Tuesday, June 10, 2014

.. H.I.B.E.R.N.A.T.E

Hello!
Kaki kiri ku debab
Apakah post gambar kaki di blog? Yeah..saja nak tunjuk - saya ada kaki. Kaki yang memdebab dan kadang kala menyakitkan ketika berjalan. Minggu lepas 'debab' belah kanan..minggu ni debab belah kiri. Mungkin minggu akan datang, akan debab dua-dua. Nak suruh aku jalan? Boleh..pastu aku akan duduk diam2.Cuma alhamdulillah, kaki tak selalu cramp mcm last pregnancy. 

Aku on 10/6/2014 - 30weeks 2 days.

Aku sekarang adalah dalam mood HIBERNATE. Malas nak bercakap sejak masuk 3rd Semester ni. Kena pulak kerja luar..lagi lah aku layan diri jek.Buat je kerja diam2. Bukan setakat kawan-kawan..dengan famili pun aku malas nak bercakap. Aku dah siap bagi tahu Mr.Abe and minta maaf awal-awal kalau aku dah jadi 'tah apa2'. Senang terasa..nak marah..sedih..arkkk! Semua ada lah bercampur baur. Media sosial pun aku dah tak layan sangat. Lebih senang menyendiri. Bukan sebab suami dah ada depan mata 24 jam..bukan sebab anak2 ada kat umah..TAPI hormon aku tak stabil. Tak cukup tido sbb badan makin berat. Tak jumpa posisi tidur yang sempurna..sure sakit belakang. Makanya, lagi lah macam zombi diri ni. 

Cuti sekolah ni pun tak kemana-mana. Bila last aku balik ipoh pun aku dah tak ingat. Mak abah pun aku dah jarang call. Wassap ngn adik beradik pun aku dah malas. Kesian gak tengok anak2 yang dah mati kutu. Mr.Abe lak dah start kelas..so, memang tak boleh nak kemana. Just dalam minggu lepas, aku booking juga tempat cuti dekat2 sini jek. Bawak anak-anak mandi kolam. Aku tak sanggup nak travel jauh2. Sure jam kalau weekend. Aku just nak tidur je dalam hotel nanti. Itu plan aku. 

Ok la...papai!
posted from Bloggeroid

1 comment:

Anonymous said...

Jaga diri.

muah!







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!