Thursday, May 31, 2012

..Berhenti..

Bila papan kekunci tak mampu lagi mewakili kata hati..maka hampir terhenti perjalanan blog ini. Tadi g dinner berdua dgn Mr. Abe coz anak-anak balik kampung..tiba-tiba aku terasa rindu sesuatu..

Aku : Abang...kenapa Za dah stop melukis? Kenapa Za stop mewarna dan kenapa Za stop menulis? Tu kan semua benda yang Za suka?

Mr.Abe kosong tiada jawapan. Aku pun tak harap jawapan..sekadar meluahkan perasaan. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin jika aku terus melukis dan menulis..aku akan menghasilkan sesuatu yang lahir dari hati..sesuatu yang mungkin mengungkap segala yang tersimpan di sanubari. Sama seperti blog ini..semuanya hampir terkunci..menaip sekadar mengisi ruang putih untuk menambah rencah dan warna-warni kehidupan sehari-hari... aku mahu berkarya kembali dan menjadi 'Azzalyzaa' dan mahu terus melakar sesuatu dan menjadi semula 'Mawar Emas'.. tapi..kenapa aku dah tak mampu?


Percaya tak? lepas aku tulis semua yang kat atas..tiba2 muncul 1 perasaan..LEGA. Hik hik hik..Lega apa? Tak tahu..just lega. Luah dgn kata-kata yg tidak seperti biasa..tapi kata-kata yang membawa banyak maknanya..ohh aku rindu 'Rehat...Lepak..Luah Rasa'..


1 comment:

Anonymous said...

i like ur karya..bile..ile ..n bile??







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!