Tuesday, July 09, 2013

.. Salam Ramadhan 2013 ..

Assalamualaikum..

Salam ramadhan buat semua umat islam dan maaf zahir batin. Permulaan kepada perubahan, detik untuk mengumpul segala ganjaran dan semoga ramadhan kali di berkati. Ramadhan yang sentiasa di nanti kerana fadhilat yang Allah janjikan dengan penuh kenikmatan.


Okek..ini aku dalam minggu lepas dan minggu ni.. Masih aku yang sama..cuma muka agak lesu and eyebag jelas kelihatan..kan? Dah lama tak update blog.. kot2 ada yang rindu..hahahaa..koya!


Yeah! Ni bukan lauk buka puasa sebab esok baru mula puasa. Sebenarnya nak cite..aku buat magik dari minggu lepas.. hiks! Dah seminggu aku masak dinner. Caya tak? Hak hak hak.. dah tua kot..so dh ada sedikit kesedaran dan ini sebenarnya langkah kedua selepas langkah pertama telah di realisaskan .. langkah untuk meninggalkan sebuah kehidupan yang aku dah tak betah lagi untuk hadapi..doakan ya.


Raya lagi sebulan..Alhamdulillah baju jalan2 anak2 dah siap beli. Mr Abe cakap..beli je awal..senang. Shopping kat Parkson je sebab kita org boleh redeem voucher. Shopping guna voucher. Baju 1st raya belum beli. Sepatutnya aku tempah je tahun ni..dah beli kain kat Indonesia untuk satu famili..tapi aku tak hantar g jahit.kehkehkeh..hebak?

Persiapan puasa anak2..Alhamdulillah, tahun ni masing2 berkobar-kobar tak sabar nak puasa. Dania dari aku puasa ganti aritu dia pun nak puasa gak, tapi aku tak bagi. Semoga esok kedua2nya tabah la. Amin.


Sabtu ahad baru ni g tengok rumah. Atas tu rumah kita orang kat Puchong Utama. Survey2..market price for sale is Rm400k..and sewa is Rm1000 .. tapi adik aku duduk just bayar Rm300. Kita orang plan nak cari rumah baru..and nak jual rumah Puchong..atau naik kan sewa. Adik willing nak bayar sewa lebih sbb dia tak nak pindah. Em..kena fikir semula. Rumah bawah tu Green View Villa at Shah Alam. Semi D. Kalau kat Bangi dah 1.2 juta. Since rumah ni sempadan Shah Alam and Klang and dalam kawasa kampung melayu..harga dia 'nice' serta besar sangat.


Okla.. sempena Ramadhan ni..jom buat checklist. Setiap satu kebaikan..ganjaran nya berganda ganda ganda ganda..subhanaallah. Aku berdoa supaya kebaikan datang dlm diri dan aku nak berubah dan boleh berubah.. doakaan aku ya.

Jangan lupa sahur..tak rugi pun bangun sahur. Hujung2 waktu lagi bagus. Dapat segelas air dan sebijik kurma pun dah ada nikmat dan ganjaran dariNya. Orang Yahudi pun puasa, tapi mereka takde sahur..so, ini lah yang membezakan puasa kita dan mereka.

Papai! ♥
posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!