Monday, June 30, 2014

.. Happy Ramadhan 2014 ..

Assalamualaikum..


Hari ni hari ke dua umat Islam sambut Ramadhan. Alhamdulillah...berjaya berpuasa penuh untuk hari pertama. Tak lapar..tak dahaga, tapi sangat penat berbanding puasa sebelum ini. Berbadan dua yang memang buat aku tak kuat walaupun bukan bulan puasa, makanya, Ramadhan kali ni agak mencabar. Berdoa pada Allah semoga segalanya di permudahkan. Kandungan lepas2, bertembung juga dengan bulan Ramadhan dan alhamdulillah..both pregnancy dapat puasa penuh. Alhamdulillah juga di beri peluang olehNya untuk pulang ke kampung selepas berbulan-bulan tak balik.

Tak Teruja ke dengan GANJARAN mcm ni? Setahun sekali JEK!

Jumaat malam, selepas kenduri penduduk quarters, kami bertolak balik ke Ipoh jam 9.45 mlm. Alhamdulillah apabila Mr.Abe dah mula mahu join benda2 macam ni. Alhamdulillah juga, sejak dia cuti belajar, dia dah mula ke masjid berjemaah, bawak Danish. Permulaan, untuk solat maghrib. Happy? Yap..aku happy sebab doa aku Allah dengar dan makbulkan. Lagipun dah ada motor ni (motor lama masa berchenta :) ) dan tak balik lambat sebab kerja, macam dah takde alasan untuk dia bagi alasan untuk tidak ke Masjid. Semoga menjadi suami yang bawak kami sekeluarga ke syurga. Amin.

Ramadhan memang di nanti2 oleh semua umat Islam yang rindukan dan dahagakan pahala berlipat kali ganda dari Allah. Bulan yang paling mulia...hadir hanya sekali. Kata Ustaz Kazim, jika setiap lepas Ramadhan, tiada apa yang berubah dengan hati kita....renung2kan lah diri. Jika tak mahu berubah sedikit pun..sempurna kah amalan kita selama ni? Kenapa degil sangat dengan perintah Allah? Sesungguhnya, tiada 1 pun hukum Allah yang membebankan dan tidak bersebab..semuanya ada sebab. Aku sendiri sedang perlahan-lahan merangkak semula mencari diri..semoga sentiasa di bawah rahmat dan hidayah Allah. Amin.

me on 33weeks. Alhamdulillah..
Ahad lepas, genap la 33 minggu usia kandungan aku. Alhamdulillah. Agak semakin OK. Cuma kena berpuasa ni, kena gagahkan la juga diri. Masa balik Ipoh, keras kejung perut aku sebab stress dgn drebar. Hadoiiii....tak larat aku nak warn Mr.Abe supaya bawak elok2. Ini la satu2nya angin dia yang susah aku nak ubah. Sakit satu badan aku. Terus aku cakap 'Dah,tak mau travel dah kalau abg drive mcm ni lagi'. Dah la aku tak boleh duduk lama-lama. Kena la perut mengeras..hamek! Sepatutnya aku balik Serdang, Kedah sekejap..tapi ohoiiii, tak sanggup lah makcik. So dok diam2 je kat umah. Sib baik la Ipoh tak sepanas Key El.
OK la..takde idea. 

Papai! 



No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!