Friday, June 22, 2012

..22hb Jun 2012..

Kembali menaip untuk mencatatkan sesuatu yang perlu di simpan dengan rapi dalam kotak ingatan. Menjadi kebiasaan, aku coretkan sesuatu yang penting di muka blog ni sebagai satu kenangan. Kadang-kadang, sebagai manusia biasa, banyak perkara penting samada suka atau duka yang aku terlupa. Menyelak helaian paparan blog dari dulu sehingga sekarang menjadi kebiasaan aku bila aku terlupa atau teringat sesuatu. Masih menjengah Rehat..lepak dan luah rasa ketika duduk keseorangan melayan diri mengimbas nostalgia.


 

Em, hari 22hb Jun 2012. Apa yang penting sangat dengan date ni? Emmmmmmm...hari ni, jam 2.45 petang tadi, aku mendapat panggilan..Maktok aku di Johor meninggal dunia. Innalillah..semoga roh maktok di tempatkan di sisi orang2 yang beriman. Maktok adalah Mak abah. Sudah berusia lewat senja..hampir mencecah angka 100. Dah lama maktok sakit..jadi, redha dengan pemergian maktok kerana maktok sudah lama terlantar sakit yang membuatkan dia tak mampu nak buat apa-apa. Al-Fatihah .. semoga roh maktok di cucuri Rahmat. Aku sepatutnya dah pulang ke Pontian untuk lawat jenazah..tapi Abe outstation pulak..dia baru sampai dan insyaAllah, sok awal2 pagi akan bertolak ke Pontian..pun tak lama. Ahad pagi, Abe nak berlepas ke Jakarta pula. Sian kan? penat travel.. semoga Allah permudahkan semua. Amin.


Banyaknya benda yang aku tak mampu nak kongsi bersama di blog ini. MALAS! Lagipun..siapa pedulikan?



No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!