Thursday, March 08, 2012

..Selamat Hari Wanita..

Hari ni hari WANITA SEDUNIA..to all women out there..HAPPY WOMEN'S DAY ya. Apa sebenarnya Hari Wanita ni? Jom tanya cikGoogle.


International Women's Day (IWD), originally called International Working Women’s Day, is marked on March 8 every year. The first national Women's Day was observed on 28 February 1909 in the United States following a declaration by the Socialist Party of America.

Kerasnya hati mungkin kerana tiada tempat untuk di lembutkan..

Nak cakap pasai hati wanita aku..boleh? Tah la..sejak menginjak usia ni, terasa seperti hati wanita ni dah tak seperti wanita lagi. Semakin keras dan semakin tak kisah dengan definasi 'lembutnya hati seorang wanita'.
Apa yang hati seorang wanita mahu? Di sayangi, di belai dan di manja. 3 basic things kan? Sekarang aku macam dah tak kisah dah kalau 3 benda ni dah tak di perdulikan lagi. Aku membesar dalam famili yang semuanya lelaki..kecuali aku dan mak saja perempuan..namun masih di manjakan oleh abah. Berkahwin dengan seorang lelaki yang aku cintai yang juga adik-beradiknya semuanya lelaki. Aku kadang-kadang 'stuck' dengan diri aku sendiri. Ingin meluah rasa, bercerita dengan orang yang paling dekat dengan aku, tapi cara kami tak sama..pun kadang-kadang buat hati aku kecewa. Aku tak punya ramai teman rapat untuk berkongsi suka duka..atau aku mungkin tak mahu ada teman istimewa untuk bercerita kerana tak mahu cetus apa2 sengketa jika suatu hari nnt Allah takdirkan, kami bermasam muka. Dengan mak, aku masih simpan banyak rahsia..biarlah kan, tak baik susahkan orang tua. Aku just mahu mak dan abah gembira.

Apa yang aku buat dengan hati wanita aku ni? Keraskan selagi boleh..tabah hadapi apa jua rintangan..menangis sendiri jika tak mampu di seka lagi dan kalau betul2 dah sesak...duduk berteleku di tikar sejadah...berdoa dan terus berdoa wpun aku malu denganNya. Berdoa tapi aku sendiri tak pandai nak kawal hati...

Last not least...aku bersyukur dengan semua yang aku ada sekarang...Alhamdulillah...

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!