compared to Iphone.

Bila boring-boring...amik pic, upload kat Instagram...ada juga yg jadi follower. Heheh..tak terfikir pun sampai nak kena follow. Interesting lah jugak. Sempena bulan posa ni, takde apa sangat nak cerita and berdiam adalah lebih baik, maka aku pilih untuk potret kan apa yang jadi.

My #headphone.
Sejak duduk cubicle ni, aku lebih suka layan benda ni. Tak banyak benda pun nak bercakap. Kadang-kadang, tak bercakap pun dalam sehari dengan roomate. Takde idea. :)
Kuih #kolehkacang @ Taik minyak :
Kuih yang paling aku suka setiap kali masuk bulan Ramadhan. Tapi tak semua orang buat sedap. Alhamdulillah, senang nak beli kat sini. Kat acik Selera 60 an jek. Sedap..cukup rasa. Mesti pilih.
Oh My #Gucci :
Hak hak hak. Ni shades Gucci aku. Omang aiiii..oversized okek. Maka aku dah let go. 
#Birthday cake Mak:
13hb Julai adalah birthday Mak. Beli kan mak kek kat secret receipe and celebrate birthday mak kat Putrajaya, rumah adik.
#Moist cake for abah :
Birthday abah pulak on 20hb Julai. Kami balik Ipoh and belikan ni untuk abah. Ada 4 ketul sebenarnya. Tak sempat rasa sebab abah sibuk sangat dengan surau dia.
#sunrise Ramadhan ke 6 :
Snap masa hantar anak-anak pergi sekolah. Cantik and tenang sangat pagi tu. Aku memang teruja dengan pokok, awan dan matahari. 
My 1st week of #Ramadhan :
Hahahha..aku upload pic ni dan ada yang tanya apa maksudnya. Memang ada maksud and petunjuk utama adalah gelas-gelas di atas meja. Fikir2kan lah kalau rajin.
My #lovely Nescafe :
Setiap hari, setakat ni, aku akan bangun siapkan sahur jam 5 pagi. Tak lambat sangat and tak awal sangat. Pagi tadi, masa dok godek2 air Nescafe, tiba2 dapat idea..nak buat #LOVE la macam kat cafe mahal2 buat tu..Terus jadi ni...hahha..Happy la pagi2 tgk benda ni. :)
#HawkEye Sandal for belasahan :
Tadi lunch time, keluar ke Jusco dengan nurul. Saja ajak dia jalan-jalan. Keluar dengan takde matlamat..saja ronda2. Tiba-tiba terbekenan dengan sandal HawkEye ni. Since sandal #Larrie aku pun dah nazak..terus sambar yang ni. Terasa back to zaman #hiphop masa skool dulu lak. 

Ok, lagi sket dah boleh balik. Entah la..sejak dua menjak ni, teruja je nak p amik anak-anak and nak balik masak. Dah ada yang bat aku akan stop masak tak lama lagi sebab ada yang pelik bila aku memasak. Alah..kemon la..bagi la semangat sket..kan?

Selamat Berbuka buat semua....jangan membazir ya kenkawan...tak baik tau!

*Aku suka apa yang aku suka..tapi kadang-kadang apa yang kita suka..belum tentu beri kebaikan pada kita.Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita kehendak.

1 comment:

Anonymous said...

mcm poyooo jeee







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!