Tuesday, June 26, 2012

..Apa yang dah berlaku ? ..

Tiba-tiba rasa sungguh bosan..and biasanya, kalau bosan, blog ini lah yang akan menjadi jamuan. Em..nak cite apa? Apa yang dah berlaku sepanjang aku tak update blog ni? Antaranya :

1) Berat aku now dah turun balik ke 45kg? Why? Selera makan aku hilang..
2) Jeans size 26 aku dah boleh pakai semula. Why? selain selara makan yang entah p mana tak tau..aku juga kekurangan tidur. Susahnya nak tidur..

3. Masa cuti sekolah, aku dan abe g ke Gold Cost, Sepang. Ada promotion bilik di situ..mereka suruh tengok and lepas tu bagi voucher percuma penginapan 2 hari 1 malam. Sampai sekarang masih tak guna voucher tu and expired on August 2012. Takde masa lor...

4. Nak sangat cuba ATV. Cuba booked di Kemensah, tapi dah full. Kebetulan kat Bagan Lalang , Sepang, ada benda ni. Tapi tidak lah mencabar kerana track nya biasa2 aje. RM25 seorang, 5 kali pusing. Aku mendahului Abe kerana Abe kegayatan. Hak hak hak....


5. Lepas cuba ATV, Abe teringin nak rasa go-kart pulak. RM20 seorang. Kami berlumba dan tentulah aku kekalahan kerana aku tak sampai. Ces!! Bangla tu adjust tempat duduk aku..dah terkial-kial aku nak tekan minyak. Opss..masa ni anak-anak cuti sekolah ..mereka balik kampung. 

6. Katanya, Emas tengah turun harga. Berjaya mengayat (pujuk actually) Abe untuk sesuatu di Habib.
7.Alahai..ini benda yang menyesakkan kepala. So far aku dah kuarkan barang  dari bilik No 2 dan 3, tetapi bilik No 1 belum sebab terpaksa alih almari dan katil. Kata mamat tu, rumah aku je belum buat untuk level 2. Bila eh? Huhuh..Malasnya..


8. Dalam 2 minggu lepas, aku dan Kazie berulang alik ke HQ lepas opis hour untuk training bola jaring. Ada games dengan Team dari Thailand. Bukan lah National Team, tapi team dari Combine Electricity Authority Team jek. But still a good experience. Kata kawan2. 'International Player'..hahaha..poyos b gosh.

9. Mr Abe dah tak tertanggung menanggung derita untuk memiliki Ipad. Abe pujuk aku belanja..tapi, apakan daya, aku ni bukan siapa2 (ada duit..tapi sayang..haks!) . Maka dia membeli lah ini barang untuk diri dia sendiri. Aku panggil benda ni, madu no 2 aku selepas Iphone. 

10. Terpaksa mengadap KASTAM di KLIA untuk clearkan items yang aku order dari US. Agak menyesakkan sebab aku dah publish barang dengan harga..sekali aku kena TAX. RM250 gak melayang. Prosidur mengadap Pak Tam agak lah leceh. Almost 2 hours kat situ.

11. Hadir kursus Coaching, Mentoring and apa tah. Yes, I am COMMONDER. Selalu aku di interpretasikan sebagai orang yang sangat bagus menjadi ketua dan bagus dalam membuat kerja. Ye ke? What ever...

12. Ini adalah benda yang di tulis di belakang aku dan tak tahu siapa yang tulis masa coach. Satu benda agak Eeee..sapa la tulis, iaitu GEDIK. Cesss...gedik ke? salah orang kot..mungkin ya..tapi dengan orang yang rapat dengan  aku jek...takpe la...mungkin boleh baiki diri. 

13. Pizza with steak. Em..ni kira antara pizza yang aku boleh telah walaupun ada chess. sebab chessnya tak rasa pong. 

14. Sambutan birthday Puan (bos Unit aku) kat Red Work. Takut aku tengok makanan atas  meja. Entah berapalah agakanya puan kena bayarkan??

15. 21hb Jun, game Netball dengan CEAT. Ni team mate aku dari UNITEN. Kazie namanya. One of my Idola. She is LECTURER but so humble. 

16. Ni 'Amoi' dari CEAT team. Dia demo cara-cara nak pakai kain yang dia org kasi. Kami dapat sorang 1 kain macam tu tapi lain2 warna. Dia orang ni kelakar gak..dan masa main, tersangat lah ganas. Kerja diaa orang ni..'Photo..photo'..hahhaa. Tak boleh cakap english sgt .. 

17. 22hb Jun, aku balik Johor. Maktok aku (mak abah) meninggal dunia. Suasana agak pilu terutama cousin aku kat Johor banyak perempuan. Semua pun berendam air mata. Semoga roh maktok di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

Aku nak tulis something :

'Bangun jatuh, susah senang yang aku jalani bersama insan yang aku sayang sebagai sahabat adalah sesuatu yang sangat aku hargai. Senang aku- tak pernah lupakan sakitnya sahabat. Sakitnya aku - tak mahu kehilangan senangnya sahabat..Namun, jika aku tercampak jauh di atas kesenangan sahabat-doa aku sentiasa bersama mereka.'


1 comment:

Suriati said...

kata2 tuk sahabat amat bermakna laa..sahabat di hati...dia peneman mase susah n senang..







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!