Monday, March 10, 2014

.. Menaip di petang hari ..

Assalamualaikum...

Hari Isnin yang agak tenang bagi diri ini. Tak tahu kenapa, terasa hati sangat lapang dan sentiasa nak tersenyum. Ada juga beberapa perkara yang buat sesak kepala tapi semakin dewasa, semakin lanjut usia..alhamdulillah, ketenangan itu sentiasa di beriNya untuk berfikir dengan lebih waras - jangan ikut hati. Yang tak penting abaikan..biarkan berlalu di bawa angin dan yang penting, jika perlu, selesaikan dan terus bertanya pada tempat yang sebetulnya. Selepas tu..biar Allah tentukan apa jua hasilnya. Semoga Allah sentiasa memberi aku kelapangan akal dan fikiran. Jauhi iri hati dan hasad dengki. Hindari umpat keji. Amin.


ralat date : 10hb Mac sebenarnya. 3 Mac tu birthday Mr.Abe.
My everything. 

Alhamdulillah. Hari ni, 10hb Mac 2014, anak teruna aku dah 11 tahun. Ibu doakan yang baik2 untuk anak ibu. Aku dah wassap dia semua isi hati aku termasuk lah kad birthday virtual kat atas tu. Apa yang aku tulis, biar lah antara aku dan dia. Setakat ini, tak susah nak jaga Danish kecuali masa pregnant dan dalam pantang dulu. Cuma 1 perangai dia yang aku kadang kala terpaksa bertegas adalah 'tunjuk perasaan secara senyap'. Hampir sama dengan perangai aku..maka, takde la susah sangat aku nak handle. Just TEGAS dengan dia, berdepan, cakap pandang mata, beritahu dia secara betul kenapa dia di marahi, apa yang tak betul, beritahu kelebihan dia dan insyaAllah..esok awal-awal pagi, bangun dari tidur dia akan minta maaf dengan aku dan beritahu apa salah dia. Entah lah..semoga terus senang untuk di jaga hingga ke besar. Semoga sentiasa di bawah RAHMAT ALLAH. Amin.


#prayforMH370

Hari ni dah masuk hari ke 3 Malaysia di gemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 ke Beijing. Tak mahu buat sebarang spekulasi. Teruskan berdoa yang terbaik dari Allah buat mereka. Dari pertama kali mendengar berita ni, walaupun takde sapa2 yang berkaitan dengan hidup dalam pesawat tu, hati memang terasa sebak dan kadang kala mengalir airmata membaca, mendengar dan melihat berita yang di sampaikan. Ya Allah..di mana dan apa jua nasib mereka, Kau permudahkan lah urusan mencari walau apapun hakikatnya nanti. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Menguasai apa yang di langit dan di bumi. PERMUDAHKAN lah ya Allah. 


gelang Mekah
Suka! ini adalah gelang Mekah yang aku dapat daripada biras aku. Aku yang minta dia beli sebab setelah sekian lama aku tak nampak or tak jumpa gelang ni. Dulu kecik2 selalu gak dapat dari saudara mara or jiran2 yang ke Tanah Suci. Now memang dah tak dapat. Maka, kirim je la. Thanks sangat2 pada Sha yang dah tunaikan impian hati..hee..mcm dapat Italian bracelat lak happynya.. ngee... 


Ahad semalam, ikut Mr.Abe bawak parent dia tengok rumah baru kami kat Shah Alam. Rumah dah siap and dah start bayar tapi belum dapat kunci. Banyak benda nak buat sebelum duduk. Tapi lambat lagi nak masuk..insyaAllah hujung 2015. So boleh buat sket-sket dan kena kumpul duit untuk cantikkan rumah.Berdoa supaya impian aku untuk duduk dalam rumah nanti jadi kenyataan. Ye lah kan..benda lambat lagi. 

OK la..loya lak..papai!

posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!