Sunday, September 01, 2013

.. Sebelum pejam mata ..

Assalamualaikum..

Em..dah September kan? Ya Allah..cepatnya masa berlalu. Now aku tengah lepak2 jap sebelum masuk beradu. Baru sampai dari kampung tadi and terus iron baju famili untuk esok. Badan tak penat sangat tapi perut agak berangin.



Tengok pix ni..ada macam makcik2 anak 5 or ada macam wanita preggy 5 bulan tak? Heee..aku memang sangat pemalas nak berbaju kurung..so bila ada kenduri kendara, memang naik runsing kepala fikir baju. Since ni dah nak abis raya, jadi aki decide pakai je peplum ngn palazzo yang aku beli semata2 nak kenduri umah mentua ni semalam. Orang lain comel molek je berbaju kurung..aku tetap aku. Pakai apa aje yang aku suka selagi tak jolok mata.

Kenduri kali ni kira aku pecah rekod diri sendiri juga lah. Since biras2 aku balik lambat..maka berkerja la aku menolong MIL apa2 yang patut. Just lucky, adik ipar aku bawa 'kawan' dia. Rajin gila budak tu dan penuh dengan skill sebagai orang dapur. Aku bukan jenis banyak cakap terutama dengan orang tua or orang yang aku tak kenal..so aku decide amik kerja2 kupas2 bawang and kentang..potong2 bawang dan kentang dengan bakal biras aku ni. Senang wat kerja dengan orang muda..tak byk cakap. Kalau ngn acik2...tot tet tot tet..dan aku lak hanya..ooOoo...aaaa.. aaah.. - hahaa. Maaf lah..aku tak reti dan kadang2 tak minat pun nak dengar cerita2 yang takde kaitan dengan hidup aku. Hiks..


Haa..comel2 kan semua menantu En Johari ni..hahaaha. Semua sama size okek. Cuma..aku je lah yang tak berapa nak cerah. Alhamdulillah..kami serasi bersama. Kira ni adik2 perempuan aku lah ni.. Istimewanya mereka ialah..mereka pandai sembang ngn MIL...aku jek yang ke laut. Sebab aku memang tak pandai dengan orang tua. Kadang2 ngn mak sendiri pun aku membisu.

Ok la..saja je nak menaip. Papai! ♥
posted from Bloggeroid

Saturday, August 31, 2013

.. Malaysia terus Merdeka ..

Assalamualaikum..

Tanggal 31, bulan 8, 2013. Syukur..alhamdulillah..Malaysia masih di beri limpah kurnia dari Allah untuk terus maju dan berada dalam keadaan damai wpun tak berapa damai dengan beberapa isu dan masalah negara.

From Jelapang with ♥

Dari hati yang tulus suci dan dari sedikit kesempatan yang di beri olehNya untuk melihat dunia..aku sangat2 bangga menjadi anak Malaysia. Baik buruk..Malaysia tetap yang terbaik dari semua segi terutama dari cara mengamalkan cara hidup islam. Semoga suatu hari..jika ada izin dariNya untuk laksanakan hukum hidup berlandaskan syariah Islamiah di Malaysia..jadi lah Malaysia sebuah negara yang benar2 Merdeka zahir dan batin. Amin.

Kepada semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama..berdoa lah utk kebaikan pada ibu pertiwi ni. Berhentilah berbalah. Sejak PRU13 lepas.. aku naik pening dengan fahaman dan idealogi masing2..kadang2 sibuk bagi pendapat dengan menunjukkan kebodohan diri sendiri. Sedih!

Ok la..papai! ♥
posted from Bloggeroid

Thursday, August 29, 2013

.. Musim Muntah IJO pun bermula semula ..

Hello Blog!

Jom taip laju-laju! Macam biasa, blog jadi tempat merungut, membebel dan luah rasa. Ni nak luah apa lagi ni? Teringat lagi, masa di lantik jadi Koordinator di bawah Unit Sistem Operasi, bergaduh bagai gak aku dengan bos. Siap banjir2 nangis tak nak post ni..and paling ingat..'lepas ni dah tak banyak event dan dah kurang kerja on weekend sebab bla bla bla'...tapi now? Intake dah more than 2 intake..ada 3-4 intake dlm intake..makanya...tak sempat nak bernafas intake and event Sem lepas..dah masuk intake sem baru lagi..Sabtu dan Ahad pun kerja...

Kalau musim-musim ni, meeting ..meeting dan meeting itu wajib.  Turun 'padang' itu wajib. Tak leh kuar makan itu wajib. Alhamdulillah, makanan di sediakan..so memang la tak leh g makan. Hiks! Sejak masuk unit Operasi ni, maaf zahir batin lah...programming skill and knowledge aku dah ke laut. Dah tak leh ngaku 'I am programmer'..malu jek! Ngeh ngeh ngeh..



Selain event, event dan event...kerja routine aku yang aku rasa macam nak upah kakak cleaner buat adalah - check event log setiap hari and submit report setiap petang. Ada beratus log dalam 1 server dan ada 3 server aku nak kena pantau. Kalau bercuti panjang mcm hari tu..hamek kau! 20 hari punya log tertunggak and now, kena juling biji mata check balik one by one..day by day. Now dapat lagi task supaya aku deal terus dengan developers kalau ada error. Since nak event ni, kadang2 tak sempat pun nak tengok log..maka nya..tertunda lagi. dush! Job ni tak susah tapi ala-ala mcm operator kilang dok mengadap mesin buat benda yang sama hari2..bosan kot. Ngeee...

