Tuesday, November 08, 2011

..Mencari Diri..

Assalamualaikum and Salam 12 Zulhijjah. Masih ada yang mengerjakan korban Aidiladha hari ni kan? Termasuk lah UNITEN. Maka semua hero-hero kat opis ni berkampung kat Masjid untuk Ibadah Korban. Kat sini saja, 6 ekor lembu di korbankan. Alhamdulillah..semakin raya rakyat Malaysia berkemampuan, semakin berkuranglah mereka yang kurang berupaya nanti..InsyaAllah.

Hari ini since kenkawan semua bercuti, maka aku g lah bersarapan dengan kawan lain. Duduk sensorang ni sambil layan CD CT - All Your Love dengan kuat - takde orang kan? hehehe. So far, aku OK je leh layan album English ni. Alah, tak yah nak complaint lelebih la kan..masing2 ada cara sendiri. Betul? Itu style CT nyanyi and dia memang Melayu pun..so what kalau dia nyanyi mcm melayu cakap omputih dan melodi lagu dia macam lagu Melayu. Dah memang Melayu pun. TAPI..satu lagu ni jadi hangat sikit sbb cara CT sebut buat dia jadi bahan lawak lak. 'I Cry Out' dah jadi bunyi 'Crayonnn' kata sorang kawan aku. Hahhaa..sabar je lah.

My Abah and my kids during Raya Korban.

OK done. At least CT tahu apa yang dia nak dan dia ada arah tuju dalam hidup dia. Kita? Em..sejak dua menjak ni, sejak aku 'di paksa' buat apa yang aku tak suka nak buat kat opis ni..hati aku selalu mengaru2 kegatalan fikir arah tuju aku. Apa benda yang kita nak buat, semua kena dari HATI kan? Aku dah tak boleh nak pujuk hati aku lagi..kadang2 aku rasa ..Buat Sajalah..dah itu yang aku kena buat. Susah nak cari keikhlasan dalam hati sendiri. Sedih!

Renung kembali siapa aku berpuluh-puluh tahun dulu :

Kat sekolah, aku antara budak yang paling aktif dalam bidang seni dan sukan. Ya. Sebab itu yang aku suka dan aku mahu. Dari darjah 3, aku dah mula mengarah lakonan pentas sekolah, aku dah wakil sekolah dalam perbahasan, bersyarah, menulis karangan, bernasyid dan berteater.Aku dah menang macam2 pertandingan menulis dan bersyarah mahupun bercerita. Aku buat semua tu sebab bakat yang aku ada. Aku boleh menulis dan melukis sehinggalah Abah meminta aku meneruskan pengajian dalam bidang komputer DAN di situ lah titik hidup aku berubah..namun aku bersyukur - hidup aku sempurna.

Ramai kawan2 dah mula sambung belajar. Aku? Setakat ni, hati aku masih belum terbuka. KALAU pun aku sambung belajar..IT bukan lagi pilihan utama aku. Tak Mahu! Aku takde cita-cita nak jawat jawatan besar-besar. Aku cuma mahu buat apa yang aku mahu - 'kerja tanpa batas dan masa.'
Blog ini lahir dengan tak sepenuh jiwa aku sebenarnya. Kalau sesiapa yang pernah ikuti blog aku dulu..cara penulisan aku dah tak sama - jauh berbeza. Aku dah tak mampu berbunga bahasa di sini kerana semunya punya batasan. Tiada bait2 indah lagi..tiada lagi kata2 puitis..terasa tandus, gersang dan kontang. Tiada lagi keikhlasan dalam penulisan..sempadan tercipta demi menjaga hati manusia2 di luar sana. Sempit!

Hampir setiap hari ini, kata-kata ini pasti terluah 'Abang, Za nak berhenti kerja'.

Emm..apa lagi yang perlu aku coretkan di sini? Aku sendiri tak tahu dan tak mengerti...wahai HATI, redha lah dengan ketentuan Illahi.

1 comment:

Suriati said...

wah sgguh menarik kata2 mu ini..hehe.. i likee byk2...







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!