Saturday, May 31, 2014

.. Cerita terkumpul ..

Selamat Sabtu bloggers!

Wat apa? Saya adalah sedang bekerja dan hari ini adalah hari bekerja secara berterusan tanpa henti mulai 2 minggu lepas termasuk hari Sabtu dan Ahad.. Tak jadi masalah sebelum ini bagi sebuah badan yang sangat sihat dan fit namun menjadi suatu 'beban' untuk badan sekarang yang semakin hari semakin menemenatkan dan menyakitkan. Merungutkah? Tidak..nehi kabi nehi..tapi kan di sini jek tempat nak melepaskan lelah...memuntahkan apa yang terisi di hati. Lagipun dah lama tak menarikan jari jemari mengadu domba di sini....kan? Ngeee....

Sejak 2 minggu lepas, hampir setiap malam aku menitiskan air mata kerana kadang kala tak mampu rasanya menanggung penat badan sendiri. Apa lagi yang boleh buat? Nangis je laa....uhuk. Sebelum tidur..mencari posisi yang kadang kala langsung tak kena ..tak selesa..air mata mengalir. Now adalah bulan pelajar baru masuk..jadi banyak kerja luar. Berjalan banyak, pinggang ke kaki sakit..duduk depan pc, pinggang ke atas sangat sakit. Nak baring? Lagi lah kan..tengah kerja kot. Biasa malam saja lah aku merehatkan badan. Kadang-kadang Dania cakap 'Ibu..kenapa menangis? Ibu tak larat? Tak payah la kerja..amik lah cuti.' Huhuhu..entah la dik. Kerja dlm team ni..tak sampai hati rasanya nak susahkan partner. Kadang kala, kalau tak larat sangat...aku amik 1/2 day. Tu pun baru sekali sepanjang tempoh event ni. Dan event Pelajar hanya akan berakhir pada 10/6/2014..aku sungguh dah tak larat! 

Me on 28 weeks
Esok 1/6/2014, kandungan aku masuk 29 weeks. Alhamdulillah..dengan baby yang tersangatlah aktif kecuali time tido malam (terima kasih baby sebab tido sama2 dengan ibu). Ramai yang tegur 'comelnya perut...7 bulan ? kecik nya'. Hahahaha..nampak dari luar memang lah kecik. Tapi sebab aku ni jenis tak besar..perut ini adalah sangat besar. Mr.Abe pun selalu tegur..'Besar betul perut kali ni'. 

Ikut ukur lilit..nampak mcm montot lagi besar dari perut..kah kah kah ..apakah? Kadang-kadang diri sendiri pun segan nak tengok cermin. Ye lah..awak dah biasa slim melim. Kalau lalu tepi cermin..nampak bayang pun terasa..erkk..besarnya. Ngeh ngeh ngeh. 

Berat badan masih menten 50kg. Tapi alhamdulillah berat baby naik secara normal. Selera makan aku dah kembali ke laut terutama malam. Kadang-kadang terpaksa melawan loya yang hampir memuntahkan semula isi perut. Teruk la kalau masih muntah. Aku rasa...pregnant kali ni adalah yang paling 'penat'. Mungkin faktor usia? 

Baby and Moms Exhibition Midavalley.
Ni pix masa g exhibition Mom and Baby kat Midvalley dalam awal bulan 6. Punyalah ramai manusia. 1st time g on Saturday, Mr.Abe tak dapat parking. So aku decide masuk kejap and lepas tu kuar jek. Sebab aku ngn Mr.Abe memang target nak cari stroller jek. Kalau aku jalan sorang..apakah harapan aku nak membeli. Dengan berlaga-laga perut..sakit wei! Gagagagaa.. 

Next ahad, pagi2 dah ke Midvalley. Alhamdulillah di permudahkan. Pun ramai gila manusia. Memang tak tengok booth lain. Memang cari stroller jek. Setakat nak beli baju baby yang setakat ni masih belum beli2 lagi, aku rasa beli kat kedai pun dah OK. Tak perlu jenama mahai2 untuk new born. Dari dua pengalaman, go for Fiffy brand saja. Apapun..list pun tak buat lagi sampai sekarang. Tapi kena beli sebelum puasa, kalau tak..kena serah semua pada Mr.Abe. Aku? Memang la tak larat sudah.

Hari tu, dapat cabutan bertuah hamper. Alhamdulillah. Tuah pertama untuk baby..Ada luck eh awak baby? Hehehee.. Syukur.. Hamper boleh tahan gak. Rasa more than RM300 nilai dia. Dan 1 mainan baby, kakak dah amik. He.....


Combi Well Comfort Baby Stroller
Macam aku cite sebelum ni, ciri-ciri stroller aku mesti ringan, compact, one hand operation dan 2 ways (leh tengok baby dari depan). Mula-mula decide nak amik SweetCherry jek tapi tak ringan. Lepas Mr.Abe survey, ada few yang dia berkenan TAPI tak ringan untuk wife dia. Dalam keadaan aku yang larat tak larat nak jalan, aku lebih prefer dia yang decide...tapi dia still nak aku yang decide. Since aku dah terbiasa baca pasai Combi Well Comfort ni kat tenet, aku go for this. And also terpk perlu sangat yang ringan incase nanti2 nak bawak baby travel sama. So stroller ni leh masuk cabin. Harga asal stroller ni RM1199 tapi after less was RM800+. OK sangat sebab brand ni ada second hand value and warranty seumur hidup.

Ni few things about Combi Well Comfort baby stroller.

1. Ringan - just 4.6kg
2. Guna 1 tangan je untuk lipat dan buka.
3. Boleh ubah handle untuk tengok baby.
4. Tayar depan ada absorber.
5. Semua barang kat badan stroller boleh tanggal and basuh.
6. Compact..boleh masuk bonet MPV

Ada la few thing cons dia yang aku baca..since lom try, tak perlu cakap benda negative dulu. Stroller ni aku baru dapat semalam. Dia org hantar ke opis. So masa hari kejadian membeli belah..tak perlu usung benda ni.
*TOLONG jangan compare2 or cakap korang punya lagi bagus or aku membazir..aku taip ni as info dan terima kasih pada mama bloggers yang lain yang byk share cara nak cari stroller. 

Dan ini adalah barang pertama yang kami beli untuk baby....heee....

Good luck Encik!
Sebenarnya aku tengah tinggal sorang ni. Mr.Abe dan anak-anak balik Ipoh. Tak lama laa..Jumaat dan Sabtu. Petang ni balik semula ke Bangi. Em..Mr.Abe nak jumpa mak, nak borak2 pasai study dia. Hee...kelakar lak aku dengar. Alhamdulillah...wpun nampak dia mcm tu, rupanya hati ada taman gak eh? Aku pun takleh la nak halang-halang. Dia dah layan and jaga aku sebaik ni pun..sangat Alhamdulillah. Sama-sama berubah ke arah kebaikan dan paling penting..mencari sesuatu untuk bekalan ke syurga. InsyaAllah.

Khamis lepas - 29/5/2014, jadilah Mr.Abe sorang pelajar. Dia pilih untuk belajar di sini jek. Tak mau g oversea..payah! - kata dia lah. Jadual pun dah dapat dan dia dah mula sibuk buka kalender...plan holiday for famili supaya tak bertembung dengan jadual dia belajar. Aku penah tengok dia as a student. Jadinya, aku juga kena lah sentiasa bersabar dan beri sokongan dari belakang. Dalam masa yang sama, dia nak buat paper work for gelaran Ir. Semoga berjaya je Za ucapkan.. Amin.

ok la..perut dah keras...go dulu.

Papai!

posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!