Kerja paling mencabar aku rasa adalah set roles and permission untuk user untuk each sistem. Satu-satunya kerja yang aku tak leh nak fikir. 1 role ada byk resources..1 resources ada banyak task..1 user boleh buat roles and resources apa..korang faham? hahahaha..aku faham..tapi aku tak leh nak decide apa dan apa sebab aku takut jadi huru hura permission nanti. Setakat ni..tiada laporan yang tersedia untuk task ini and evaluation dah tak lama..MASAK!
Dah lama tak kemho yg now org panggil 'selfie'. Happy faces..dah malas nak stress2. And pix ni adalah mode : normal. Tiada editing, tidak menggunakan Camera360 :Magic Skin apatah lagi Perfect365. Kalau buruk..itu lah aku seadanya. ;)
- sebenarnya..aku tak tahu nak mula kerja yang mana 1 dulu ni..hua hua hua- 
Arghh..kenapa aku tiba-tiba sibuk cite pasai kerja ni? aku je yang buat kerja? aku je ke yang ada byk kerja? hahaha..sebenarnya, aku agak frust sebab 'plan' aku agak tertunggak at least untuk 2 tahun lagi..kena tunggu Mr.Abe selesai Master dan Danish habis UPSR. Nangis!!

Apapun..aku agak HAPPY dgn job ni compare as a  programmer sebab semua kerja under operasi hasilnya adalah menyeronokkan. Semuanya sukses setakat ni. Alhamdulillah..takde lagi event tertunggak or tak berjaya. Macam tu juga dengan tugas2 hakiki aku yang lain kat pejabat..setiap satu wpun hanya layan doket entah apa2..semuanya ada output. Alhamdulillah.............

Ok papai! Luv..



Wednesday, August 28, 2013

.. London ada apa? ..

Ada yang tanya, seronok beraya kat London? Em..aku tak beraya pun..sekadar jalan2.

Ada yang tanya..best tak London? Kepada pencinta nature dan kota sejarah, London adalah biasa2 saja. Ok la utk jejak kaki buat kali pertama...tapi kalau sapa2 ada plan nak travel..London boleh letak dalam senarai2 terhujung lah. Baik g Italy..lagi best.

Ni antara benda2 yg menjadi trademark London.


Bas-bas merah


Telefon merah.


Peti post merah


Taxi lama warna hitam


Underground - keretapi bawah tanah


Big Ben


Tower Bridge


Buckingham palace


London Eye


Trafalgar square

Kalau dapat and jumpa benda2 ni..kira sempurna lah lawatan anda ke kota London.

Tak caya? Cuba google 'London'.. benda2 ni la akan keluar.. hee.

Ok..papai! ♥
posted from Bloggeroid

Tuesday, August 27, 2013

.. Bila Rindu datang bertandang ..

Ne no ne no (sila buat macam bunyi ambulans ya).. mata nantuk tapi tak mau lena. Bukan jet lag tapi penat.. Hari ni kira dah seminggu aku balik dari Europe..harap boleh tidur macam biasa. Semalam boleh lelap tapi still lambat..kul 12am gak.



Saja boring2 layan diri. Anak2 dah tidur .. Mr.Abe outstation. Aku paling suka gambar dengan burung camar ni masa kat Holland. Subhanaallah..tak tahu pulak burung ni tak kisah pun kita dekati dia and nak main terbang2 rendah atas kepala. Mula2 ada sorang pakcik Dutch ni bagi roti..aku lak yang teruja..so dia offer aku roti suh bagi burung makan. Yay!macam budak kecik dapat mainan..seronok gila aku. Sempat capture video. Ada kat instagram.


Eh..asal tajuk lain, g cite benda lain? Hee.. a ah aku rindu. Rindu apa? Em..rahsia..hahaa..koya! Takde lah..aku rindu nak berpeluh. Tah bila nak start netty..maka terpaksa lah bila running. Sebulan lebih gak aku tak exercise. Harapkan jalan2 kan europe and cycling aritu je lah.

Tadi aku drive ke stadium. Nak lari situ jek sebab nak lari slow and steady atas track. Dah lama tak lari..malas nak layan road. Sekali ada bola la pulak. Tak sure game or training. Macam ramai jek. So aku g parking kat COE..start dari situ. Target 30min jek. Just untuk jantung. 4km dalam 30minit..heee. Belasah je lah. Nampaknya memang agak ke laut..tak larat nak lari non stop macam biasa.. macam berjalan dlm 500meter gak. Macam best gak port parking COE tu..boleh wat larian anak utk cooldown..or boleh nak memecut utk fitness.

Bersembang ngn Mr.S tentang trip Gunung Kinabalu dia baru2 ni..buat aku rindu kembali gunung itu. So tadi bila dah malas..aku pun layan la video and gambar2 masa aku daki gunung itu..emm..semua pun hanya kenangan. Naik lagi? Mungkin hanya tinggal impian.

"Jika bahagia dan gembira sudah menjadi milik kita, jangan pernah lupa pada bahu yang di tumpangkan ketika berduka." 

Ok la..papai! ♥
posted from Bloggeroid






Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!