Sunday, July 13, 2014

..Hello ..

Assalamualaikum..

Wat pe? dah terawikh? Aku sejak kuar wad..lom 'mampu' nak buat terawikh. Tak tahu lah mcm mana nak gambarkan keadaan aku ni. MC lak akan berterusan sehingga bersalin. Bila nak bersalin? Aku pun tak tahu. Due sepatutnya lagi sebulan..tapi kalau dah mcm ni keadaannya, kita berserah je la pada DIA. 


Hari ni kalau ikut kalender, baru masuk 35weeks usia kandungan. Tapi ikut doktor and baby scan...dah lebih 35 and dah nak masuk 36weeks. Tak tahu la mana 1 yang betul. Berat aku lak turun balik kepada 50kg selepas naik 52kg. Naik tak banyak...turun la pulak. Since berat baby naik OK..doktor pun cakap OK. Mungkin sebab aku puasa. Alhamdulillah..boleh berpuasa walaupun agak susah. Bukan lapar..tp takde tenaga. Aku just pantau pergerakkan baby. Setakat ni, alhamdulillah OK. Masa aku banyak habis atas katil. Kadang2 bila rimas asyik melepek..aku ajak gak Mr.Abe kuar..kena lah juga berjalan kan? Risaau susah pulak nak salin nanti. Tapi nampaknya...semangat jek tak cukup..aku hanya mampu jalan kejap jek...lepass tu aku akan cari tempat duduk. Lelah..nak pitam and sakit dari pinggang ke bawah..terutama peha. Tak pasti la kenapa. 

Apapun..syukur..alhamdulillah, urusan aku ALLAH permudahkan dengan bantuan anak2 dan suami. Tak tahu nak cakap bertapa bersyukurnya aku dengan semua pertolongan mereka terutama Mr.Abe. Memang jadi Mr.Mama tanpa merungut kepenatan walaupun terpaksa bahagi masa dengan pelajaran. Apa je yang keluar dari mulut aku kalau teringin..semua dia sediakan terutama bab makan. Bulan puasa ni jek..dah macam2 dia masak. Baju memang kami dah biasa hantar dobi sejak 2 tahun lepas. Just aku kadang2 kuatkan diri cuba tolong dia mengemas dan basuh pinggang mangkuk lepas makan. Kesian juga aku tengok. Baju sekolah anak2 je aku tak harap mereka buat wpun Dania suruh aku ajar...uhuk! takyah lah dik..bahaya! 


Percaya tak? Ni namanya telekung mengidam. Hahaaha..tak pasal2 aku teringin sangat nak pakai telekung lycra. Sampai menitis airmata sebab aku plan nak g beli Selasa lepas..tapi Mr.Abe kena g meeting kat Klang. Dah aku lak sentap. Hadoii..sensitip gila now ni. Hari Rabu dia ajak aku g beli telekung..aku memang target nak beli kat Mydin jek. Siap kena perli..'aii..pakai ke barang Mydin?' ..hahaa..siot! YA...pakai jek. Janji dapat. Takde la teruk sangat pun qualitinya. Still ada tulis telekung Vietnam. Bluweekk...hahha. Seronok gila dapat beli telekung lycra. Tak sampai RM60 pong. Aku suh Mr.Abe bayar dengan ucapan 'pahala berkekalan tau kalah Za pakai solat' ...ahaks.


Now ni, FB and IG aku penuh dengan cerita GAZA. Subhanaallah...kesian kan mereka? Tak tahu nak cakap apa. Cuma untungya mereka..mati mereka adalah SYAHID. InsyaALLAH. Kematian yang jadi idaman umat Islam. SYAHID! Tak semua orang mampu sampai ke tingkat itu. Palestine adalah bumi yang tak akan aman. Jika aman bumi itu..petanda kiamat adalah sangat hampir. Tiada apa yang aku mampu lakukan..hanya lah doa, sedikit sumbangan dan sebagai umat Islam..hanya dengan hati aku mampu membantu. Boikot setakat yang mampu..insyaALLAH. 



Cunz tak Furla Sunset Candy bag ni? Inilah suatu benda yang aku tak dapat nak bendung sejak pegnen ni. Hari2 aku survery kat tenet mencari harga yang paling murah utk bag ni. Sawan juga lah sebab Mr.Abe tak bagi beli sebab harga beribu utk sebuah bag PVC. Dia tak bagi..aku terpaksalah bayar sendiri..gaggaga. Nak jugak! Rezeki aku..member kat London nak balik cuti raya and offer nak belikan tanpa apa2 upah atau amik untung. Peluang kan? Alhamdulillah dapat rembat 1 dengan harga kurang RM1K. Bag jadi mahal pun sebab currency. Beli kat London. Dia cakap, kalau bagitau awal2...kat Italy murah lagi. Takpe la..kat sini pun rege nak sampai 2k. Syukur la sangat2 ....

OK la..nantukkk wpun takleh lena..

Papai  ...

posted from Bloggeroid

No comments:







Authentic Item for sale.
Visit my shop at :
http://cuttheprize.blogspot.com

Enjoy ya!