Wednesday, July 24, 2013

.. IKIM App ..-

Assalamualaikum...

Dah nak masuk 16 Ramadhan kan? Alhamdulillah. Em, sejak masuk 1 Ramadhan aritu, tiba-tiba Allah bagi aku cabaran dan dugaan .. Hahaha..ayat sudah poyo! Takde lah...dari 1st Ramadhan, tiba-tiba load kerja aku bertambah dan di tambah2 .. hiks. Tapi, be positif..aku terima je at least Bulan Ramadhan ni, takde la aku dok opis buat kerja sia-sia kan? Masa pun laju jek. Kerja daily and routine and wajib buat and kena hantar output and report hari2..makanya, memang lah tak leh nak melalat. Since dah 15 hari buat benda yang agak sama kecuali ada kerja ad-hoc masuk, hari ini aku berjaya siapkan awal kerja-kerja itu..alhamdulillah. Nak rehat jap sambil update blog. 

Aku dah lama nak share pasai benda ni..tapi aku takut lak orang salah tafsir. MACAM BAIK SANGAT! huhuuhu..tapi lepas aku ikuti benda ni hampir setiap hari..kunci kata yang aku dapat 'Biarkan apa orang nak kata, yang penting, apa Allah kata'. Aku nak taip ayat ni pun aku takut..sebab aku sedar siapa aku. Tunduk ke bumi..aku memang bukan orang yang layak untuk memberi nasihat..tapi post kali, hanya perkongsian dari aku supaya kita semua dapat manfaat. Insha Allah. And kata-kata ni juga buat aku ada sedikit kekuatan nak share benda2 baik..

'Tak perlu jadi orang baik (alim ulama) untuk sampaikan sesuatu yang baik. Jika tujuan kita berkongsi untuk kebaikan dan ingin jadi baik, InshaAllah, kebaikan akan di balas dengan kebaikan oleh Allah' 


Alhamdulillah atau mungkin sesetengah orang kata aku poyo atau ketinggalan..tapi sejak 2010, IKIM.fm memang jadi radio pilihan utama aku. Seawal 7.30 pagi, aku dan anak2 di hidangkan dengan motivasi pagi dan few segment yang sempat dengar bila dalam kereta. Untuk berubah kepada kebaikan, mungkin jalannya agar sukar dan bila dah berubah, nak istiqomah juga buat kita kadang-kadang ke laut. Tapi takpe laa..at least something dari nothing..betulkan? Since jarang duduk dalam kereta...alhamdulillah, masa dengar Islam Itu Indah by Prof Dr Muhaya (indahnya hidup beliau kan? semoga rahmat Allah sentiasa bersamanya), IKIM.fm ada promosi tentang IKIM.App. Bagai bulan jatuh keriba, apps ni memang sangat2 buat aku gembira. Jadinya, jom kita download dan hayati bersama apa yang di sajikan.

Kepada penguna Android, go to Play Store and search for IKIM app. 


Aku Pilih 1st and 3rd apps. Yang lain aku tak sure.
Download and install

Ini interface IKIM.App. Boleh dengar direct (PodCast) atau download. Aku pilih download. Lebih lancar bila dengar.

Ini Radio Apps. Belum habis explore. Tapi bila aku ON, siaran lebih clear dari dengar kat Radio Handphone.
Ini antara 'isi' yang aku dah download dan dengar. Alhamdulillah.

Emmm.. pengisian yang hari2 aku dengar oleh Prof Dr Muhaya :

1) Jaga Solat - perantaraan kita dengan Allah. Nak Allah sayang..jaga solat.
2) Jaga Aurat - tak jaga aurat, bersedialah untuk hidup penuh dengan masalah.
3) Jaga Pergaulan - jaga akhlak dengan semua makhluk. Jaga percakapan, cakap biar lemah lembut.

Waallahualam. Baik itu dari Allah kan? Yang buruk tu..kena cermin diri sendiri. Kalau ada masalah, jangan tunding jari pada orang. Tengok diri sendiri..and fikir, kenapa masalah tu wujud. Mungkin dari kesalahan diri sendiri. Aku menaip kali ni, memang untuk peringatan untuk diri sendiri dan kalau aku dapat at least sebesar kuman bagi sedikit kebaikan pada orang sekeliling terutama orang2 yang aku sayang..alhamdulillah. 

Untuk suami...emm..bagi Za masa, bagi Za peluang untuk berubah, Thanks kerana jadi suami yang sangat2 baik. Terima kasih atas semua kemurahan hati mempermudahkan hidup Za dan anak2. Hanya Allah yang dapat balas. Semoga dapat juga menjadi imam untuk permudahkan urusan Za dan anak di akhirat.

Doa aku..semoga 'impian' aku yang sedang di rancang..Allah permudahkan. Hidup kena ada tujuan dan mati akan datang bila2 saja..semoga kita semua sentiasa di bawah rahmatNya. Aku cuba dan mahu berubah ..semoga Allah tunjuk jalan dan semoga kesalahan yang sama berulang2 aku lakukan ..bukan penutup pintu hidayah aku dariNya. Nauzubillah. 

Papai..Luv!




No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!