Saturday, March 22, 2014

.. Kemahuan ..

Assalamualaikum..


Tiba-tiba terfikir nak taip benda ni. Lagipun sedang standby event Open day UNITEN ni dan takde apa nak buat sangat. Sebenarnya, ramai yang sering bertanya aku, macam mana aku nampak sangat senang dapat apa yang aku hendak terutama daripada suami. Kadang-kadang, anak-anak sendiri pun cakap 'Ibu ni, semua ibu nak..senang jek dapat, semua babah bagi.' Erkk..takde la semua babah bagi pun, kadang-kadang aku lebih suka beli sendiri dan kadang-kadang ada rezeki, Mr.Abe nak add kan duit. 

Tak tahu lah kan. Aku 'Queen Control?'. 'Suami takut aku?' hahahhaa..jangan harap la dia nak takut kat aku. Aku pun takde la takut kat suami, just aku HORMAT walaupun aku ni bercakap kasar ..tak reti derr nak lemah lembut lemah gemalai..Erkkk! Itu bukan aku.
ceee wat menda ni..pastu minta la apa2..tengok, JADI tak? hahahahaa...

OK, mungkin 13 tahun bersama buat aku kenal dia sangat-sangat. Memang awal perkahwinan, aku sering tarik muka, merajuk lama-lama atau mogok kalau tak dapat apa yang aku nak. Dah terbiasa - jadi anak perempuan seorang, dari kecil memang susah nak rasa hampa dengan setiap permintaan. Abah mesti belikan. Kadang-kadang mak sampai gaduh dengan abah sebab ikutkan sangat kemahuan aku ni. 

Kami berkahwin ketika sama-sama baru bekerja. Dia adalah suami yang fikir masa depan dan sangat berkira ketika 1-5 tahun kami berumahtangga. Meroyan aku memang tak pernah selesai lah bila aku sendiri tak set kepala aku untuk memahami. Haaaa! banyak sangat banyak baca novel and tengok movie Melayu...memang hanyut lah kau nak dapat suami budget ROMANTIS mcm Brad Pitt. Itu KESILAPAN. Berkahwin dengan niat yang tak pasti juga satu kesilapan. Kalau semua pun buat kerana CINTA kepada MAHKLUK tetapi bukan kerana ALLAH..memang 1 kesilapan besar. Nah! Terima lah ujian bertimpa-timpa dari Allah sehingga akal dan hati dapat terima hakikat sebuah perkahwinan. Paling PERIT..melakukan perkara yang hanyutkan diri hanya kerana ingin menagih kasih sayang lelaki..juga 1 KESILAPAN besar. Apapun, aku positif now..semua ada HIKMAH  - aku mula kenal 'Dunia dan Manusia' dengan semua kesilapan yang aku buat. Banyak mana pun berdosa dan bersalah, kembali kepada DIA - bertaubat dan berubah!- insyaAllah..semoga Allah permudahkan. Amin.
 (Dah banyak sangat weii tanda2 besar KIAMAT makin hampir ni..takut lah!) 

Berbalik kepada cara aku nak dapatkan apa-apa tu, entah lah. Aku pun takde skill apa-apa. Mungkin rezeki atau mungkin dia terlalu menyayangi atau mungkin malas nak layan moncong bini nanti..hahahaha. Sapa tahu kan - mengapa dan kenapa atau apa ada dalam hati manusia?

aceee suami lak wat benda kat isteri..pastu MINTA apa2..tengok 'mendapat' tak? Kuikuikui..

Ok la..biasa nya, aku just hint jek apa yang aku nak. Hint dengan email ke, wassap ke, sms ke... contoh : 'Macam best je kan ni?' - paste la gambar ke, link ke..apa2 la yang related dengan benda yang aku nak tu. Biasa time opis, jangan harap lah dia nak jawab kan..atau kalau balik pun, dia tak cakap apa2. Aku just perlu tanya 'Baca tak apa Za send?'. Kalau dia tak mahu or tak mampu, dia akan jawab direct - 'Tak payah lah!' or 'mahal, abang tak mampu' atau 'Perlu ke?' Kalau keluar jawapan macam ni..aku dah tahu, rezeki aku tipis. So aku diam. Tapi kalau dia OK..dia akan jwb 'Beli lah..beraapa ringgit?' atau 'Za riki la tempat, nanti bagi tahu abang' atau 'bila nak p beli?' atau 'OK'. Jadinya, ni je lah yang aku buat bila mahukan sesuatu.Takde la aku p buat nasi kangkang ke..p ugut nak bunuh diri ke..g tampar dia ke..hahahaahaa. Mungkin REZEKI aku dan dia mampu untuk tunaikan Lagipun, kebiasaan kalau nak buat apa-apa related to kami sefamili, dia akan tanya dulu kat aku - OK ke TAK  - itu saja.
ate..ceee dua-dua buat yang ni..insyaAllah, ada Berkat dari DIA untuk kita berdua. 

Aku kenal Mr.Abe pun dari dia takde apa-apa - hanya lah sebijik honda C70 lampu bulat. Ahaks! Yang aku tahu, dia ada 'brain', berdikari dan nampak la macam sedikit beriman..( g dating pun make sure solat tak tinggal - aku kagum yang part ni) ngee. Tak pernah terfikir lebih2 untuk hidup mudah tapi alhamdulillah di permudahkan semuanya oleh Allah sampai ke hari ini walaupun ada ujian bertimpa-timpa. Dia selalu ingatkan aku 'Kalau Za nak kita hidup OK mcm sekarang lepas pencen nanti..kita perlu ada bla bla and bla. Kalau tak, jangan harap nak at least hidup mcm sekarang. Anak-anak nanti jangan harap sangat pada bantuan kerajaan, takut dah takde. Kalau abang takde nanti pun, insyaAllah, Za tak akan hidup susah'.. Gulp!


Apapun atau siapapun dia nanti, selepas apa-apa yang kami dah lalui..insyaAllah, doa aku - 'Azril Dahari adalah suami aku dunia dan akhirat - Amin' .  

Bye!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!