Wednesday, March 19, 2014

.. Mana Perut? ..

Hai!

Update la kejap blog ni. Biasa time ni tengah g sarapan tapi sebab aku menapau dan makan kat opis jek, kejap je la makannya. Patut dah boleh wat kerja, tapi..kejap la ek. Ngeee.... Layan FB kejap, layan shopping online, layan minum nescafe O panas..heavennya. Hidup ni kalau kita mudahkan..maka mudah lah ia. Kalau kita sendiri nak susahkan..susah la ia. Apapun yang jadi, semua ketentuan DIA. Hati-hati dengan kata-kata yang boleh membuatkan kita nampak berpaling or merungut dengan DIA. Nauzubillah.

16hb Mac aritu, usia kehamilan aku masuk 18weeks. Nampaknya, rezeki aku masih macam dulu..badan aku tak ok walaupun dah masuk trimester ke dua. Apa lagi yang aku boleh buat selain daripada terus bersabar dan berdoa semoga di permudahkan semuanya nanti. Yang penting baby sihat..aku kena la bertabah. Lately aku makin cepat semput. Baby semakin membesar, tapi berat dan badan aku tak naik2. Masih dalam 47kg. Aku dah nampak perut ni, memang betul-betul naik kat perut lah. Lain2 part masih normal. Ramai yang tanya aku, 'mana perut?'. Aku sengeh je la. Lagipun aku lagi prefer baju longgar2 daripada baju nampak perut. Segan laah! Sebab tu orang tak nampak lagi kot perut ni.

18 weeks dalam puyut. 

Kalau tengok pix kat atas ni, baru besar ni je pun baby ikut weeks. Dalam 5 inchi lebih. So logik lah aku yang memang semulajadinya tak besar ni tak membesar2 kan? Doktor pun tak marah lagi setakat ni walaupun berat aku tak naik. Since berat tak naik, so aku tak di kenakan check gula dalam badan..tunggu perut besar sket katanya. Now ni memang terasa gila baby sangat aktif bergerak. Tak tahu la berenang ke..bergolek ke..tapi alhamdulillah...free style memang sentiasa terasa. Rasa mcm mana? Rasa mcm ada rama2 terbang dalam perut. Heeee...

Dari 1st time aku pregnant, aku dah register kat web ni untuk bacaan based on usia kandungan aku. Sapa2 yang nak baca and nak tengok perkembangan baby, boleh la jenguk : BabyCenter

Baju longgar macam ni aku suka.
Tak tahu kenapa, SETAKAT ni (tak tahu lah nanti2 kan apa lak cite), aku tak 'in' nak pakai baju maternity. Memang dulu sebelum aku pregnant, aku ada gak wat ayat2 poyo kat Mr.Abe - 'Kalau nak Za ngandung lepas ni, Za nak baju dari ModermMom, MotherCare tau..tak mau baju Warta'. Hahahha..gila demand tak? Tapi sejak pregnant ni, ada gak aku masuk ModernMom 2 kali..tapi takde nafsu langsung nak membeli. Last2 aku g GM, g Warta cari baju biasa yang longgar jek. Seluar belasah pakai palazzo. Aku ada beli 2 helai seluar pregnant, tapi kahsian aku...seluar adalah longgar walaupun size S dan butang adjust tu aku dah tarik sehabis boleh.

Aku rajin gak tengok baju Online - fashion from Korea. Suka! tapi asal la mahai sangat. Range harga dari RM45- RM70 ..uhuk! Makanya, aku pun google je la cari direct supplier. Yay! Berjaya..mendapat dan harga sehelai baju baru RM24. Just kena beli at least 10 helai. OK la kan..10 helai baru RM240. Aku dah tak faham dengan konsep jualan ONLINE now ni. Sepatutnya jual online adalah lebih murah dari kedai tapi now ni, beli kat kedai dari beli Online. Kadang2 online lagi mahal dari kedai. Mungkin sebab kuantiti memborong tak sama la kot kan?

OK la..kerja time. Papai!





1 comment:

CXopportunities said...

Cx dtg sini sbb perut cx tk nmpk sedangkan 18w da. Huhu kdg2 husband tnye.. mane perut. Hahah bila la agknya dpt rs btl2 preggy. haha ckp mcm tk preggy je sdgkn da ade baby Dlm perut ni. Hihi hopefully baby sht.







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!