Wednesday, July 31, 2013

.. Hampir berakhir ..

Sayunyaa..Ramadhan hampir berlalu pergi. Mood raya belum datang walaupun semua persiapan raya dah ready. 10 malam terakhir adalah malam yang di tuntut untuk kita mencari keredhaan dan keampunan dari Allah. Malam ni dah malam ke 23..malam Ganjil..Semoga di beri kekuatan untuk mencari malam LailatulQadar kerana sesungguhnya MalamLailatulQadar adalah pada malam ganjil 10 terakhir Ramadhan. Cuma, agak sedih dan ralat kerana tiada keizinan dariNYA untuk aku berpuasa. Berdoa semoga aku di beri kesempatan untuk merebut hikmah2 malam2 terakhir Ramadhan. Amin

Semakin dewasa..semakin terasa betapa ruginya hidup tanpa bulan Ramadhan. Mungkin agak poyo..tapi entah la..ini yang aku terasa. Terlalu banyak kelebihan bulan Ramadhan terutama doa-doa adalah mustajab dan dosa2 di ampunkan jika bertaubat...rugi kan tak rebut peluang ni?  

Sabda Nabi S.A.W

"Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan."

Cari lah peluang untuk bertaubat dan mohon semoga taubat di perkenankan. Berazam lah untuk berubah dari kejahilan kepada kebaikan. Atau..kalau terasa diri dah bagus sangat..tergolong lah dalam golongan seperti sabda Nasi S.A.W di atas. Aku taip ni untuk diri sendiri dan juga untuk insan2 yang aku sayang dan cintai. Besar rahmatNya kepada kita...besar lah juga ketundukkan dan kepatuhan kita kepadaNya tanda sebuah kesyukuran. Sebenarnya, ada benda yang berlegar2 dalam kepala dan hati yang tak terluah di mulut tapi hanya mampu menitiskan air mata tanda ... sedihnya aku. Cuba elak bergantung pada manusia..diam lebih baik dari mengadu domba. Mungkin semua2 yang berlaku...kerana kesalahan dan dosa dari diri sendiri. Astarafirullah...





Susah ke nak berubah? Dalam hidup ini..aku rasa, dosa paling banyak adalah dengan keluarga sendiri..kan? Gagal menjadi ibu yang baik...gagal menjadi isteri yang baik. Aku selalu dengar, untuk membina sebuah keluarga yang menjadi pengisi Jannah...tunjangnya adalah SUAMI. Tak masuk syurga seorang suami jika isterinya tidak ke syurga TETAPI akan masuk syurga seorang isteri wpun suaminya tidak masuk ke syurga. Berat kan words ni? Keladaknya pasangan kita..begitu lah juga keladaknya diri kita. Susah ke nak berubah? Susah ke nak jadi sebaik2 manusia? Susah ke nak melupakan dan memaafkan kesilapan yang lepas2 ? Susah sangat ke hidup ini? Entah la..aku pun tak tahu. Ingin berubah tanpa sokongan..mungkin akan rebah. 


Em, apapun, jom la kita cuba untuk cari malam LailaturQadar ni. Zaman sekolah dulu, sampai tertido2 bawah pokok sebab nak bangun tahajud mencari malam LailatulQadar.

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. “

Nak tahu kelebihan Malam LailatulQadar ... rajin2 lah google. InsyaAllah..ada jalannya. Boleh cari sekali cara-cara solat Taubat, solat Hajat dan Zikir2 Munajat. Semua ada kat hujung jari now ni. Jika bangsa Yahudi wujud kan 'alam maya' dan 'skrin' untuk jatuhkan umat Islam.......mereka adalah silap! Dengan wujud 'alam maya' dan 'skrin'..dunia Islam menjadi semakin hebat. :)

 Papai!

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!