Wednesday, July 09, 2014

.. Seminggu pun berlalu ..

Assalamualaikum..
Hari ni dah masuk 11 Ramadan kan? Ramadan aku yang berlalu pergi macam tu jek sebab aku terduga lagi olehNYA. Puasa tak penuh..terawikh tak penuh dan tak berapa kuat utk buat amalan2 lain. Astarafirullah hal azim.. sesungguhnya dugaan dan sakit itu penghapus dosa kan? Semoga Allah menerima sekecil-kecil amalan aku pada Ramadan aku kali ni...amin.



Minggu lepas - 2hb Julai, tgh-tgh malam, aku di serang sakit yang amat sakit di bahagian ari2 dan perut mengeras setiap 5 minit. Dari jam 12pagi sampai jam 3 pagi aku bergelut melawan sakit. Tak terfikir langsung pasai contraction sebab baru 33 weeks. Aku sendiri dah lupa sakit contraction selepas 8 tahun tak bersalin. Jam 3, bila sakit semakin menjadi-jadi dan pergerakan baby semakin tiada...aku dah mula risau. Aku kejutkan Mr.Abe. Jam 4am..Mr.Abe bawak aku ke Az Zahrah. Masa tu aku dah risau sbb Mr.Abe nak tinggalkan anak2 kat umah. Ye la..tak kan nak angkut semua kan. Mereka lak senang nyenyak tidur. Nak tak nak..kejut abang ngn adik..pesan apa2 yang patut..mereka pun mamai jek...tawakal je la.

Kat klinik ada doktor laki jek..takpe la kan darurat. Test urine - kencing kotor and scan baby..alhamdulillah baby OK. Bidan cek 'jalan' ...tiada bukaan and aku masih kesakitan. Doktor decide aku di tahan di wad utk pantauan. Ada contraction rupanya. Pre Mature Contraction at 33weeks. Aku dah mula risau..tak kan nak beranak lak?

2 Hari aku di tahan dan di pantau di dalam wad. Contraction masih ada. Paling seram bila Doc ckp, kat Az Zahrah tak di galakkan bersalin pre mature baby. Kalau beranak gak, baby akan di transfer ke Hospital lain. So doc suh decide nak hospital mana incase emergency. Hadoii!! Dalam dok menahan sakit..😞😃 ..mengalir juga airmata ni.Banyak betul dugaan pregnant kali ni. Terkenang dosa2 semua..sebab tu kah? Berkali-kali gak aku minta maaf pada suami. Dia ckp, dah lama dia maafkan aku. 

Hari kedua lagi cuak bila result CTG menunjukkan contraction makin kerap. Bidan dan suruh standby bilik bersalin. Ya ALLAH.. aku hanya mampu berdoa je semoga aku tak bersalin seawal ni. Terlalu awal sebab paru2 baby belum matang. Banyak risiko. Doktor pun cuak tengok CTG aku. JALAN belum buka..apa2 hal..kena operate. Mengalir lagi air mata aku. Mak ngn abah dah on the way dari Ipoh. Alhamdulillah, abang nak bawak mak abah. So tak payah lah mereka naik ETS. Takde apa yang mampu aku buat melainkan doa. Percaya pada kuasa doa Ramadan.

Setakat aku kat wad, kak chik dari Shah Alam datang melawat. Datang persis seorang ibu. Aku pun dh lama tak chatting ngn kak chik sebab phone dia prob. Mungkin 'kakak2' aku yang lain dr group Chayaank yang bagi tahu. Aku ada beritahu gak kawan2 lain..bukan apa, hanya mengharapkan doa dari teman2. Ada yang nak datang .. tapi aku tak galakkan sebab aku sentiasa di pantau setiap setengah jam. So mereka just follow up keadaan aku via wassap. 

Alhamdulillah..hari Jumaat, tiada lagi contraction dan jalan memang tak buka. Selepas scan baby..semuanya OK..aku di benarkan balik pada jam 4pm tapi diberi MC seminggu. Hadoii... mati kutu dah ni. Sebenarnya doc bagi 2 minggu..tapi lepas dia decide supaaya aku jumpa dia balik Jumaat ni dan lepas tu sambung lagi MC. Dush! lemahnya badan asyik terbaring. Badan aku memang tak kuat. Takleh jalan banyak dan takleh diri laamaa..

Nampaknya..lari la KPI aku tahun ni. Ada berapa hari je lagi utk at least dapat ME. Takpe la Liza..rezeki ALLAH kan luas. Kesihatan dulu tau! Dah seminggu la aku terlantar ni.. 



Apapun..alhamdulillah..sebelum semua ni jadi, sempat gak aku balik Ipoh sambut 1st Ramadhan bersama famili. Teringin sangat nak makan sup ayam dan hati masak itam nak masak. Cuma sebab Mr.Abe bawak mcm pelesit malam tu..sampai keras2 perut aku..aku tak ikut balik ke Serdang jumpa MIL and FIL. Dah lama gak aku tak jumpa mak. Makin terasa anak antu di buatnya. Huhuhuhu. Apapun, doa aku sentiasa ada buat mereka. InsyaALLAH.



Bulan Ramadan penuh keberkatan dan now dah masuk fasa kedua, iaitu fasa keampunan. Dengan keadaan badan mcm nj, solat wajib pun terpaksa solat duduk, aku sentiasa berdoa semoga sekurang2nya aku dapat bangun tengah malam sekali untuk bertahajjud dan lakukan solat taubat. Hidup ni tak lama kan? Takut tak sempat apa2..Allah tarik nyawa. Nauzubillah. Semoga dapat mati dlm keadaan yang bersedia..bukan mati keldai. Nauzubillah.

OKLA..sakit kepala..

PAPAI!
posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!