Saturday, July 07, 2012

..Kembara Dabong 2 - Gunung Stong..

Selepas sampai ke Puncak Stong..terasa seperti..siapa2 teringin nak  naik G. Kinabalu..Pergi sajalah.. 

1hb Julai.
Bangun seawal 5.45 pagi. Menuju ke tepian kali untuk berwuduk, menanti subuh menjelma. Usai solat subuh...duduk lepak-lepak bersama kenkawan 'Petai' di atas lereng gunung. Menanti kabus hilang serta terbitnya matahari. Kenkawan dan aku pakat bawak baju kurung..maka, mood raya pun menjelma. Hiks. Posing2 sambil menikmati nescafe panas..melihat kebesaran Allah - Matahari terbit dari celah-celah kabus dan Awan. Suasana sejuk membaluti kulit. Habis posing..bersiap sedia ke Gunung Setong. Kami bergerak dalam kumpulan seramai 11 orang. Since aku ni bukan hantu air..infact, aku tak terfikir langsung pasai waterfall masa mula2 plan nak ke Dabong, maka aku pilih untuk naik ke Setong. Ada kejadian pelik..masa 'ketua' naik ke Setong tanya sorang2 sapa nak g naik Setong..time aku? dia skip drpd bertanya and terus tanya orang sebelah aku. Oh! Mungkin aku terlindung dek kabus sampai orang tak nampak. Takpe..niat aku memang nak ke Setong..so aku pun naik juga.



Perjalanan ke Setong pada permulaan, tak tough sangat dan mungkin kerana naik lenggang mak limah. Just bergilir-gilir membawa bag kecil dengan dua org kawan lain - Masyu and Natte.Berhenti di setiap 5 perhentian check point..pendakian yang di jangka selama 4 jam berjalan lancar dan kami mendaki dlm masa 3 jam lebih. Aku takde masalah sgt masa mendaki..cuma menjd masalah ketika turun. Masa mendaki, Pok Chu tunjuk kami air sedap. Memang sedap lah..air fresh dr gunung..tadah dgn botol mineral...pergh! macam air keluar dari peti sejuk.Ni 1st time aku memberanikan diri meneguk air dari perut bumi. Sebelum ni aku tak berani takut sakit perut. Tapi Alhamdulillah..air sedap tu mmg sedap sampai ke anak tekak. Pendakian ke Puncak Setong..dapatlah tengok pokok-pokok yang lain dr yang lain. Selepas check point ke 5, pendakian semakin curam..dan akhirnya sampai lah puncak Setong - Hanya seketul batu besar. Tapi bagu aku - NICE sebab pokok-pokok tu takde kat bawah..hanya di puncak gunung.



Di atas puncak Stong, duduk berehat. Makan cucur yang di bekalkan dan juga sempat beri tupai makan. Kata Pok Chu, tupai tu namanya Mary. Gebu. Tak lama di puncak kerana ada team lain lak nak naik..turun semula ke Kem Baha. MAsa ni lah..yang laju akan laju and terus shoot ke bawah..dan yang slow, akan turun perlahan-lahan. AKu? hiksss...aku sentiasa berasa di tengah..tak laju..tak perlahan. Penah aku tertinggal sorang-sorang. Nak kejar yang depan..tak mampu..nak patah balik ke belakang? lagi lah kan? Nak tunggu sorang2 kat tgh hutan? uhuk...scary lah juga. Terkumat-kamit gak aku berzikir..and alhamdulillah..terdengar Masyu memanggil..terus aku berlari ke arah suara tu and lepas tu, terus aku, Oz dan Masyu turun bertiga. Dalam perjalanan..tiba2 Pok Chu datang dr belakang..dan dia temankan aku..Masyu ke dpn sket bersama Oz. Turun dengan Pok Chu..byk lah cerita yang aku dapat..and kalau dia tak bercerita..dia akan menyanyi. Tapi lagu Kelantan...ambe dok pehe. Takpe..janji ada teman. EH.pokchu is Guide no 1.


Mereka berdua..setia menemani ku.. TQVM

2 1/2 perjalanan turun..tapi dah ada yang sampai dalam masa 2 jam..terbang kot. Sampai ke Kem..terus lunch. Lapar terbabas..tapi sebab penat..makan pun nak tak nak je lah. Solat dan kemudian pack-pack barang. Bag masih berat dan penat turun dr Stong pun tak habis lagi. Turun dr kem Baha..lagi sekali, aku bersama Masyu and Oz. Keletihan dah tak tertahan..lutut dah mengigil dan sampai lah ke satu penurunan 90 degree. Aku dah tak boleh nak kawal penat..nak kawal mental..terus aku buka bag. Niat memang nak campak je bag tu ke bawah. Sbb asyik tersangkut jek. Masa aku buka and nak campak tu..tiba2 pok chu menjelma. Dia amik bag aku and suruh aku turun..huhu. Gila kot..dia bawak 2 bag besar. Adeh. Dah selesai azab turun curam tu, aku minta balik bag..Pok chu tak kasi..dia cakap..takpe..dah dekat. Huhuhu..malu lak. Sampai bawah..terus g mandi. Pastu solat..pastu dinner..pastu naik ketapi..balik! Ok..abis cite. Papai!

2 comments:

Anonymous said...

next time kite pegi lagi kak zai yea...sy nk bersama kawan2 lagi pegi naik gunung..hehe

Liza Abd Rahim said...

ha..jom ateng. Naik ketapi..tdo..bangun..dah sampai..boleh2. Heheh..tp kzai x nak naik setong dah..nak naik Ayam lak ka.. tp Kem Baha..kena p la.. :)







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!