Tuesday, June 17, 2014

.. Cuti sekolah Jun 2014 ..

Assalamualaikum..

Wat apa? Ni 1st day aku masuk office selepas hampir sebulan tak masuk opis - kerja luar + cuti.Tak betah rasanya dok kat meja opis ni. Entah berapa kali dah adjust kedudukan ni..semua pun tak kena. Kaki dah start sakit sbb duduk lama..tergantung kot. Ada banyak kerja nak kena settle sebelum tiba evalute KPI and cuti bersalin. Dokumentasi untuk Logged dan SOP masih dalam kategori - 'habuk'. Hadoii..naya ni. Macam mana nak buat kalau tak boleh duduk lama2..sakitnya pinggang. 

Uhuk.. Semalam dah g checkup for 31weeks pregnancy. Alhamdulillah..semua OK termasuk baby membesar secara betul wpun ibu tak berapa boleh nak makan. Berat ibu masih 51.2kg dan berat baby dah naik lagi hampir 2kg. Lepas 31 weeks ni, dah mula kerap kena jumpa doktor. Syok juga dapat scan baby seminggu sekali..Sangat aktif ya yang seorang ni. Takpe..ibu rela wpun sakit 'di belasah'..janji ada pergerakan. Selain dari badan makin membesar...ibu adalah sangat lah kepanasan lately. Now ni dok dalam bilik, kena buka aircond, buka kipas siling and On kipas berdiri depan badan..har har har..hamek! Kalau tak..nak nangis tanggung kepanasan.

Sebenarnya malas nak update blog ni..tapi sebab akal tak mau start wat kerja lagi..update la kejap.

Nak cite pasai cuti sekolah Jun 2014 baru2 ni. Since Mr.Abe dah start kelas dan aku memang takleh cuti sebab ada event student dan aku sendiri tak mau p cuti jauh2 sebab tak larat nak travel, aku decide untuk cuti dekat2 sini jek. Kesian tengok anak2 dah mati kutu. Semua tak mau balik kampung. Dania OK lagi sebab minggu pertama cuti skool, dia dah pilih nak p Kem kat ABIM. Danish? Semua pun tak mau. Apa tah nak jadi budak sorang ni....risau aku.

Selepas mencuba-cuba nasib di online mencari hotel, sebab tau2 lah kan, cuti skool biasa hotel full booked dan mahal. Aku guna agoda.com, booking.com dan wego.com untuk cari hotel. Rezeki anak2 agaknya, dapat lah tempat yang aku dah senarai. Dan paling best dapat harga promotion walaupun last minit dan cuti sekolah. Target memang nak cari swimming pool jek..itu dah cukup gembirakan hati anak2..

1st destinasi : Morib Gold Cost International Resort dari Khamis - Jumaat. 



Resort ni aku booking guna agoda.com. Amik pakej RM250 untuk 2 hari 1 malam dengan percuma 2 tix ke theme park + 2 sarapan untuk dewasa + 2 dinner untuk dewasa. Malam tu Mr.Abe add On la dinner untuk anak-anak. So tak payah kuar dari resort. Tix masuk theme park pun tak mahal..RM25 seorang. Boleh guna dari check in sampai check out dengan syarat tak cabut tag kat tangan. Kali ni aku decide untuk basahkan badan sebab dah bayar tix kan? Lagipun aku perlu exercise..so boleh la layan seplash seplash dalam air. Happy gila anak2 bila Ibu join sama..hahaha. Biasa kan ibu dok tepi jek. 

OK la resort ni. Dalam studio suite yang kita orang amik, ada jakuzi. Tapi takde la aku berendam. Kalau pergi time tak cuti sekolah, OK kot theme park resort ni. Tapi sebab cuti skool..ramai juga manusia.Macam biasa, Mr.Abe la yang layan anak-anak. Petang, g lepak tepi pantai cari sunset. Pantai Morib tu takleh mandi, kotor lorr...tapi ada gak yang berendam. Aku just nak tengok sunset. Since awan tebal..tak nampak sangat..sob sob sob.

Kul 12 check out and balik rumah dulu..kasi kura-kura makan. Sian dia kena tinggal..hee....



2nd destinasi : Palm Garden Resort Putrajaya. Jumaat - Sabtu.



Weeeeeee..'jauhnyaa' bercuti. Hahahaha. Ni Mr.Abe yang booked. Pun sebab dapat harga promotion. Mr.Abe booking guna online juga. Booking.com rasanya. OK la harga dia untuk hotel macam ni. Bilik dia sangat luas. Katil super king and siap bagi 3 biji comfocter untuk di bentang atas lantai. So anak2..sila tido atas lantai. Cuma sarapan di bari pada 2 dewasa. Ala..apa susah..Kedai makan banyak kat luar. Mr.Abe g tapau nasi lemak kat roundabout UNITEN je untuk anak-anak. Hahaha. Budak2 tak makan banyak, Dania kalu..sibuk cari cococrunch je..so tak berbaloi nak add puluh2 ringgit untuk budak2.  Dinner lak, kita orang g Alamanda. Ngee..




Hotel ni tak ramai. So walaupun pool dia kecik..best la juga nak berendam.  So aku pun turun join sekaki. Sib baik seluar mandi aku muat lagi. Baju aku pakai shirt lycra. Segan gak sebab nampak perut..tapi anak-anak dan Mr.Abe cakap OK..kira OK la kan?
3rd Destinasi : Seri Malaysia Bagan Lalang. Sabtu - Ahad.



Alhamdulillah. dapat booking hotel budget ni. RM199 untuk 2 hari 1 malam. Aku yang nak sangat dok sini sebab aku nak tengok sunset dan nak makan seafood. Since hotel pun 2 stars..tak yah la bising lebih2 kalau service dia biasa2 jek. But still OK sebab dapat 2 katil. 1 queen, 1 super single dan juga 2 sarapan pagi. Kali ni aku dah tak mau p sarapan. Aku tak boleh makan macam-macam nanti rosakkan selera aku sampai ke malam. So Mr. Abe bawak anak-anak p sarapan kat hotel dan untuk aku, tapau nasi lemak. Berlambak kedai tepi pantai.
Swimming pool Seri Malaysia tak besar sangat. So aku tak join mandi sebab ramai. Segan lah aku nak tayang perut. Lagipun aku dah target nak tengok sunset jek kat sini. Kul 6.30 pm dah ke tepi pantai. Eh, jangan lupa, sila booking kedai makan dulu kalau nak makan musim cuti ni. Kita orang booking kat kedai biasa..HM apa tah. Kul 7pm amik order. Makan ketam, udang, sotong dan kepah. Tak amik pix pun kali ni sebab now ni, kita orang dah start belajar simpan henpon time bersama famili terutama time makan. 



Nampak sunset? Huk huk huk..sedey la jugak. Walaupun now ni cuaca panas..tapi matahari tak berapa nak tunjukkan wajah. Awan lagi tebal walaupun tak hujan2. So dapat la snap gitu2 je sunset. Awan jek cunz..


klick : Cut The Prize
OK la..sakit pinggang la pulak dok lama-lama. Sebelum tutup cerita, sila lah visit fb Cut The Prize aku untuk new stock.

Papai!

posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!