Thursday, June 28, 2012

..Kredit and Debit Kad..


Hari ini dan semalam, aku mundar mandir kat depan pigeon hole surat. Tercari-cari surat cinta dari CITIBANK. Ni je pun surat cinta aku setiap bulan...tapi asal bulan ni tak muncul2 lak surat ni? Adehh..suspen. Malas nak menunggu sebab aku adalah orang yang tak suka menunggu..so, aku terus Online ke Web Citibank. Sebenarnya boleh jek nak Online dari awal..tapi baca surat kan lagi Teruja..dah dah lama tak dapat surat dari Posmen kan? Tadi..bila dah login and klick for E-Statement..TERUJA! Hiks..lor. NIL rupanya. Patut lah takde bil sampai. Aku pun tak ingat aku tak guna langsung kredit kad ni last month. Aku tak beli apa2 ke? Ke aku dah abiskan duit abe jek? Ahaks!





Lepas dah urut-urut dahi..sepet2kan mata untuk aktiviti mengingatkan semula urusan shopping aku..Aha! baru teringat..aku guna Debit Kad Maybank rupanya. Sejak urusan jual beli kat Malaysia ni dah banyak terima debit kad..aku lebih suka guna Debit kad. Dulu aku pakai kredit kad pun sebab malas nak p ATM nak cucuk duit.LAGIPUN, aku sendiri dah lama tak membeli belah secara boros di Mall..kadang2 je kalau anak2 nak apa2..and Abe tak mau belikan...aku relakan hati lah kuarkan duit..kebiasaanya buku lah. Mainan pun dah lama tak beli. Mungkin cara tumbesaran aku dan abe tak sama...aku dapat apa yang aku nak dari kecik..and Abe lak - maybe caranya lain..so kadang2 kesian kat anak2..layankan je lah. Mungkin juga selari dengan peningkatan usia..aku dah tak selak sangat nak membeli belah. Cuma kalau buku dan makanan..aku tak kedekut..buku ada ilmu..makanan leh kasi kenyang..ada apa hal nak kedekut kan? hiks..

Esok nak ke Dabong untuk hiking and sampai sekarang ..aku LOST. Nk bawak apa ni? emm....

Tata!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!