Thursday, June 19, 2014

.. Gagal kah aku? ..


In your head, in your head,
Zombie, zombie, zombie, Hey, hey, hey.
What's in your head, In your head, 
Zombie, zombie, zombie?

Tebaboooo...swing, swing, swing..emosi tak stabil. Nak nangis..nak marah..sedih..letih..semua ada. Apa ni? Kenapa asyik kuar post 'sugul' je sejak pegnant ni? Tak best ke pregnant? Teruk sangat ke? Emm..entah lah. Mungkin ini antara sebab kenapa aku tangguh-tangguh kehamilan ke 3. Aku sendiri tak kuat dan tak sabar dan lemah untuk melalui 9 bulan 10 hari. Astarafirullah...Allah hu Akhbar. Teruk kan?


“hamalat-hu ummuhu wahnan ‘ala wahnin” 

bahwa seorang ibu yang sedang mengandung itu (sedang) lemah Bahkan lemah yang bertambah-tambah.
Sebelum ni, aku tak punya selera makan..tapi masih boleh makan. Pilih je makanan, janji makan. Bab makan-makan ni aku boleh bersabar lagi sebab aku sendiri bukan kaki makan. Cuma bila teringat, cukupkah khasiat baby? Aku mula 'weng'. Aku try madu, aku try susu, aku try pil kalsium..aku try asid folic..semua benda aku try...tapi lepas tu aku yang jadi tah apa-apa. Loya, lemah dan macam-macam lah sebab nak lawan supaya tak muntah semula. Dah nak masuk 34 weeks ni, suppose aku dah OK..tapi nampaknya..macam tu lah juga. Takpe...aku akan bersabar selagi upaya. InsyaAllah.

TAPI sejak hampir 2-3 bulan aku tak boleh tidur atau at least terlelap...mode aku dah mula macam zombie. Kalau kandungan lepas-lepas, aku boleh tidur siang..now ni, jangan siang..malam pun aku tak boleh tidur. Dah masuk tak boleh tidur ni...aku dah tak mampu nak kawal 'kesabaran'. Mula la rasa nak marah..sakit kepala dan paling stress...tengok orang keliling aku TIDUR mcm 'Sleeping beauty' tanpa endahkan aku. Yeah..aku memang sangat sensitip now. Penah rasa apa perasaan tak cukup tidur?

My everything - Luv them so much.
Banyak benda bermain dalam kepala aku now terutama tentang anak-anak.

Danish. Dia dah 11 tahun. Seorang budak pandai yang semakin lama semakin membesar dengan peel dia sendiri..kadang-kadang buat aku stress. Tah mana silap...atau mungkin dari darah aku sendiri, dia sekarang lebih suka ke arah sukan. Aku tak larang..tapi kalau boleh, aku nak dia menten dengan pelajaran dan teruskan la sukan tu. Macam aku dulu...tahu bahagi antara pelajaran dan hobi. Tapi bila cita-cita memang nak ke arah sukan...nak masuk sekolah sukan..nak jadi orang sukan, hadoii!! sakit kepala. Pelajaran dia takde la merosot teruk sangat..setakat result A dan B..tapi kadang-kadang kecewa gak sebab dia adalah budak pandai yang seperti hanyut dengan dunia dia sendiri. Aku dah tak mampu berkeras dan aku sendiri tak mahu buang kesempatan yang ada untuk buat dia happy. Tahun depan, tahun terakhir dia jadi budak sekolah rendah dan aku tahu, anak lelaki, bila dah masuk sekolah menengah dan masuk asrama...mereka lebih suka dengan kawan-kawan. Aku tak mahu hilang moment bergembira dan abaikan dia wpun hanya setahun je lagi. Walaupun aku ni tak pandai dengan budak2..tapi sebagai IBU..hanya aku yang tahu apa yang aku rasa dan apa yang aku mahu tentang anak-anak. Kadang-kadang terasa sangat gagal...

Dania. Budak kecik berusia 8 tahun ni..sangat2 lembut dan manja. Ni peel siapa..aku pun tak tahu. Tapi sebab dia perempuan...aku layankan je la. Entah mengapa..aku suka sangat tengok wajah anak perempuan aku sorang ni..manis dan sangat lembut. Nak marah pun kadang-kadang tak jadi. Dari segi pelajaran..buat masa ni, alhamdulillah..tak susah nak handle dan cepat dan sangat rajin. Setiap kali nak periksa, dia akan janjikan aku A dan setakat ni, alhamdulillah..Lagipun, belajar dari kisah Danish, aku tak harap sangat lah A dah dari anak2 ni..sebab darjah 1-3 semua subject tak sesusah subject darjah 4 ke atas. Budak comel ni sangat lain perangainya dari abang dia. Sukan? jangan harap. Minta barang2? Kalau dah ada..tak yah beli. Membazir! Kadang-kadang dia cakap ikut sedap mulut dan kalau dia marah..dia akan hamburkan semua..xde der nak simpan dalam hati...cakap ikut sedap jek. Lepas tu..dia OK. Maybe ikut perangai bapak dia.

Suami? haishh..dengan yang satu ni lah mode aku sering ke laut wpun dia dah buat sebaik mungkin untuk aku. Aku pun tak tahu kenapa aku semakin sensitip dengan dia. Sejak rindu dan sayang datang semula malah semakin bertambah-tambah pada kekasih seorang ni...sejak tu lah aku semakin cepat swing. Nak-nak tengah pengnent ni. Kalau rasa terabai sket..mula lah aku buat hal..MAJUK! Ni la sebabnya aku malas nak baja and tanam balik cinta cintun dalam diri ni. Aku senang jeles...senang terasa..senang merajuk dengan dia. LETIH lah perasaan mcm ni............prrrr!! Tak nak cite banyak2 pasai dia. Terlalu baik sampai kadang2 aku rasa...layak ke aku ni ngn dia sebenarnya? Semoga dia bersabar dengan aku sehingga ke akhirnya..Amin.

Emm..rumah baru yang dah dapat kunci sedang memeningkan kepala. Banyak gila nak pakai duit nak isi dalam...hadoii!!

Ok la..sakit kepala..papai!





No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!