Monday, November 14, 2011

..They Are My Everything..

Menaip sambil menguap dari atas katil di rumah. Em, hari ni aku apply 'Cuti Kecemasan' coz kena jaga anak-anak. Danish di beri cuti Khas sempena Majlis Ihtifal semalam. Sepatutnya Mr. Abe bawak Danish ke opis and aku bekerja seperti biasa, tapi kesian pulak dia dok melangut je kat Opis Babah. Since Danish tak sekolah, si adik Dania pun suka la amik kesempatan...tak pe lah kan, sekolah nak abis pun.

Sabtu dan Ahad adalah hari meraikan kejayaan Danish dan Dania. Alhamdulillah...di kurniakan Allah dengan dua cahaya mata yang setakat ni menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran, tiada apa yang hati Ibu ini boleh gambarkan selain drpd Alhamdulillah. Namun masa depan mereka terlalu jauh untuk di ramalkan..apa akan jadi pada mereka seterusnya..kan? Apapun, dah boleh membaca, mengira dan faham apa yang mereka mahu dan tahu apa yang tak boleh dan kenapa tak boleh..aku bersyukur sangat.

Walaupun aku ni sebenarnya boleh di kategorikan sebagai Ibu yang garang dan tegas..namun kedua2 anak aku ni tak putus2 memberitahu - Mereka sayang aku sangat2. Hehehe. Kata Danish

'Ibu tak garang..Danish tahu kenapa kalau ibu marah..Ibu marah untuk kebaikan masa depan Danish jugak'

Kata Dania :

'Adik sayang ibu...sayang sangat-sangat'

Amin and Alhamdulillah. Semoga terus Sayang ibu sampai bila-bila..Doa ibu sentiasa mengiringi kalian. Ibu tunjuk jalan..Danish dan Dania sendiri yang akan tentukan arah mana yang harus di pilih. Semoga Allah sentiasa lindungi kalian.

Konvo Taski Al-Hikmah ABIM pada 12/11/2011
Dania dapat Anugerah Pelajar Perempuan Terbaik 5 tahun.
Majlis Ihtifal SEMI/SERI ABIM pada 13/11/2011
Danish mengekalkan kedudukan nombor 1 dalam kelas dan dapat Matapelajaran Terbaik - Jawi.
Sebenarnya kan, nak ikut sejarah diri sendiri..aku pun mcm anak2 masa sekolah dulu..sampailah 1 tahap, SPM aku di takdirkan tak seindah 'kecemerlangan' aku masa belajar. Masa tu, 'sakit' nya aku nak terima realiti..buat aku hilang arah tuju. So, apa yang ada pada anak-anak sekarang, aku bersyukur dan kalau takdir mereka tak indah selamanya..mereka tetap di hati aku. Kalau mereka dapat jadi mcm Babah..dari sekolah rendah sampai la menengah kerja dia naik pentas je ambil hadiah - alhamdulillah. Babah dia orang adalah best student SRP and got 10A's in his SPM. And now ni, dalam pelajaran, Babah la yang banyak amik peranan..aku agak 'merendah' diri sikit lah..huhuhu..

So..bila nak proceed nombor 3 ni? Huk huk huk...


1 comment:

Suriati said...

noww laa...dah bercuti kan..so di sane tenangkan fikiran n proceed..kekee







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!