Tuesday, March 20, 2012

..Beautiful Memories - Victoria, Australia..

Assalamualaikum.

Hai guys..kabare? Em, menaip untuk share beautiful moment kat Australia minggu lepas..but tak tahu nak taip apa..terlalu byk untuk di kongsi. Percutian yang di rancang last minit. Tiket di beli pada hujung bulan Januari 2012. Dapat low fares..bersih RM1K sorang return. Kali ni, aku belanja tiket..konon2 as birthday present for all my Beloved Pieces - Mr.Abe, Danish and Dania. Perbelanjaan lain-lain Mr Abe la punya wang..tak mampu aku. Kita tunggu dia update blog travel untuk costing sebagai rujukan bersama. Mana tau kan? Rezeki u all pulak lepas ni.


Berlepas dari Malaysia jam 10.35 pm. Naik Airasia X lagi. Dah biasa dgn Airasia and rasanya dah cukup berbaloi dengan Airasia X ni. MAS aku survey dalam RM3K sorang g balik. Sampai di Airport Melbourne kul bape eh? dah tak ingat lak..hahahhaa. Tapi pengalaman kat Airport Australia adalah penin kepala. Sangat 'lurus'. Hampir 2 jam dalam tu untuk macam-macam checking termasuk lak check bag guna anjing. Adeh. Tapi tu kan prosedur mereka..just follow. Ramai orang cakap, Aussy susah nak bawak masuk makanan..tapi sebenarnya tak..Mr. Abe yang rajin itu, telah berjaya mencara fakta..dan makanan kami lepas dengan mudah. Alhamdulillah. Makanan dalam tin dan pack yang telah di sahkan OK oleh tempat masing2..adalah selamat untuk di bawa.


Mula menapak di Melbourne, perasaan aku biasa-biasa saja. Hampir sama dengan suasana negara Europe yang pernah aku lawat..so takde lah teruja sangat. Cuaca pula, mentari membahang tapi angin tak berhenti bertiup..so sejuk2 panas..OK lah mcm tu, aku suka daripada panas gila atau sejuk gila. Kita orang duduk Miami Hotel for 5 nights. Dekat dengan trams and kedai runcit..itu pilihan Abe setiap kali travel. So dalam City, memang guna Trams saja dengan beli MyKI ikut hari. Senang lah semuanya..cuma, mereka tak panctual macam Europe..ada delay about 5 minits. Cuma trams agak jarang nak sesak.City just like KL lah kan..ada Mall, ada kedai makan, ada University and ada mcm2 lah. Aku not in sangat dengan city..so, pengalaman dalam Melbourne City aku biasa je. Just Australian ni majmuk ..ada muka mat saleh, ada muka cina, ada muka india..kata Abe, mereka mengamalkan dasar buka pintu..so sapa2 nak migrate je Australian, di alu2kan. Orang Australia is friendly compare Europe. Australian never said 'Thank you' but they love to say 'Thank you very much' and they will say 'No Worries' instead of 'Welcome' if we said 'Thank you' to them. Staff kaunter pun friendly and suka senyum..nice! Tempat paling besh kat Melbourne City adalah..DFO - Direct Factory Outlet. Ahaks! Paling suka masuk outlet NIKE..gila! Tapi tak membeli sgt pun. Just beli seluar sukan Nike and pastu LEVIS pun murah..dan juga GUESS..gila heaven..tapi takde size. Nama pun Outlet..so size aku..payahnya nak cari..Grrrr..


St Kilda, Merlbourne Beach..cantik. Airnya sangat2 jernih and sejuk. Pantainya bersih. Danish and Dania dah mengelejat nak mandi..tapi aku tak bagi. Sejuk kot and mana la bawak baju nak mandi manda. Tengok sunset di St Kilda..superb! Kat situ juga ada peguin yang duduk dalam batu pada waktu malam. Dapat lah snap 2-3 ekor peguin. Mereka sangat COMEL Okek.


Keluar dari City, pencari wildlife and tengok nature di bumi Victoria sangat2 lah buat aku Jatuh Cinta dengan Australia. Pengalaman mendekati dan memegang Kangaroo..peluang berkenalan dengan Koala yang bersepah-sepah di tepi jalan, berjalan bersebelahan dengan peguin..Ya Allah..betul2 buat aku Happy sangat. Cuma pengalaman dengan peguin tak di benarkan langsung untuk di snap..agak menyedihkan. Aku cuba gak curi pic..tapi tak dapat sebab takut..ahahhaa. Peguin Australia adalah peguin terkecil and mereka sangat comel. Jalan terkedek2 dari laut..pulang ke sarang masing2..SubhanaAllah..amazing!


Philips Island and Great Ocean Road mempunyai laut yg sangat cantik. Laut membiru..huhuhu..rasanya ni 1st time aku tengok laut sebiru itu. Pantai bersih and cuaca dingin...membuatkan perjalanan sangat selesa. Abe sewa kereta for 2 days. Amik Camry..ohh..tidak lah best sgt Camry itu rupanya..hahahaa. Banyaknnya benda nak cerita..tapi susah nak gambar dengan kata-kata. Nanti layan gambar je la ya. Semoga gambar mengambarkan betapa aku HAPPY.

Victoria Market.
Dan tidak lupa..Victoria Market untuk beli jajan untuk orang2 tersayang. Walaupun namanya market..namun agak susah nak bargain atau sebenarnya, memang takleh nak bargain. Kat sana ada peniaga Indonesia..so cari saja mereka..dapat lah gratis barang sebiji dua. Malaysian pun ramai kat Australia..tak perlu risau jika tiba2 rasa takde kawan. Cuma aku takleh nak blah..bila ada Malaysian yang senyum pun tak mahu bila nampak kawan dr negara sendiri..balik la Malaysia lah wei..hahahaha. But mostly adalah bertegur sapa..hiks.

Ok la..nak cite lebih detail..kita tunggu Mr Abe update blog travel eh. Aku ni tau ikut jek..hiks...

And last but not least..ada dua lagi tempat yang aku idam nak pergi tapi lom pergi..iaitu MEKAH and USA. Aku tahu and ada gak yg dah perli2 aku..bila nak ke tempat 'wajib'. InsyaAllah..kalau tunaikan haji, alhamdulillah, simpanan dah cukup, cuma nama aku dan Abe akan di panggil bila usia kami mencecah 50 tahun nanti. Kalau umrah..insyaAllah..mmg itu impian aku sebelum Haji..doa2kan lah..semoga kami murah rezeki. InsyaAllah..amin.

See u later..tata!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!